Khamis, 10 September 2009

Untuk diri ku...Rezeki ku cari ini benar-benar halal kah??


Assalamualaikum teman sekelian. Barangkali cerita di bawah mampu membuka minda kalian tentang mencari rezeki yang halal. Meskipun sukar tapi keberkatan itu mampu membuat rezeki tersebut sentiasa cukup. Semoga kalian berfikir adakah rezeki yang kita perolehi itu benar-benar halal...atau ada unsur-unsur syubahat.


Anak penjual kue

Seorang pemuda yang sedang lapar pergi menuju restoran jalanan dan iapun menyantap makanan yang telah dipesan. Saat pemuda itu makan datanglah seorang anak kecil laki-laki menjajakan kue kepada pemuda tersebut, “Pak mau beli kue, Pak?” Dengan ramah pemuda yang sedang makan menjawab “Tidak, saya sedang makan”.

Anak kecil tersebut tidaklah berputus asa dengan tawaran pertama. Ia tawarkan lagi kue setelah pemuda itu selesai makan, pemuda tersebut menjawab “Tidak dik saya sudah kenyang”.

Setelah pemuda itu membayar ke kasir dan beranjak pergi dari warung kaki lima, anak kecil penjaja kue tidak menyerah dengan usahanya yang sudah hampir seharian menjajakan kue buatan bunda. Mungkin anak kecil ini berpikir “Saya coba lagi tawarkan kue ini kepada bapak itu, siapa tahu kue ini dijadikan oleh-oleh buat orang dirumah”.

Ini adalah sebuah usaha yang gigih membantu ibunda untuk menyambung kehidupan yang serba pas-pasan ini.

Saat pemuda tadi beranjak pergi dari warung tersebut anak kecil penjaja kue menawarkan ketiga kali kue dagangan. “Pak mau beli kue saya?”, pemuda yang ditawarkan jadi risih juga untuk menolak yang ketiga kalinya, kemudian ia keluarkan
uang Rp 1.500,- dari dompet dan ia berikan sebagai sedekah saja.



“Dik ini uang saya kasih, kuenya nggak usah saya ambil, anggap saja ini sedekahan dari saya buat adik”.

Lalu uang yang diberikan pemuda itu ia ambil dan diberikan kepada pengemis yang sedang meminta-minta. Pemuda tadi jadi bingung, lho ini anak dikasih uang kok malah
dikasihkan kepada orang lain.

“Kenapa kamu berikan uang tersebut, kenapa tidak kamu ambil?”.

Anak kecil penjaja kue tersenyum lugu menjawab, “Saya sudah berjanji sama ibu di rumah, ingin menjualkan kue buatan ibu, bukan jadi pengemis, dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kue buatan ibu terjual habis. Dan uang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya jadi pengemis”.



Pemuda tadi jadi terkagum dengan kata-kata yang diucapkan anak kecil penjaja kue yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etos kerja bahwa
“kerja itu adalah sebuah kehormatan”, kalau dia tidak sukses bekerja menjajakan kue, ia berpikir kehormatan kerja di hadapan ibunya mempunyai nilai yang kurang. Suatu pantangan bagi ibunya, bila anaknya menjadi pengemis, ia ingin setiap ia pulang ke rumah melihat ibu tersenyum menyambut kedatangannya dan senyuman bunda yang tulus
ia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan uang.

Kemudian pemuda tadi memborong semua kue yang dijajakan lelaki kecil, bukan karena ia kasihan, bukan karena ia lapar tapi karena prinsip yang dimiliki oleh anak kecil itu “kerja adalah sebuah kehormatan”, ia akan mendapatkan uang kalau ia sudah bekerja dengan baik.

CATATAN :

Semoga cerita di atas bisa menyadarkan kita tentang arti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk uang semata. Jangan sampai mata kita menjadi “hijau” karena uang sampai akhirnya melupakan apa arti pentingnya kebanggaan profesi yg kita miliki. Sekecil apapun profesi itu, kalau kita kerjakan dengan sungguh-sungguh, pasti akan berarti besar.

penulis : Ruddy Suryadarma


Rabu, 9 September 2009

Semalam bersama As Syeikh Dr Mahmood Siyam


Assalamualaikum...Bismillahirahmannirrahim

Semalam ialah tarikh yang tidak dapat dilupakan kerana dapat bersama dengan salah seorang ulama yang didatangkan khas oleh Muslim Care dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam dan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM . Insan tersebut tidaklah As Syeikh Dr Mahmood Siyam. Beliau merupakan mantan Rektor Universiti Islam Gaza dan mantan Imam Masjidil Aqsa.


