Ahad, 26 Julai 2009

Perginya primadona .... iklan Petronas


assalamualaikum....

hmmm sayu sungguh pagi ni....apa tak nya... hujan menitis membasahi bumi tuhan yang terbentang untuk hamba-hambaNYa. Hmmm nukilan ku pagi-pagi ini ialah berkenaan dengan primadona IkLan Petronas... hmmmm sapa lagi kalo bukan Allahyarhamah Yasmin Ahmad,

Sejak bila aku ini bagaikan menyanjungi insan seperti arwah ini. Maafkan daku sahabatku. Peringatan ini bukanlah untuk menyanjung insan seni tapi sekadar peringatan untuk kita bahawa kelak kita juga akan pergi menemui Illahi. Cuma kita tak tau bila. dimana. As da Allah's Slave... kita harapkan ialah menjadi hamba yang di redha.




Sebenarnya kalo diikutkan...saya lebih meminati Allahyarham melalui iklan petronas hari raya ciptaan idea allahyarhamah. Sungguh menyentuh hati. Adakalanya diselaputi kontroversi tentang akidah. Tapi aku yakin... Allahyarhamah membuat sesuatu yang ikhlas dalam iklan tersebut. Kebanyakan untuk mengajak kepada masyarakat kembali kepada penghormatan terhadap orang tua. Nilai kasih sayang sentiasa diterapkan dalam iklan Petronas.

Ok... bagi filem karya beliau..sejujurnya aku tidak meminatinya. Kerana menyalahi undang - undang dalam agama Islam yang ku cintai. Beliau tersilap langkah. Tersilap langkah dalam memahami n memberi pemahaman terhadap ajaran Islam itu sendiri. Hmmm tak mengapalah, perjalanan itu terhenti di sini.Perjalanan kehidupan dunia.

Kini beliau telah kembali bersama amalannya. Tersemadi dalam ingatan masyarakat sebagai primadona karya filem kontroversi. Pembangkit budaya liberalisme, Tapi kini beliau telah menemui rabbinya. menemui pencipta semua mahluknya.

Kata-kata akhir ku. Sampaikan al fatihah ke atas roh allahyarhamah. Semoga ditempatkan bersama-sama insan yang soleh,


0 ulasan: