Memaparkan catatan dengan label petua blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua blog. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Julai 2009

Melajukan Firefox 3.5...


Assalamualaikum...

Bila anda melayari internet tentu pelbagai jenis pelayar web yang digunakan. Antara yang popular ketika ini ialah Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer, Opera, Safari.

Bagi yang ingin melayari laman web sahaja tanpa menggunakan aplikasi yang berat seperti bermain permainan atas talian saya mencadangkan anda menggunakan Google Chrome. Saya ringan . Boleh menggunakan kaedah "tab" dalam satu window. Kebanyakan pelayar web terkini menyokong teknik tab di dalamnya.

Tetapi sekarang saya menunjukkan kaedah yang terbaru untuk melajukan Firefox 3.5 .Melajukan ini bermaksud melajukan tempoh loading laman web menggunakan Mozilla terkini. Anda harus paham ia tiada kaitan sama sekali dengan kelajuan jalur lebar internet yang anda gunakan.

Anda kena ikut langkah-langkah yang saya ajarkan kepada anda semua.

Buka laman window Mozilla Fire fox 3.5 (latest version)
di bahagian address bar tu anda perlu menaip perkataan ini -> "about:config"

Selepas itu anda mendapati ada arahan I'll careful, I am promise -> klik je button tu

Selepas tu ade beberapa perkara yang perlu anda cari dan ubah suai nilainya.

1: Cari perkataan "network.http.pipelining" dan setkan kepada "true"

2: Cari perkataan "network.http.proxy.pipelining" dan setkan kepada "true"

3: Cari perkataan " network.http.pipelining.maxrequests" dan setkan nilai sedia ada kepada 30.

4. Selepas tu anda klik kanan mouse/tetikus anda dan pilih New > Integer, masukan nama Preference Name sebagai " nglayout.initialpaint.delay" dan kemudian masukan nilai tersebut kepada nilai "0". Ia merupakan nilai dimana masa Mozilla menunggu data diloadkan sebelum diterima.

Sekiranya anda ada sebarang permasalahan..sila komen...saya akan berikan kaedah penyelesaian.

Ahad, 5 Julai 2009

lagu teristimewa dari Allahyarham Mikaeel Jackson


Asslamualaikum.... nk share about lagu untuk mikael jackson

ley donload dari sini...


kalo takdapat..sila tinggalkan komen.,..nanti aku balas....jangan takut k

Jumaat, 19 Jun 2009

Jana pendapatan anda dengan nuffnang ads


Assalamualaikum...

Baru-baru...gempaq dengan buat secara online. hmmm memang pun. orang kata..Internet ni boleh jana pendapatan kalo anda tau cara. Bermacam2 style..e-books { dikenali e-buku} , buku yang real .. tentang kaedah-kaedah untuk membuat duit secara online.

Okla...aku pun share apa yg ada kat kepala aku ni. Memang sebenarnya aku punya blog ni pun...ade iklan online. Iklan online merupakan salah satu daripada kaedah pemasaran yang hebat di masakini. Selain murah. dan padat. Banyak org kelabu mata ngan iklan ni

Ok bismillahirahmanirahim....{ nak nuntut ilmu kena baca..baru la berkat..:-P}

1st : korang kena la mendaftarkan diri ke dalam Nuffnang --> click sini k? http://www.nuffnang.com pastikan anda memilih negara Malaysia. [ikut korang la nk letak negara mana...jgn negara takde ko nak marah2 lak]

2nd : Isikan butir2 maklumat korang ... pastikan anda jujur. kalo tak macam mana nuffnang nak bayar kat korang.

3rd : tampal kat blog korang... korang nak tampal kat mana tu suka hati...korang la...tapi tau ke cam mana nk pasang ni? Ok kembali dalam laman web nuffnang. Korang boleh lihat design ads yang korang rasekan sesuai..before tu... korang kena masuk ke bahagian Blog Manager...ikut step2 gamba kat bawah...sila follow ikut nombor..{ aku malas nk terangkan lebih2}


cara2 untuk manage Ads [klik gamba utk lebih clear] -STEP1


cara2 untuk manage Ads [klik gamba utk lebih clear]-STEP2

Pastu korang kena la pergi kat Blogger Pulak....ok kena ade akaun Google Mail >Pastu masuk ke laman web www.blogger.com utk daftarkan blog anda{ bagi mereka yang takde blog la} . Kalo da ade login macam biasa dan


Klik Layout > Add a Gadget > Pilih bahagian HTML /Javascript > Copy And Paste code javascript yang anda perolehi daripada laman web Nuffnang tadi.{klik sini kalo korang BLURR } > Pastu jgn lupa isikan maklumat title dan Save > Last sekali Save semua dalam layout Blogger anda

Siap... alhamdulillah. Kalo ade apa2 masalah..contact saya..tinggalkan comment anda..nanti saya balas...