Bersama sahabat x-PMIUM

Aturcara majlis pada malam ini adalah terhad kerana ianya dimulakan selewat pukul 945 malam. Tetapi syukur. Segala yang baik itu sentiasa diberkati Allah Taala. Insyallah. Segala persiapan , kehadiran pelajar alhamdulillah. Cuma penyampaian info secara menyeluruh masih lagi lemah. Kemungkinan kaedah online melalui ruangan social networking portal tidak mencukupi. Pihak penganjur perlu menggunakan kaedah offline yang efektif dan sesuai dengan keadaan masa dan lokasi.

Isi Kandungan Dikusi.

Berbalik kepada dikusi pula. Banyak yang saya perolehi pada malam tersebut. Dengan bantuan penterjemah bahasa Arab. ustaz mahyudin. Semua hadirin yang hadir rase berpuas hati kerana tidak semua yang hadir itu datang daripada satu bangsa sahaja. Alhamdulillah kehadiran pelajar dari timur tengah seperti Yaman , Sudan jugak amat memberangsangkan.

1st : syeikh ingin mengatakan bahawa peperangan yang berlaku pada awal tahun 2009 , kemenangan adalah berpihak kepada Palestin. Walaupun media yang dimiliki oleh barat seperti CNN, BBC dan sebagainya mengatakan ramai yang mati. Tetapi beliau menyatakan dengan tegas bahawa kerosakan bangunan yang teruk, bilangan yang banyak hanya sekadar cebisan daripada perjuangan mempertahankan bumi Palestin yang mulia. Sebenarnya pihak Zionis tetap tidak memusnahkan secara total penduduk Islam Palestin.

2nd : Peringatan daripada syeikh , dalam kita menghadapi separuh masa kedua bulan Ramadan , kita digalakan untuk memperbanyakan Istigfar sebelum memasuki fasa ketiga iatu pelepasan daripada api neraka. Beliau juga berkongsikan kehidupan penduduk Palestin dimana pada bulan ramadan ini waktu terbaik yang digunakan sepenuhnya untuk mentarbiahkan seluruh rakyat Palestin mempertahankan bumi yang mulia umat islam. Pada waktu inilah. anak-anak muda dilatih untuk memperkuatkan spiritual dengan amal ibadah, remaja-remaja dengan penguasaan ilmu serta menghafaz Quran. Ini semua tidak lain ialah untuk memantapkan akidah untuk menjadi mujahidin yang mengejar syahid.


sesi soal jawab bersama syiekh, tanya jela apa yang runsing kat kepala ku ni

3rd : Syeikh ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia. Beliau juga mengingatkan supaya kita kembali kepada islam yang sebenar, Bukan islam Sekular...Hadhari dan lain-lain lagi.Ini kerana pemahaman islam yang tidak menyeluruh menyebabkan umat Islam jadi lemah. Selain daripada itu, syeikh mengatakan teruskan membuat amal ibadah serta sentiasa mendoakan perjuangan saudara-saudara mereka di bumi Palestin., Ini kerana doa adalah kekuatan dan senjata yang paling ampuh untuk mereka tidak putus-putus untuk berjihad.

Yang kedua dari kiri adalah bekas pelajar aku masa. Dari yaman

Peristiwa Perjalanan Pulang.

Selepas daripada dikusi tersebut saya pulang ke rumah. dalam perjalanan itu saya melihat 5 orang anak melayu muslim yang saya pasti mereka merupakan pelajar UM. Saya menarik nafas panjang dan beristigfar. Kenapa? Ya Allah perangai mereka bagaikan tiada pendoman. Diatas motor mereka menonggeng-nongeng.Saya sekadar follow up dari belakang. Senyum je ke wajah mereka. Mereka seolah-olah BLURR...dan bengang.Saya tersenyum dan berasa sedih kerana baru je pulang dari majlis ilmu. Remaja dan anak muda Palestin pada kini sibuk dengan persiapan untuk berjihad dan mati syahid. Anak remaja Malaysia sibuk dengan keduniaan. nauzubillahi min zalik Minta dijauhkan diri ini dan sahabat2 sekalian serta keturunan daripada cintakan dunia dan takutkan mati.

Isnin, 7 September 2009

Masak-masak untuk berbuka puasa....


Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirrahim.

Makanan itu adalah sumber kekuatan kita untuk buat kerja....beribadah.. untuk bergembira dan untuk lain-lain lagi. Hmm sumber makanan ni kena jagalah elok-elok. Bukan sembrono jer.... Rasuah kena tolak.. buat kerja jangan mengular... { jangan main facebook...main farmville...main chating yang takde kaitan dengan kerja..dan lain-lain}..jangan nak berniaga dalam opis {keja sampingan ini tak beretika sebenarnya} ... dan macam-macam lagi la.

Berbalik pada tajuk asal...hmmm tak tau la nak buat apa semalam selepas otak saya ni tepu sebab dah bergelumang dengan konsep themes Drupal { salah satu content management system yang baru nak femes kat Malaysia} untuk Eco Design UM. Tak cukup itu saya kena wat ERD ( entity relatioship diagram ) untuk projek yang nak propose kat Jabatan Mufti Selangor selepas raya ni. Buat sorang2...tu yang jadi ...HMMM tepu... tapi takpe..tunaikan amanah kerana mencari rezeki yang halal. ^_^

Selepas solat berjemaah di surau madrasah Aliyah..{ sikit benor jemaah yang datang}...g kedai mak cik shima...beli barang2 yang perlu... kentang...kari ikan..bawang merah..bawang putih..kacang panjang..santan kelapa...dan kacang panjang. Hmm bila nak beli ikan tu..hmmmjuz tinggal ikan merah je dalam ice box tu..tak jadi la sebab ikan merah ni manja sikit.. tak elok wat masak kari. Selepas tu pergi ke kedai Along gas... alhamdulillah ikan kembong jadi pilihan. Saiz pun besar... OK cantik beli 3 ekor..sebab yang makan 3 orang je...saya..amran..apan..

Sebenarnya saya masak seorang diri je.. Berbekalkan ilmu2 dan petua yang diajar oleh mak . Alhamdulillah semuanya dapat diatasi.. yang paling penting apa...NIAT...bukan kerjasameee..{ bukan wonderpet person...}. Niat untuk berbuka puasa ...untuk mendapatkan tenaga bagi membuat beribadah kepada Allah ...

Plan yang pertama ialah menanak nasi dulu...selepas tu sediakan sayur2 yang nak dicampur besama dalam kari ikan tu. Saya memilih kacang panjang dan kentang je sebab simple... dan berkhasiat. Selepas tu siang ikan kembong tu...sebenarnya ade teknik...hmmm susah nk terangkan dalam penulisan.hohohoho. Sebelum siang ikan tu baca Bismillah...selawat banyak2 {mak selalu ajar cam tu...katanya jaga hubungan dengan Allah}. Hehe...

pastu sediakan bahan-bahan untuk penyedap...{ tak tau la nak cakap apa istilah ni..mak selalu kata bumbu...ahhh belasah je la...}..Kali ni saya tak tumis bahan-bahan..sebab nak jaga kesihatan..kurangkan minyak dan lagi 1 santan pun dah mewakili minyak dan lemak dalam penyediaan makanan { ayat macam pakar permakanan pulak}. Masukkan kentang + bumbu + ikan + sikit garam+ kentang dan santan kelapa....pastu hidupkan api dapur gas pada kadar jgn kuat sangat..jgn slow sangat... orang kata 50-50 la.

Bila kentang dah empuk.. time tu sebenarnya ikan dah masak.. baru masukkan kacang panjang. Selepas itu sedia untuk dihidangkan,,, dan hasilnya...tadaaaa... lihat pic di bawah ok.



Selamat mencuba....



P/S : Petua nak sedap masak bermula dengan niat kita. Oleh itu bersihkan hati dengan niat yang baik . Selain itu jangan lupa membaca bismillah serta selawat ke atas nabi Muhammad SAW. Buat la dengan hati yang ikhlas serta penuh kasih sayang. Insyallah masakan tu akan sedap.

