Jumaat, 31 Julai 2009

Download Buku CakePHP Bahasa Melayu .. Pembangunan Blog sendiri


Assalamualaikum...

Berita gembira buat peminat CakePHP, kini anda boleh memuat turun buku bahasa Melayu bekenaan tutorial ringkas dalam pembangunan blog. Sekiranya anda mempunyai asas di dalam beberapa perkara di bawah maka anda layak untuk membuat programming dalam cakePHP

Ini adalah logo cakePHP

1: Memahami asas PHP MySQL
2: Memahami asas penggunaan PHPMyAdmin
3: Memahami asas array dalam pengaturcaraan PHP
4: Anda jenis tidak mudah bosan dan sentiasa mencari jalan menggunakan Google.

Oleh itu anda layak untuk memuat turun. buku ini. KLIK SINI

P/S: Terima kasih kepada saudara Azril Nazri a.k.a Sifoo cakePHP.

sekiranya ade permasalahan . Sila komen kepada saya

Melajukan Firefox 3.5...


Assalamualaikum...

Bila anda melayari internet tentu pelbagai jenis pelayar web yang digunakan. Antara yang popular ketika ini ialah Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer, Opera, Safari.

Bagi yang ingin melayari laman web sahaja tanpa menggunakan aplikasi yang berat seperti bermain permainan atas talian saya mencadangkan anda menggunakan Google Chrome. Saya ringan . Boleh menggunakan kaedah "tab" dalam satu window. Kebanyakan pelayar web terkini menyokong teknik tab di dalamnya.

Tetapi sekarang saya menunjukkan kaedah yang terbaru untuk melajukan Firefox 3.5 .Melajukan ini bermaksud melajukan tempoh loading laman web menggunakan Mozilla terkini. Anda harus paham ia tiada kaitan sama sekali dengan kelajuan jalur lebar internet yang anda gunakan.

Anda kena ikut langkah-langkah yang saya ajarkan kepada anda semua.

Buka laman window Mozilla Fire fox 3.5 (latest version)
di bahagian address bar tu anda perlu menaip perkataan ini -> "about:config"

Selepas itu anda mendapati ada arahan I'll careful, I am promise -> klik je button tu

Selepas tu ade beberapa perkara yang perlu anda cari dan ubah suai nilainya.

1: Cari perkataan "network.http.pipelining" dan setkan kepada "true"

2: Cari perkataan "network.http.proxy.pipelining" dan setkan kepada "true"

3: Cari perkataan " network.http.pipelining.maxrequests" dan setkan nilai sedia ada kepada 30.

4. Selepas tu anda klik kanan mouse/tetikus anda dan pilih New > Integer, masukan nama Preference Name sebagai " nglayout.initialpaint.delay" dan kemudian masukan nilai tersebut kepada nilai "0". Ia merupakan nilai dimana masa Mozilla menunggu data diloadkan sebelum diterima.

Sekiranya anda ada sebarang permasalahan..sila komen...saya akan berikan kaedah penyelesaian.

Khamis, 30 Julai 2009

Perjalanan itu memenatkan....


Assalamualaikum....

Berbicara tentang kerjaya daku. "Hmmm susah sangat ke kau nk bagitau aku...apa kerja ko sebenarnya". Ditanya aku akan sahabat-sahabat yang telah lama tidak bersua .

" Hmm beginilah...Aku bukan tak nk bgtau korang semua...tapi aku tak lah sehebat antum semua.. Mac ko dah jadi seorang pgrammer yang hebat. Zul pulak dah jadi jurutera komunikasi yang hebat.. Tapi aku...hmmm...ntah la?"

" Eh kenapa kau cakap macam ni...tak baik nak melabelkan diri aku ngan Zul"...jawab Mac. " Sebagai hamba Allah kita kena berusaha..bukan nak mengeluh atau apa2 je yang ko rase tak baik..ehhh come on la..sekarang ni dunia IT la"..

" Fai.. aku setuju pendapat Mac tu.. Kekadang kita tidak dapat apa yang kita impikan ..takut nanti kita alpa untuk beribadah kepada Allah... yang penting kita hamba...kita usaha...kita doa...pastu jangan lupa tawakal kepada Allah.."

" Ok...aku bagitau korang...aku kerja apa...Hmmm tapi ko jangan gelak tau?" ..aku bersuara dengan nada yang agak sedih. " Kerja aku ialah... hmmm malas la nak cakap".