Jgn takut...insyallah dapat punya duit tu ..nak bukti ke tgk gambar kat bawah...sikit pun takpe la...janji aku post Ads yang halal. Pastikan anda tidak menyokong adsberkaitann alkohol atau rokok2 atau yg bekaitan maksiat.. kalo korang nak gak..lantakla... aku da reminder awal2... nanti kat depan Allah di padang Mahsyar korang jawab sendiri k...ttg duit yang ko dapat..

wassalam...adios...
Reblog this post [with Zemanta]

Khamis, 14 Mei 2009

let joins MSC Open Source Conference


assalamualaikum kawan2 sume...

korang ni peminat open source kan? eleh tak nak ngaku konon.. abistu kalo ko tak minat OS (singkatan open source kat post ni k). ... Jangan pakai wordpress untuk blogging .. jgn wat web gunakan joomla... jgn gunakan 7zip utk zip archiver file.. jgn gunakan linux based server utk hosting korang nye data...

Hehehe.. mmg agak mengarut.. tp apa salahnya anda menambahkan ilmu anda ttp Open Source ini.. Tak rugi apa2 pun... malah korang akan lebih seronok jika menda ni dapat di pratikan dalam kehidupan korang semua.


Sapa ley.. attend... sume boleh attend.. tp level umor tu biar agak2 la bro.. jangan la bawak baby lak.. kang menangis susah lak panelis nak cakap... think sendiri k.. bak kata Nabil.. lu pikir la sendiri..

Ok Insyallah aku akan attend ke sana .. meskipun ade jemputan kawin ... macam2 da.. tapi yang penting insyallah aku datang ...coz aku adelah pencinta OS terutamanya PHP...mySQL..Ubuntu Linux { ha..part ni poyo sikit coz masih pakai window}..

Kenali Open Source.. jangan jadi pirate user.. berani berubah... saya cabar anda...

Sabtu, 4 April 2009

Kepentingan Labels...



assalamualaikum....

Bertemu kembali ,,, sekarang ni saya ingin berkongsi ilmu berkenaan dengan labels,, Adakalanya label atau dikenali sebagai tags . Tags ni berfungsi untuk memudahkan pembaca2 mencari bahagian yang terdapat pada blog tersebut,,

OK... kita mulakan k? 1st... bila mana kita membuat posting terbaru atau mau mengubahsuai post yang telah kita buat,,, jangan lupa utk menambah kata kunci yang sessuai untuk posting anda,,, sila rujuk kepada gamba dibawah {klik utk besarkan k?}


Ok langkah kedua... jgn lupa pulak hal ni... selepas ni anda nak "Save Now" boley...nak publish pun boleh... { posting da siap da}. Tp anda kena menambah element pada "Layout" blog anda... apa nak wat...haaa cam ni .. Klik kat Layout Tabs.. > Page Elements > Pastu Klik pada bahagian yg anda rase sesuai utk " Add A Gadget ".. pastu follow step gambar kat bawah...


Teknik juga boleh untuk menambah gagdets yang lain ...sume FREE k.. dalam blogger.. ni... utk wordpress insyallah tunggu la erk... selamat mencuba ... assalamualaikum warah matullah

adios ,...wassalam

Khamis, 2 April 2009

Membaca Blog Dengan Menggunakan RSS Feed


Bismillahirahmannirahimm


Assalamualaikum...

Anda tau mengenai RSS Feed. Mesti blurrr??Kenapa Blurr ...?? Sebab tak penah gunakan kot.... Bagi mereka yang mempunyai minat membaca blog...saya ade petua...ada cara... cara yg mudah ade...cara yg susah pun ade...

kita mulakan cara yg susah dulu la erk... Cara yg susah...ialah menggunakan web browser pastu korang taip la... apa2 blog yang korang nak taip... sebagai contoh saya menggunakan firefox pastu saya nk buka blog ustaz zahiruddin .... blog ustaz saifulislam.com ... blog tutorial grafik I Luv Islam .. maka apa yg saya wat ialah menaip URL pada webbrowser... maka saya pun dapat la lihat...
hehehe

Cara yang senang ialah gunakan Google Reader... korang mesti taktau mendalah ini kan... hmm Google reader adalah sebahagian perkhidmatan FREE selain korang gunakan blogger tu utk wat blog free. Tapi ramai yang tak sedar...cara mudah nk baca isi blog terkini dengan menggunakan google reader...

Ok 1st step... korang mesti ade akaun Gmail or Google Mail... kenapa sebab korang nk gunakan GOOGLE Reader la...hehehe... kalo takde ley daftar ...tgk gambo kat bawah...


klik pada gambar untuk besarkan

2nd .. pastu korang kena la taip... www.google.com/reader

3rd... dalam laman web yang anda ingin baca....pastikan anda mendapatkan RSS feednya... contohnya saifulislam nye RSS FEED ialah

4th... tambah RSS Feed Tersebut pada Add Subcription... maka anda telah menambah koleksi bacaan utk ... blog utk dibaca... bawah adelah sampel google reader...saya.



Klik pada gamba utk lihat lebih jelas

selamat mencuba

Adios..wassalam

Perancangan dalam membuat pembangunan laman web


Bismillahirahmannirahimm

Assalamualaikum....

kebanyakan org bertanya kepada sy... cam mana erk nak wat lama web? Ko pandai wat web x? senang tak nk wat web? Ajarkan aku wat website..simple2 pun ok la? blah2...dan macam2 lagi...hmmm

Bila saya mendapat soalan2 yang seangkatan atau mmg cam dia atas tu... saya senang je... jawapan saya berikan semula dalam bentuk soalan ...

1st : apa tujuan nk wat web? Jawapan mudah... nk blogging.?? Nak promote barang2 ? Nak jual beli barang? dan lain2....

2nd : Hmmm berapa kos yang ada utk pembangunan web anda ? RM 1000.?? RM2000 ?? 10K.. 1 juta??

3rd : lain2 soalan2 yang bekaitan..

Sekiranya anda ingin tau...mengenai blogging ...ada versi FREE dan berbayar.. Kenapa sya kata FREE...sebab terdapat perkhidmatan free blogging tools...seperti Blogger...{ cam saya pakai ni la} ... wordpress..{ www.wordpress.com } dan sebagainya... akan tetapi biasanya free ni mempunyai kelemahan di mana anda dapati ruangan utk menambah baikan... layout { antaramuka paparan pengguna} sangat terhad.


versi berbayar...hmm .. Untuk pengetahuan anda...jgn jadi bodo...atau terlalu sengal.. kenapa ?? Apa yang anda perlu bayar hanya lah... layout design { jika anda mengupah developer atau designer utk citarasa blog anda...}... hosting { ruangan utk menyimpan file2 anda} dan Domain Name server... Bagi Domain Name Server (DNS) dan hosting... anda WAJIB membayar selama setahun... { standard la tuuu} ...kalo anda ingin teruskan la...

Kalo untuk jual beli secara online ..ia dipendek ceritakan sebagai...e-commerce... kalo kedai...dikenali sebagai .. "shopping cart" ... Untuk pengetahuan anda...kebanyakan online shopping cart adelah open source atau sumber terbuka... anda perlu membuat servey (kajian serba sikit)...jgn serahkan bulat2 kepada org yg ingin anda upah...takut di tipu sahaja ... Salah satu contoh ecommerce yang berkaitan ialah lulu.com... portal utk jual beli buku scara online... Di Malaysia tidak kurang hebatnya... anda boleh layari mudah.com.my salah satu daripada ecommerce

setakat ini sahaja la..sekirannya anda ingin berunding ngan sy berkenaan web ...ley hubungi sy,...

adios wassalam

Selasa, 24 Mac 2009

Baca Quran Kat Facebook


Bagaimana cara agar kita dapat membaca Alquran di Facebook? Mudah saja - berikut adalah tutorialnya:

Langkah pertama adalah dengan mencari Quran di kotak search.




Langkah kedua pilih aplikasi Quran yang hendak kita pasang di Facebook. Pastikan anda memilih Quran (aplikasi) bukan Quran (orang, halaman, grup, acara)




Langkah ketiga pilihlah salah satu aplikasi Quran di Facebook (Rio2000 memakai Quran Verses).




Langkah keempat klik Go To Application.




Langkah kelima ijinkan hak akses (allow acces) dari aplikasi tersebut.



