Isnin, 30 Mac 2009

Kursus Membangunkan Laman Web menggunakan Joomla! 1.5 - 2009 Siri 2


Kursus Membangunkan Laman Web menggunakan Joomla! 1.5  - 2009 Siri 2
Tempat: 
Teras Solution Training Centre, Fasa 3, Bandar Baru Bangi. (Berhampiran dengan UKM Bangi)
Tarikh: 
25 April 2009 (Sabtu) dan 26 April 2009 (Ahad)
Masa:9:00 Pagi ~ 5:00 Petang
Yuran:

RM 250 / Peserta Biasa (2 hari)
RM 200 / Pelajar (Student) ( 2 hari)


RM150 / Peserta Biasa (1 hari)
RM100 / Pelajar (1 hari)

 
  • Tempat yang selesa dan Komputer Disediakan ( Peserta digalakkan mengguna PC yang disediakan )
  • Makan Tengah hari Disediakan
  • E-book Joomla! 1.5
  • Handout
  • Sijil disediakan
  • Fasilitator
 

SILA BACA MAKLUMAT BERKENAAN DENGAN SILIBUS PEMBELAJARAN DAHULU SEBELUM MENDAFTAR

Muat Turun Silibus di sini

Ahad, 29 Mac 2009

Earth Hour in Malaysia...Result.. FAILED


assalamualaikum...

banyak gak aku terbaca dalam ruangan forum berkenaan Earth Hour ... korang sume tau ke apa kejadah Earth Hour ni? Kalo yg da tau tu bagus la...kalo yang belum tau...korang ley surfing ke laman web ni -->http://earthhour.org.my/

Ni bukan la satu perayaan atau acara tapi sekadar suka2 bagi acara memadamkan lampu selama 1 jam. Rata2 keputusan yang aku dapat lihat sekitar bandaraya Kuala Lumpur...hambar..bangunan pencakar langit yang menyertai hanya...KLCC dan KL tower je...hotel2 besar sume terang je ... tu bangunan...jalan raya...hmmm takyah ar nak citer...lampu tu rancak terang benderang...billboard yg besar2 pun sama...

keputusan nye ...amat kecewa dan ley dikatakan org Malaysia tidak bersatu padu... :-)

Rabu, 25 Mac 2009

PETUA-PETUA DIDAPUR


1. KUPAS BAWANG
untuk elakkan mata berair semasa kupas bawang,rendam bawang didalam bekas berair.

2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yg bersinar,insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.

3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN.
Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris.

4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN
Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawan kemudian di bilas dengan air mengalir.

5. MEMUTIHKAN NASI
Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi.

6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS
letakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul.

7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT
Sebelum mula memasak pasti niat yang iklas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup .

Selasa, 24 Mac 2009

Adakah Mahathir Poyo??




Resolusi yang berkaitan pendidikan, Perkasa (Pertubuhan yang dianggotai oleh 66 pertubuhan bukan kerajaan) menggesa semua pihak agar menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa kebangsaan.

"
(Kami) menggesa semua pihak supaya menghormati semangat Perlembagaan yang mendasari dan menjadi paksi kepada kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta tidak melakukan sesuatu tindakan yang secara langsung atau tidak langsung menjejas dan menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan dan media pengajaran dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan." - Ketua Penerangan Perkasa, Datuk Ruhani Ahmad membaca resolusi yang dikenali sebagai Pengisytiharan 25 Rabiul Awal 1430 / 22 Mac 2009
Sumber di sini.

Yang aku tak faham, bagaimana resolusi di atas dapat dikeluarkan sambil Bekas Perdana Menteri ,Tun Dr. Mahathir Mohamad (yang bertanggungjawab menjejas kedudukan bahasa Kebangsaan dalam pendidikan) ditugaskan memberi ucaptama pada perhimpunan tersebut. Tidakkah ini kartun?

Baca Quran Kat Facebook


Bagaimana cara agar kita dapat membaca Alquran di Facebook? Mudah saja - berikut adalah tutorialnya:

Langkah pertama adalah dengan mencari Quran di kotak search.




Langkah kedua pilih aplikasi Quran yang hendak kita pasang di Facebook. Pastikan anda memilih Quran (aplikasi) bukan Quran (orang, halaman, grup, acara)




Langkah ketiga pilihlah salah satu aplikasi Quran di Facebook (Rio2000 memakai Quran Verses).




Langkah keempat klik Go To Application.




Langkah kelima ijinkan hak akses (allow acces) dari aplikasi tersebut.



Langkah keenam. Setelah aplikasi Quran terinstall kita dapat men-setting aplikasi tersebut. Lalu tekanSave Setting dan Add to Profile.





Langkah ke tujuh. Silahkan pilih dimana aplikasi Quran akan keluar. Pilih Wall and Info Tab. Lalu klikAdd.




Langkah kedelapan. Anda tambahkan aplikasi Quran menggunakan menu Add New Tab.




Sekarang anda sudah dapat menggunakan aplikasi Quran di profile FB anda.



Isnin, 23 Mac 2009

tensen...


sebenarnya ,,,aku tak tau ..nak katakan apa yg terjadi pada diri ku ini... Hatiku hanya di kampung ...terkenangkan mak dan ayah aku je..

Bila wat prgramming masalah penyelesaian logic menjadi msalah utama terhadap diriku. Adakah aku gagal menjadi seorang prgrammer sedangkan aku da ada pengalaman yg lama dalam bidang PHP MySQL ni.. arghhh ...

Bila aku terpikir...adakah aku terlalu banyak dosa2 pada Allah..pada manusia? pada insan yg manalah aku telah berlaku zalim..mungkin kepada mak dan ayah aku kut...sebab kebizian menyebabkan aku lupa utk call mereka.. tp kerinduan tu membuatkan aku rase bersalah..

Atau aku harus mengubah kerjaya aku kepada bidang yang lebih baik seperti berlandaskan minat aku.. iatu mengajar...dan bertani...yea...2 bidang tu aku minat sejak kecil lagi. Setakat ni tak penah menghampakan dalam pengalaman ku mengajar... dan mendidik.. tak kisah la dalam bidang IT or sebaliknya... 

Begitu juga bidang pertanian,,,, bidang yang kuceburi sejak aku dbangku sekolah tp bukan utk commercialkan..mungkin aku boleh ..yessss...fairuz...bolehhh


Selasa, 3 Mac 2009

Kursus Solat mengikut cara2 Rasulullah


assalamualaikum...buat kawan yang masih rase ragu2 berkenaan dengan solat mereka... teman nak habaq sini di mana UteM Melaka akan menganjurkan satu aktiviti berkenaan solat menurut cara Rasulullah SAW. Kursus satu hari ni adalah FREE...

Masa : 8.30 am - 5.30 pm
Tarikh : 7 Mac 2009
Lokasi : Dewan 1 , Kampus Industri , UTEM , Ayer Keroh Melaka..
Contact Person :
Saudara Redza (013-6925 920) + Saudari Norazimah (013-6107220)
SMS Nama penuh + No. IC


So bersama ni saya sertakan bersama Flyers...

click disini utk Flyers

Widget bagus

Jadilah teman saya

Anda berminat , Sila Klik