Ahad, 6 September 2009

Tarbiah Bulan Ramadhan : Untuk diriku yang alpa



“Orang mukmin makan dengan satu perut sedangkan orang kafir makan dengan tujuh perut.” Dalam hadis no. 5393 riwayat Imam al-Bukhari ini, perbezaan jumlah perut hanyalah secara kiasan, bertujuan memberi pengajaran bahawa orang Islam sentiasa mengaudit jumlah makanan yang mereka ambil. Berdasarkan audit ini, kita tidak makan berlebih-lebihan, tidak makan secara gelojoh, tidak mengambil gizi yang membahayakan kesihatan dan tidak membazir wang dengan kos pemakanan yang tinggi.


Dengan audit ini juga, pemakanan kita menjadi terkawal berdasarkan ilmu dan akal, bukan menjadi bebas berdasarkan selera dan nafsu semisal binatang ternak. Permisalan ini pernah dikemukakan oleh al-Qur’an: “Dan orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum……” [Surah Muhammad, ayat 12]

Maka berdasarkan hadis dan ayat al-Qur’an di atas, marilah kita sentiasa mengaudit pemakanan kita. Lebih-lebih lagi ketika berbuka puasa, janganlah etika kita dalam makan dan minum seumpama orang yang memiliki tujuh usus mahupun seumpama binatang ternak. Agar kita dapat menjauhi etika yang buruk itu, berikut dikongsikan beberapa tips berbuka puasa.

Separuhkan Makanan dan Minuman Yang Diidamkan.

Dalam suasana perut kosong dan tekak kering, kita akan idamkan makanan dan minuman yang pelbagai. Amat pelbagai sehingga ia lazimnya melebihi keperluan yang sebenar. Berbeza dengan suasana perut yang penuh dan tekak yang basah, kita tidak akan mengidamkan makanan dan minuman yang pelbagai. Bahkan mungkin tiada selera langsung untuk memikirkan apa-apa berkaitan makan dan minum.

Maka apabila menyediakan juadah berbuka puasa, separuhkan apa yang anda idam-idamkan. Jika pada awalnya diidamkan kuih-muih, nasi campur bersama dua ketul ayam percik dan semangkuk besar ais batu campur (ABC), maka separuhkannya kepada beberapa biji kurma, nasi “setengah” bersama seketul ayam dan air suam sahaja. Berbukalah dengan juadah yang diseparuhkan itu, nescaya anda akan dapati ia mencukupi.

Rasulullah s.a.w. mengingatkan: “Anak adam tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk berbanding perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (yakni memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka (paling maksimum hendaklah) sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk pernafasan. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2380]

Sediakan Sendiri Juadah Berbuka.

Satu tips lain untuk mengaudit pemakanan ketika berbuka puasa ialah menyediakan sendiri juadah berbuka. Suasana letih ketika berpuasa akan menyebabkan anda hanya menyediakan makanan dan minuman yang diperlukan. Berbeza jika anda keluar untuk membeli juadah berbuka di Pasar Ramadhan, pilihan yang pelbagai akan menyebabkan anda cenderung membeli-belah melebihi keperluan sebenar, sekalipun anda cuba untuk menseparuhkannya.

Seboleh-bolehnya elakkan berbuka puasa di restoran, hotel atau majlis yang menyediakan juadah berbuka secara “buffet”. Kerap kali kos berbuka secara “buffet” mencukupi kos berbuka untuk sepuluh orang miskin. Hidangan yang “sejauh mata memandang” menyebabkan anda sukar untuk menahan diri dari makan dan minum umpama binatang ternak sementara solat maghrib masih belum dilaksanakan. Allah s.w.t. berfirman: “Wahai anak-anak Adam! …… makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-A’raaf, ayat 31]

Berkongsi Juadah Berbuka.

Rasulullah s.a.w. pernah menganjurkan: “Sesiapa yang memberikan juadah berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala orang yang berpuasa itu. Sementara orang yang berpuasa itu tidak pula dikurangkan pahalanya walau sedikit.” [Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1078] Sama ada kita tinggal di rumah, kondominium, asrama atau pelantar minyak, antara yang utama untuk dikongsikan juadah berbuka ialah sesama jiran, iaitu orang-orang yang tinggal di sekeliling kita:

“Janganlah salah seorang di antara kamu menghina sesuatu kebaikan dan jika tidak mampu melakukan kebaikan itu, maka (sekurang-kurangnya) hendaklah menemui saudara (seislam) dengan wajah yang berseri-seri. Jika kamu membeli daging atau memasak dalam periuk, perbanyakkanlah kuahnya untuk diciduk sebahagian darinya untuk jiran kamu.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1833]

