Khamis, 6 Ogos 2009

Catatan diperhimpunan aman mansuh ISA .....


assalamualaikum....

Barangkali dah hampir seminggu blog ini tidak dikemaskini.Maafkan aku sebab aku berada di kampung halaman ku selama 4 hari 3 malam. sebenarnya kalau diikutkan hati.. ingin mencoretkan laporan penuh berkenaan dengan Demonstrasi aman yang menjadi kecoh pada 1 ogos 2009.

Hmmm ramai orang yang memuji keberanianku menentang polis. Hmmm tidak apa yang aku nak banggakan melainkan untuk bersama-sama sahabat yang lain menentang kezaliman pengamal ISA bukan akta tersebut. Pada pandangan aku, akta tersebut tidak salah tetapi yang salah merupakan pengamal ISA. Tujuan pemansuhan sangat mudah. SUPAYA TIDAK SALAH GUNAKAN...Apa yang pelik itu ialah pengamal ISA yang terdiri daripada ahli politik yang bersifat dendam demi mempertahankan kesinambungan politik masing.

Bagi aku, politik, kuasa, kekayaan itu semua merupakan sesuatu yang amat ditakuti oleh para sahabat kerana orang yang meminta kuasa dalam kehidupan, maka Allah takkan sesekali membantunya akan tetapi jika ia diberi kuasa, Insyallah Allah akan bantu...

Berbalik kepada insiden di tengah kota raya, saya amat kesal dengan tindakan FRU dan PDRM yang langsung tidak membenarkan kami solat di Masjid Jamek,Apa dasar yang mereka pakai. Saya amat pelik, kemudian berkenaan pelembagaan pun mereka tidak memahami atau buat-buat tak faham berkenaan dengan perhimpunan aman yang dibenarkan dalam rang undang-undang negara.

Selepas solat zohor dan solat sunat ba'diah, kami mula berarak secara aman ke istana negara. tetapi sejurus melangkah ke pintu masjid.FRU telah melepaskan tembakan dan bom pemedih mata, aduuusss sakit siut. kelihatan beberapa orang polis berpakaian biasa menahan orang awam yang memakai t shirt anti ISA. Layanan istimewa dibelasah macam Yahudi membantai Palestinian.

Selepas itu , salah seorang pegawai berpangkat tinggi mengarahkan kami keluar dari masjid. semua rakyat yang ada dalam masjid jamek pun keluar.kami mengikut kata-kata pegawai tersebut , tidak sampai beberapa minit..damn...dammmm FRU melepaskan peluru gas pemedih mata.CELAKA... TIDAK PERIKEMANUSIAAN... DAJJAL sungguh. Suruh orang keluar masjid tapi kamu menyerang tanpa sebab.

Kemudian rakyat kembali berkubu di dalam masjid jamek semula. Selang 10 minit, kami didatangi oleh pegawai polis untuk keluar. Tapi pada kali ini, polis memberi jaminan sekiranya mereka berbuat zalim..dia berani suruh FRU tembak dia dulu.

selepas setengah jam rakyat keluar menuju ke sogo.Keadaan di sana lebih dasyat...

3 ulasan:

Unknown on 8/15/2009 08:58:00 PTG berkata...

salam..
perlu ke buat macam ni?
carilah cara lain.
memalukan sungguh dan mungkin mnjatuhkan imej agama

Unknown on 8/30/2009 01:22:00 PTG berkata...

wassalam. Perlukah kita membela kezaliman. Cara lain? Saluran lain? Demonstrasi adalah cara terakhir kami setelah pelbagai cara dilakukan tapi tidak diendahkan.Surat kami telah hantarkan kepada mereka.Keputusannya tidak dilayan. Perdebatan tentang isu ISA, dijemput tapi tidak mahu disahut untuk berdebat. Demonstrasi adalah jalan terakhir. Kami juga tidak suka membuat kerosakan melainkan polis yang membuat onar.

Unknown on 9/01/2009 10:33:00 PG berkata...

salam
terima kasih atas penjelasan
tp saya tetap tak setuju
saya ramai rakan2 nonmuslim,mereka nmpak ini sebagai sesuatu yg sangat tak elok.
ALLAH kan adaa.buat majlis solat hajat etc...

Widget bagus

Jadilah teman saya

Anda berminat , Sila Klik