" Cuba bertenang...kita ni dah lama berkawan.. kau masih tidak percayakan aku dengan zul ke?".. kata Mac kepada ku.

Aku bukan tak ingin berkongsi kerjaya aku kepada sahabat baik ku. Cuma sifat ku yang terlalu merendah diri. menjadikan aku rase terlalu rendah. Aduhhh.... kenapa bisa jadi begini . Kenapa...??

" Aku kerja sebagai agen jualan langsung je..". Aku menjawab dengan nada yang agak sayu.

" Kita berdua tidak penah anggap perkejaan kau tu...pekerjaan yang hina. " Zul berkata.

" Oklah tu...cari rezeki yang halal jugak...bukannya kau merompak ke..menyamun...menipu ke..betul tak zu?".. kata mac

" betul Mac... Apa yang kita nak bukan semestinya kita dapat. Kekadang Allah nak menguji kamu fai. " Zul memberikan semangat kepada ku.

Kedengaran azan zohor berkumandang di ruang angkasa raya. Ya Allah,...sungguh mulia hati sahabat ku berdua ini. Ukhuwah terbina dari kecintaan pada Mu. Asal berbicara tidak lekang untuk mengingatkan ku pada Mu.

p/s : Moral cerita ini, jangan mengeluh akan jua kerjaya kita perolehi, Tetapi bersyukur lah. kerana syukur itu merapatkan diri hamba pada RabbNya. Tuhan amat mengasihi insan yang bersyukur.

Ahad, 26 Julai 2009

Santai Minda ... Di Pusat Membeli Belah Mines, Seri Kembangan


Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat saya.

Alhamdulillahi ala kulli hal. Syukur la hari ni perancangan ku berjalan dengan lancar. Ada sesetengah pekara perlu di hadiri. Hmmm Sebenarnya banyak acara nak dibuat pada hari ini. Cuma perancangan tuhan itu mungkin lebih baik daripada perancangan ku sendiri.

Seawal pagi...sebenarnya dah niat nak datang kuliah subuh. Hmm hujan turun dengan lebatnya. Ya Allah terbatas pulak da. Ada ujianMu untuk pagi yang nyaman ini. Hmm Kuliah Subuh ku batal ... { lokasi Masjid Ar Rahman UM.} Hmmmm BATAL untuk yang pertama.

Hari ini adalah hari bersejarah...kerana aku pergi ke UPM...{ bukan ke UPM punnn...area situ je}. sebab ada urusan yang penting di situ. Sebenarnya rahsia sebab -sebab tertentu. Mungkin... buat masa ini terpaksa di sembunyikan memandang kan ia melibatkan maruah aku sebagai seorang manusia yang berkerja di bawah naungan BOS.Sebenarnya sekiranya hujan masih tak berhenti...hampir2 batal...HAMPIR-HAMPIR BATAL..{*_*}

Cikgu Rahim yang kacak...

Selepas tu perancangan seterusnya ialah berjumpa dengan seorang pemikir yang aku kagumi. Tak lain ialah cikgu Rahim al kelantani wal ensemi...{ Apa punya gelaran...la- sebab cikgu rahim oghe kelate..n sokmo emsem...demo jangan pasan ar Arimull}. Alhamdulillah minta tunjuk jalan dengan seorang mamat India yang baik hati { Penyokong kuat Manchester United FC - aku menci2 kelab bola liga yang ni...mamat ni pakai baju Setan merah...} .. tup2...15 minit sampai la...hehehe. Sampai di sana..Fairuz { bukan aku...} arimulll ngan Hani dah sampai lebih awal. Borak2...punya borak..si Suziana dan rakan serumah beliau pun datang... pot..pet2...

Suziana, Hani, Mic Ja, Arimull, Aku

Makan tengah hari sekali, Aku memesan nasi putih bersama ikan kembung masak Protugis. pastu Cikgu rahim terpaksa balik kerana ingin mengambil anak daranya untuk berdating di Alam Anda..heheheh.. abah yang romantiss gak ...

Pastu aku dan budak2 ni jalan sekitar Mines...tak beli apa2 pun kecuali..Mek Ja ..beli pakaian pejabat...hmmm. Selepas tu pergi solat...