Apabila berkongsi juadah berbuka puasa, tidaklah bererti kita perlu menyediakan juadah yang tidak diaudit. Islam menekankan kesederhanaan, termasuklah kepada makanan dan minuman yang hendak kita kongsikan bersama orang lain. Rasulullah s.a.w. mengingatkan: “Wahai para wanita muslimat! Janganlah merasa hina untuk memberi kepada jiran tetangga sekalipun tulang kambing yang sedikit dagingnya.” [Shahih Muslim, no: 1030]

Berkongsi juadah berbuka juga tidak bererti kita perlu menyediakannya dalam jumlah yang banyak. Rasulullah s.a.w. memberi jaminan: “Makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang dan makanan untuk empat orang cukup untuk lapan orang.” [Shahih Muslim, no: 2059]

Menyentuh tentang berkongsi juadah berbuka, terdapat satu amalan orang bukan Islam yang telah menyelinap masuk di kalangan umat Islam, iaitu amalan “Pot Luck”. Melalui amalan ini, masing-masing membawa jenis dan jumlah makanan secara “nasib” untuk dikongsikan bersama dalam satu kumpulan. Amalan ini perlu diaudit semula kerana sekalipun berkongsi makanan dianjurkan oleh Islam, berkongsi secara rambang jenis dan jumlahnya tidak dianjurkan oleh Islam kerana sering berlaku pembaziran atau pengisian yang melebihi sepertiga perut.

Artikel daripada http://hafizfirdaus.com/content/view/319/1/

Sabtu, 5 September 2009

Itfar bagi Fauzul Naim Sdn Bhd


Assalamualaikum....

Semalam syarikat saya iatu Fauzul Naim Sdn Bhd mengadakan majlis berbuka puasa atau dibahasa Arabkan untuk istilah yang lebih glamour iatu Iftar. Alhamdulillah rezeki itu milik Allah . Diberikan kepada semua tak kira apa jenis makhluk, masing-masing ada bahagian rezeki. Allah itu bersifat Ya Razzak iatu pemberi rezeki.

Tentatif program mudah sahaja. Kemas kini meja kerusi pekerja, bentang tikar getah ( alas untuk makan dan tempat solat)...berbuka dengan kuih muih..solat Fardu magrib...buka puasa versi berat( makan nasi berlauk ...tapi untuk staf muslimah mereka ni mengatakan masih kenyang lagi ..yeker..cam tak caya je)... Solat fardu Isya...Solat terawih ( 4 rakaat pertama)..Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Hariri Daud..solat terawih (4 reakaat terakhir)...solat sunat witir 3 rakaat (2+1 rakaat)...moreh...borak-borak...minta diri untuk balik rumah.

Hidangan yang disediakan oleh ibu kepada Tuan Fauzul iatu bos saya ialah kuih tako ( talam muka kut...tak kenal nama kuih ini) .. nasi putih ..ayam masak kurma...ikan goreng...sayur campur ( udang + kacang panjang)...sambal belacan.. Alhamdulillah resepi ni digelar sebagai nasi campur ... KASIH SAYANG. Kenapa ??? Menurut bos saya...setiap masakan itu menjadi sedap sekiranya elemen kasih sayang disertakan. Memang saya sendiri akui bahawa keluarga Tuan Fauzul menitik beratkan kasih sayang...amalan membaca buku ...menjaga ibadah kepada Allah.. Syukran jazillan ya Allah kerana memilih saya dalam keluarga ini juga.


Saya amat tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh sahabat baik saya dari PTS Islamika berkenaan puasa , amal ibadah...kaitan antara puasa dengan kehidupan seharian . Tazkirah yang sangat ringkas tetapi padat. Alhamdulillah. memang setiap apa yang ditetapkan oleh Allah itu mempunyai kebaikan yang tersirat dan tersurat. Kita mempunyai akal fikiran yang waras maka optimum kan untuk mencari bekalan di dunia ini dan paling penting ialah di akhirat.

Syukran jazillan. Semoga Syarikat Fauzul Naim berjaya untuk masa akan datang.Insyallah amin

Khamis, 3 September 2009

Antara Anak - Anak Yatim Dan VVIP


Assalamualaikum warah matullah.

Bismillahirahmanirrahim... Hari ini saya ingin menukilkan rasa kegembiraan dan kesedihan serta kekecewaan . Mungkin para sahabat berfikir tentang kesedihan saya dulu. Hmmm ... Ya saya ingin ceritakan akan kesedihan.

