Selasa, 27 Oktober 2009

Nur Fatimah Ramadhan Fitri ..Allah lebih menyayangimu..


assalamualaikum wa bismillahirahmanirahim.

Sejak kebelakangan ini saya teramat sibuk. Dalam kesempatan ini saya memohon keizinan daripada sahabat baik yang saya kenali dan hormati sepanjang tempoh pembelajaran di universiti perdana. Sahabat yang berjuang dalam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan di Universiti Malaya. Sahabat yang saya maksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah Ustaz Ramadan Fitri Elias.

Tanggal 22 Oktober 2009. Apabila terbaca dalam satu rangkaian sosial . Satu berita yang amat mengejutkan. iatu puterinya Nur Fatimah telah kembali ke rahmatullah. Innalillahi wainnailaihi rojiun - Kalimah itulah yang terucap apabila sahabat saya memaklumkan melalui SMS. Si cilik barui mengenali dunia itu menghadap Pencipta. Alhamdulillah disebabkan saya mempunyai urusan di Putrajaya pada pagi itu. kesempatan solat zohor dan solat jenazah di Masjid UPM. Saya berkesempatan mengucapkan takziah kepada sahabat saya. Dalam keadaan tenang. Dalam keadaan tabah saya melihat sahabat saya itu relaks je walaupun dari sudut hatinya. Allah sahaja maha mengetahuinya, saya hanya menumpang dengar sahaja apabila salah seorang tetamu ingin mengetahuinya. Saya tidak mahu menambah soalan berulang. Cukuplah sekadar mendengar dan memberi sokongan moral.

Mengenali sahabat sebagai seorang yang hebat, alim tawaduk, taat kepada kedua ibu bapanya, seorang pemimpin pelajar yang tegas dalam kepimpinan, mesra dengan siswa dan terlalu banyak kebaikan yang layak diterima oleh beliau sepanjang mengenali beliau. saya mengharapkan Allah memberikan kekuatan kepada beliau dan isteri dalam menghadapi ujianNya. Saya tidak pasti boleh tabah seperti beliau. Saya tidak tahu apakah ujianNya yang akan mendatang.




Bak kata beliau kepada isterinya semasa disaat-saat kecemasan di pagi 22 /10/2009.

" “ Ya Allah,berikanlah yang terbaik untuk Nur Fatimah dunia dan akhiratnya, sekiranya hidup itu lebih baik baginya, Engkau sembuhkanlah Ya Allah, sekiranya kematian itu lebih baik baginya, maka Engkau bantulah kami untuk sabar dan redha”

Saya sebak membaca blog isteri sahabat saya ini. Untuk sahabat yang ingin membaca keseluruhan blog siti khadijah klik SINI

Sekian Wassalam

0 ulasan:

Widget bagus

Jadilah teman saya

Anda berminat , Sila Klik