Pas g solat masing-masing bingung sebab tak da apa nak dibuat.. so mereka main boling je... hmm aku tak pandai la mainan moden n barat2ni...hehehe.. Sebenarnya acara ni banyak masuk longkang dari sasaran pin. Yang aku tak tahan bila tumpang sekaki jadi pengutuk...si BOLA MAHAL...sebab... ada mamat sebelah nk tunjuk pandai main boling dan disertai ngan bola mahal { bola cantik...bawa sendiri...pastu tayang kat awek}... tapi dengan permainannya...keputusan sangat membosankan...HAHAHAHAHAHA...

Hmmm aku menunjukkan skill teragung ...

Selepas tu kami solat Asar sebelum makan malam di warung mamak disamping borak tentang kerjaya masing-masing. Kecuali Fairuz yang masih belajar di Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Hehehee. Selepas tu...vrooooomm pulang ke Kampung Kerinchi.

Menyanyi dengan GAY....hmm bahaya betul...iklan ini

Tu je catatan hari ni...

Perginya primadona .... iklan Petronas


assalamualaikum....

hmmm sayu sungguh pagi ni....apa tak nya... hujan menitis membasahi bumi tuhan yang terbentang untuk hamba-hambaNYa. Hmmm nukilan ku pagi-pagi ini ialah berkenaan dengan primadona IkLan Petronas... hmmmm sapa lagi kalo bukan Allahyarhamah Yasmin Ahmad,

Sejak bila aku ini bagaikan menyanjungi insan seperti arwah ini. Maafkan daku sahabatku. Peringatan ini bukanlah untuk menyanjung insan seni tapi sekadar peringatan untuk kita bahawa kelak kita juga akan pergi menemui Illahi. Cuma kita tak tau bila. dimana. As da Allah's Slave... kita harapkan ialah menjadi hamba yang di redha.




Sebenarnya kalo diikutkan...saya lebih meminati Allahyarham melalui iklan petronas hari raya ciptaan idea allahyarhamah. Sungguh menyentuh hati. Adakalanya diselaputi kontroversi tentang akidah. Tapi aku yakin... Allahyarhamah membuat sesuatu yang ikhlas dalam iklan tersebut. Kebanyakan untuk mengajak kepada masyarakat kembali kepada penghormatan terhadap orang tua. Nilai kasih sayang sentiasa diterapkan dalam iklan Petronas.

Ok... bagi filem karya beliau..sejujurnya aku tidak meminatinya. Kerana menyalahi undang - undang dalam agama Islam yang ku cintai. Beliau tersilap langkah. Tersilap langkah dalam memahami n memberi pemahaman terhadap ajaran Islam itu sendiri. Hmmm tak mengapalah, perjalanan itu terhenti di sini.Perjalanan kehidupan dunia.

Kini beliau telah kembali bersama amalannya. Tersemadi dalam ingatan masyarakat sebagai primadona karya filem kontroversi. Pembangkit budaya liberalisme, Tapi kini beliau telah menemui rabbinya. menemui pencipta semua mahluknya.

Kata-kata akhir ku. Sampaikan al fatihah ke atas roh allahyarhamah. Semoga ditempatkan bersama-sama insan yang soleh,


Jumaat, 24 Julai 2009

Sokong ke Bantah?


Assalamualaikum

Sekarang ni aku dok terpikir apa yang ade dalam benak kepala aku. Sekarang ni macam2 isu boleh di bangkitkan. Antara paling hot aku nak bincang ialah berkenaan dengan ISA. ISA itu sebenarnya satu akta yang aku rasekan sangat zalim dan tak relevan sungguh.

Dalam post2- kat Facebook aku pun. Aku sekarang nak bertanyakan pendapat kawan-kawan yang menyokong kenapa lah ISA ni penting sangat. Bagus sangat. Perlu kekalkan sangat. Hmmm tapi jawapan yang aku dapat sengal2 belaka. Bukan aku tak hormati pendapat mereka tetapi itulah hakikat jawapan yang tidak kukuh bagi mereka yang hendak mempertahankan akta zalim nak mampus tu.