Berbalik kepada tajuk post di atas. Antara anak yatim dan VIP ( very important person not very important programmer).Kenapa saya ambil kerana semalam saya mendapat jemputan di atas talian iatu salah sebuah ruang rangkaian sosial berkenaan dengan Acara Berbuka Puasa bersama Anak - Anak Yatim. Pada permulaannya saya hanya memilih untuk AKAN DATANG , Alhamdulillah niat saya Allah telah kabulkan untuk meluangkan masa bersama anak-anak yatim. Saya dimaklumkan oleh penganjur iatu Majlis Perwakilan MahasiswaUniversiti Malaya bahawa anak - anak yatim tersebut adalah daripada Madrasah Anak Yatim Rohingya Selayang.
Sewaktu saya sampai di sana. Saya terkejut.

Kenapa saya terkejut?? Pertama ialah LOKASI. Lokasi yang dimaklumkan adalah bertempat di Auditorium Perdana Siswa.Penganjur memaklumkan ... bahawa terdapat kesukaran untuk mendapat tempat yang selesa. Saya KECEWA kerana kenapa tidak memanfaatkan DEWAN TUNKU CANSELOR. Salah kah? Saya berfikir sejenak. Teringat semasa saya menjadi mahasiswa Universiti Perdana tersebut. Program ilmiah serta mendapat pahala ini terlalu sukar untuk mendapat persetujuan , dana dan yang lebih menyedihkan dana yang diberikan wajib melalui pejabat bendahari tetapi dibekukan/ dilambatkan aliran keluar tunai. Ini akan menyebabkan proses acara tersebut mengalami masalah yang besar.

Tetapi bagi program berunsur lagha... maksiat.. menjerit-jerit bagaikan kera terkena belacan ...bagaikan mahasiswa yang tiada maruah ( merujuk kepada budaya Hendonisme). Sangat mudah dapat keizinan menggunakan Dewan Tunku Canselor. Lebih mengejutkan mahasiswa UM terutamanya bangsa Melayu yang menjadi majoriti yang datang program seperti itu. Maka tidak hairan , pasangan yang bercinta pula membawa buah hati menonton konsert yang kononnya untuk beramal. Saya ingin tegaskan NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

Faktor kedua : ialah tidak ada seorang VIP dari pentadbiran tertinggi UM yang datang. Saya bersangka baik sahajalah. Mungkin VC UM ada jemputan. TNC semua ada jemputan kut. Tetapi secara logiknyalah. Bukankah program ini telah dipersetujui dan dijemput . Sekurang-kurangnya TNC HEP jadilah sebagai tuan rumah yang menyambut tetamu istimewa ini,tetapi berlaku sebaliknya. Benak hati saya...malunya saya... Ingatlah wahai manusia (untuk diri saya juga) Andai kamu ini dikurniakan pangkat yang tinggi dunia , maka pandanglah dan lihatlah yang bawah. Kerana kamu akan dimuliakan di akhirat kelak.

Mungkin TV3, RTM ..media massa perlu dijemput baru VIP ini nak makan bersama anak-anak yatim . Barangkali begitu. Apa yang saya lihat. tetamu ini( anak anakyatim ini bukan makan di atas meja seperti yang ditonton di TV 3 - Sua Rasa ) tetapi mereka duduk beralaskan tikar getah. Ya Allah.. teruknya layanan . Mahal sangatkah meja ? Hmm saya dimaklumkan oleh penganjur. Hmmm takpayah nak maklumkan. Kesimpulannya. Kerjasama HEP amat ...Wallahu alam . Hanya Allah maha mengetahui.

Setakat ini saja lah. KEGEMBIRAAN saya di majlis ini ialah saya dapat meluangkan masa walaupun seketika dengan anak - anak yatim rohingya. Saya masih teringat kata - kata guru agama saya daripada Hadis Rasulullah SAW

"Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya." (HR. Ibnu Khuzaimah dari Salman Al-Farisi pada Khutbah Rasulullah SAW menyambut Ramadhan)

Semoga usaha kalian wahai adik ku. Barisan MPMUM terus berkhidmat untuk masyarakat. Doa saya sebagai seorang abang akan bersama.

Widget bagus

Jadilah teman saya

Anda berminat , Sila Klik