Selasa, 27 Oktober 2009

Nur Fatimah Ramadhan Fitri ..Allah lebih menyayangimu..


assalamualaikum wa bismillahirahmanirahim.

Sejak kebelakangan ini saya teramat sibuk. Dalam kesempatan ini saya memohon keizinan daripada sahabat baik yang saya kenali dan hormati sepanjang tempoh pembelajaran di universiti perdana. Sahabat yang berjuang dalam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan di Universiti Malaya. Sahabat yang saya maksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah Ustaz Ramadan Fitri Elias.

Tanggal 22 Oktober 2009. Apabila terbaca dalam satu rangkaian sosial . Satu berita yang amat mengejutkan. iatu puterinya Nur Fatimah telah kembali ke rahmatullah. Innalillahi wainnailaihi rojiun - Kalimah itulah yang terucap apabila sahabat saya memaklumkan melalui SMS. Si cilik barui mengenali dunia itu menghadap Pencipta. Alhamdulillah disebabkan saya mempunyai urusan di Putrajaya pada pagi itu. kesempatan solat zohor dan solat jenazah di Masjid UPM. Saya berkesempatan mengucapkan takziah kepada sahabat saya. Dalam keadaan tenang. Dalam keadaan tabah saya melihat sahabat saya itu relaks je walaupun dari sudut hatinya. Allah sahaja maha mengetahuinya, saya hanya menumpang dengar sahaja apabila salah seorang tetamu ingin mengetahuinya. Saya tidak mahu menambah soalan berulang. Cukuplah sekadar mendengar dan memberi sokongan moral.

Mengenali sahabat sebagai seorang yang hebat, alim tawaduk, taat kepada kedua ibu bapanya, seorang pemimpin pelajar yang tegas dalam kepimpinan, mesra dengan siswa dan terlalu banyak kebaikan yang layak diterima oleh beliau sepanjang mengenali beliau. saya mengharapkan Allah memberikan kekuatan kepada beliau dan isteri dalam menghadapi ujianNya. Saya tidak pasti boleh tabah seperti beliau. Saya tidak tahu apakah ujianNya yang akan mendatang.




Bak kata beliau kepada isterinya semasa disaat-saat kecemasan di pagi 22 /10/2009.

" “ Ya Allah,berikanlah yang terbaik untuk Nur Fatimah dunia dan akhiratnya, sekiranya hidup itu lebih baik baginya, Engkau sembuhkanlah Ya Allah, sekiranya kematian itu lebih baik baginya, maka Engkau bantulah kami untuk sabar dan redha”

Saya sebak membaca blog isteri sahabat saya ini. Untuk sahabat yang ingin membaca keseluruhan blog siti khadijah klik SINI

Sekian Wassalam

Ahad, 25 Oktober 2009

Sticky Notes Percuma Untuk Windows XP


Assalamualaikum..

Hari ni saya ingin berkongsikan kepada sahabat sekelian berkenaan dengan perisian yang digunakan oleh saya. Disebabkan saya menggunakan sistem operasi Window XP Profesional , saya amat memerlukan perisian yang berguna bagi membolehkan reminder apa yang perlu dibuat oleh saya pada hari ini. Pendek cerita untuk perangcangan jangka pendek atau to do list.

Perisian itu tidak lain dan tidak bukan ialah sticky notes. Jika anda menggunakan system operasi window vista atau window 7.

Mungkin anda dapat secara percuma. Tapi jika anda menggunakan window xp seperti saya anda boleh mendapatkan secara percuma di sini. Kegunaan sangat bermakna kerana kita boleh ingat apa yang perlu dibuat. Selain daripada itu, kelebihan perisian ini selain percuma ialah menggunakan memori yang sedikit.

Tetapi masih terdapat kelemahan di mana sticky notes ini tidak boleh menyimpan secara kekal. Ini bermakna ia mempunyai keupayaan terbatas berbanding sticky notes yang terdapat pada window 7 @ vista.

Berikut adalah screen shot yang boleh digunakan untuk pemahaman anda semua. Harap berguna.

Kaedah penggunaan Sticky Notes , klik kanan pada logo berwarna kuning. Dan pilih new Notes

Contoh catatan di dalam Desktop saya. Cantik x?


Untuk memuat turun aplikasi di atas sila klik di bawah




Khamis, 8 Oktober 2009

Allahu Yang Kucintai...


Allah Yang Kucintai

By Sakha






Allah yang ku cintai
Allah yang ku sayangi
Allah slalu ku puja
Slalu ku puji dan ku taati

Allah BUKAN manusia
Allah BUKANNYA hewan
Allah BUKANNYA patun
BUKANNYA bumi
BUKANNYA bulan

#Allah..Allah(2x)
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
MUHAMMAD UTUSAN ALLAH
KITA SEMUA ciptaan ALLAH........

Allah tuhan yang ESA
Tiada tuhan selain Dia
Pencipta alam semesta
Beserta sluruh isinya

Muhammad utusan Tuhan
Membawa kita Al-Quran
Lalu kita amalkan
Itulah jalan keselamatan

Widget bagus

Jadilah teman saya

Anda berminat , Sila Klik