Ok aku tak sokong sangat akta bangang tu{ memang marah pun} sebab akta tu tak relevan pada zaman ini . Tak relevan kerana menyalahi hak asasi seorang manusia. Nak tanya kat puak-puak yang sokong ni. Ada tak islam ajarkan umat nya hukum menahan orang tanpa bicara. Apa perasan korang semua jika orang yang baik2...macam ustaz di katakan militan. Dikatakan membawa pahaman yang mengarut. Sedangkan kalo nak tengokkan betul2...lebih ramai je orang mengarut tapi tak pulak kena tahan bawah ISA.

kedua : Akta itu bersifat perkauman dan diguna pakai oleh ahli politik yang nak jaga kepentingan survival politik mereka. Cuba je korang semua tgk kepada ahli politik yang hmmmm bukan dari pakatan Rakyat...la. Kenapa mereka suka kalo orang yg menjadi ancaman kepada mereka. di hambat ke ISA.Kononnya nak menjaga kepentingan bangsa melayu . Tapi haram jadah. Aku rase patutnya...orang yang bersifat racist dan berbaur perkauman ni kena campak dalam ISA. Konon bela bangsa...tapi merosak bangsa adalah.

Ok tu je...aku da geram sangat da ...sori la erk....nothing to say.Sambung wat keja.

Khamis, 23 Julai 2009

Bila aku tak update blog aku...


assalamualaikum gang
...lama da aku tak update blog aku...kenapa la jadi cam ni erk...aku ada masalah ke??

Aku tak tau nak tulis apa sebenarnya...kalo diikutkan hati memang ade je idea dalam kepala. Penat punya pasal...hahahah...blogger ni babai la jawabnya...Erkk betul ke penat sangat...hmm ...yekut?...
sekarang ni memang fasa gerakan pemasaran yang di anggap gerila. Satu kaedah yang di guna pakai oleh bos aku semasa di awal pembabitannya dengan PTS. Hmmmm mesti korang tau kan apa itu pts. Kalo korang semua mamat / minah yang suka membaca buku sure ...la korang tau apa itu PTS.

Ok2...aku citer sikit la...PTS ni adalah kampeni penerbit buku. kalo korang nak tau...klik SINI .Tapi aku berkerja bukan ngan PTS. Tapi bos PTS iatu Fauzul Naim . Nak tau gak ke kampeni aku keja...OK2...aku bagi URL utk korang klik k? SINI

Oleh itu...korang jangan la pening2 kenapa la WAK ni tak publish or update blog ni...wak bz la...

Ahad, 5 Julai 2009

lagu teristimewa dari Allahyarham Mikaeel Jackson


Asslamualaikum.... nk share about lagu untuk mikael jackson

ley donload dari sini...


kalo takdapat..sila tinggalkan komen.,..nanti aku balas....jangan takut k

Apabila buah durian menyatukan kaum di Malaysia...


Assalamualaikum...

Duriann oh...durian...memang sedap dimakan begitu sahaja.Heheh...sejak kebelakangan ini. Aku mengidam durian. Mengidam bagai perempuan yang bunting 3 bulan. Tapi nasib baik lah aku ni laki...selamat...Hehehe


Pendaftaran bermula..RM 10 sahaja...utk donation.

Baju yang aku dapat...Percuma jak...

Untuk pengetahuan semua pembaca { cewah macam skema sungguh }. Program makan durian ini bukanlah berbayar. Ramai menjangkakan apakah fungsi kepada RM 1o. Hmm sebenarnya durian2 semua itu adalah percuma. RM 10 merupakan sumbangan kecil yang akan digunakan bagi tabung harapan kanak. Hmm .... pendek citer macam ni lah.. Sebenarnya pertubuhan ini ditubuhkan bagi membiayai perbelanjaaan untuk memberikan / memenuhi harapan kanak2 yang kurang bernasib baik dari segi kesihatan yang amat teruk. { level untuk tahap yang boleh membawa kepada maut} kerana ianya berfungsi sebagai memenuhi impian kanak2. Hmm sebenarnya kalo ikut logiknya... kasih sayang itu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

Macam mana aku dapat tahu berkenaan aktiviti ni. Ni sume dahlan punya pasal la. dia balas mesej kat YM .." Hoi wak...ko esok free tak..aku nak ajak ko makan durian...kat subang parade"...Aku tercengang...sebab mmg teramat sangat mengidam durian yang sedap tu...hehehe.. rezeki jangan ditolak beb. Kalo nak beli kat pasar malam tu...wahh 4 biji RM 10. Tu pun belum menjamin kesedapan ...durian...


Orang ramai mula membanjiri Dataran Subang Parade

harini...{ waktu posting ni post k?}... selepas solat subuh...kemas2 rumah...{ ade talent jadi suami mithali x? hehehe}...dah pukul 10.30 pagi . Siap2 pakai baju fedora ...pehtu..nek keta dahlan...alhamdulillah senang dapat parking Free kat Carefour Subang Jaya...pehtu beli tiket untuk program makan2 ni...pastu ingat kan dapat terus makan...rupanya..durian tak sampai2 lagi dari bahau.. Heheh..takpe la...gi sarapan kat mamak sat...order...Roti Tisu yang ranggup..yummi..di cecah campuran kari ikan + ayam + kuah dhal...makan dengan penuh syukur...sedapp...


dengan ni..ketibaan Encik Durian....hehehehe...
Di ikuti pulak dengan En Manggis...yeay

pastu dahlan pun...sms kawan Skype...hmm pelik doh...sempat lagi invite tuuhhh..Tah lupa nama minah tu. Dahlan kata... minah tu bawak adik ppuan dia...heheheh..hantam je la dahlan asal ko bahagia.. aku tak masuk campur. Lepas itu..berjumpa di dataran Subang Parade..hmm ingat terus makan...si YB2 pulak nak bagi ucapan...haaaa ...tak tahan...Duriannnn lamanyaaaa... bagaikan 10 tahun tak makan durian lak aku ni....

Pastu dalam 1/2 jam baru pesta makan durian bermula. Ramai orang berebut2 nak amik durian temasuk aku. Yang jadi sengal bila...amik durian..takde la parang ke...megupas durian..nasib baikla aku amik yang kecik2 je...bukan tak nak amik yang besar..sebab biasanya saiz yang kecik2 ni sedap...tak membazir... selepas tu layan je rambutan ngan manggis.

Apa yang menarik...aku tengok pakcik cina sorang ni ...mula2 nampak sombong...hehe..pastu dia lak yang paling excited...bagusla...kagum ngan dia. bawak isteri ngan anak2 enjoy. Bukan senang tau... cina la paling bz dalam biz...tapi ok kut dalam ajak anak bini jalan2...apa2 pun pakcik sekuarga mmg best...sempat amik gambar korang.
Durian ni best woo...pakai jari je...gua bikin jari sakit ma

Bukan itu sahaja..rata2 makan durian yang dikopek menggunakan kunci keta... Sori Dahlan...kunci kancil ko jadi bahan...hehehe..

Selepas 1jam perut sume dah kenyang...masa untuk balik...

syukur alhamdulillah...hehehehe

Bila Blog Tidak Di Posting Selama Seminggu???


assalamualaikum

Ramai kawan2 aku bertanya kepada aku dalam YM ke GTalk ke...mana2 la.Mereka tanya...pesal aku tak update. Update menda pulak ni...?? Update blog la . Hehehe.. Syok sendiri nampaknya aku ni.

Oklah...Ini alasan yang aku rasakan munasabah.

1st : Aku accident lagi..huaaaaa
Eh...wak accident lagi ke? Yea...aku accident lagi..Accident langggar ngan apa? Taklanggar ngan apa....jatuh macam accident yang aku citer dulu..JATUH MOTOR sendiri. Tapi ade perbezaan untuk kali ini . 1st lokasi iatu kat selekoh untuk masuk Lebuhraya Mahameru. 2nd melibatkan dua motor iatu aku ngan sorang mamat lagi yang nek moto Ex5, Alhamdulillah tiada kecederaan buat diriku. Tapi mamat sorang lagi...astagfirullah..cedera teruk..tapi dia berdegil untuk aku hantarkan ke Klinik yang berdekatan. Huhu... melayang lagi duit aku sebab nak repair motor.Nasib baiklah repair kat Jalan Ipoh {lokasi mat rempit selalu modify spare part...murah gak la...kalo kena kedai lain...mau2 dekat beratus la jwabnya...}. Sebenarnya pagi tu aku baru je repair lock tempat kunci handle motor...petang tu datang balik...

2nd ,... sebab aku teramat sibuk..
Alasan ni boleh pakai ke wak? Hmmm memang betul apa aku sibuk...Dah kerja aku pemasaran penerbitan. Tugas aku tak boleh selalu berada di dalam pejabat. Nak wat macam mana.,,terima jela amanah tu...

Setakat tu je la... Apa2 pun terima kasih kerana mendoakan keselamatan aku... semoga Allah balas jasa kalian semua erk...

P/s : sedeynya bila tak dapat claim duit untuk gantikan barang2..yang rosak tu. Katanya tiada terma tersebut dalam kampeni.