Langkah keenam. Setelah aplikasi Quran terinstall kita dapat men-setting aplikasi tersebut. Lalu tekanSave Setting dan Add to Profile.





Langkah ke tujuh. Silahkan pilih dimana aplikasi Quran akan keluar. Pilih Wall and Info Tab. Lalu klikAdd.




Langkah kedelapan. Anda tambahkan aplikasi Quran menggunakan menu Add New Tab.




Sekarang anda sudah dapat menggunakan aplikasi Quran di profile FB anda.



Selasa, 24 Februari 2009

Menjadi pengaturcara yang baik


Keputusan peperiksaan semester 2 menyebabkan aku hampir-hampir ditendang dari UTM. Ianya membuatkan aku tersedar. Aku perlu lakukan sesuatu. Aku mula memupuk minat terhadap Komputer Sains.

Pada aku pengaturcaraan adalah salah satu cabang seni. Kamu akan dapati setiap orang mempunyai cara pengaturcaraan yang berbeza (melainkan kamu hanya menyalin kod aturcara orang lain).

Ada beberapa perkara yang perlu kamu lakukan sekiranya kamu mahu menjadi seorang pengaturcara yang baik.

1. Kenali masalah kamu.


Kamu harus mengenalpasti masalah kamu sebelum kamu bertanya kepada orang lain. Ini perlu kerana kamu perlu melakukan kajian sebelum kamu mahu bertanya kepada orang lain. Sekiranya kamu sendiri tidak mengetahui masalah kamu, bagaimana kamu mahu melakukan kajian? Lebih teruk lagi orang lain tidak akan dapat membantu kamu kerana kamu tidak menjelaskan masalah kamu dengan baik.

2. Buat kajian sebelum bertanya.


Google merupakan alat terbaik untuk membuat kajian. Yang kamu perlukan adalah katakunci. Jangan gunakan alasan terlalu banyak penyelesaian yang terdapat di Google dan kamu tidak tahu yang mana satu yang mahu kamu gunakan. Sekiranya kamu kenali masalah kamu, insyaAllah kamu mampu memilih penyelesaian yang mana yang paling hampir dengan apa yang kamu perlukan. Seandainya kamu masih tidak mampu memilih, cuba sahaja kesemua penyelesaian yang diberikan.

3. Sertai komuniti


Kamu perlu menyertai sesuatu komuniti agar kamu dapat bergaul dengan pengaturcara yang lain. Di Malaysia komuniti pengaturcara PHP sudah lama diwujud(
http://php.net.my). Jangan sesekali kamu bertanyakan soalan yang terlalu mudah. Oleh kerana itu sila lakukan beberapa carian sebelum kamu mahu bertanya. Bayangkan kalau ada 1000 orang yang bertanyakan soalan yang sama, ini bermakna 1000 kali juga orang yang menjawab perlu menaip jawapan yang sama. Adilkah kerana kemalasan kamu, kamu menyusahkan orang lain?

Pastikan soalan kamu disesebuah komuniti itu jelas. Tolong orang lain untuk mereka tolong kamu. Jika kod kamu ada ralat, nyatakan apa ralat itu. Ataupun jangan sesekali kamu meletakkan kod kamu di forum dan mengatakan “Ini kod saya, tolong semak.” Tanpa menceritakan dengan teliti apakah yang kamu cuba lakukan dan apakah masalah yang kamu hadapi. Mereka tiada deria ke 6!

4. Lakukan kesilapan


Rajinkan jari-jemari kamu mengubah kod aturcara yang terdapat di internet dan biarkan ianya ada ralat. Dengan cara ini kamu belajar untuk memahami apakah yang silap sehinggakan mesej ralat tertera di pelayar kamu. Tidaklah ketika kamu melakukan kod aturcara kamu sendiri dan terdapat ralat, kamu menjadi kelam-kabut kerana tidak mengetahui apakah masalahnya.

5. Mudah


Gunakan nama fail yang menggambarkan fungsi fail tersebut. Namakan pembolehubah dengan perkataan yang mudah kamu kenalpasti apakah nilai yang dipegang oleh pemboleh ubah tersebut. Cuba ringkaskan kod aturcara kamu semudah yang mungkin. Lebih ringkas kod kamu, lebih kurang ralat yang bakal kamu hadapi.

6. Latih minda

Latih minda kamu untuk menyelesaikan masalah. Pengaturcaraan adalah idea menyelesaikan masalah. Bila ada masalah kamu harus selesaikan. Fikirkan sesuatu yang baru. Jangan sesekali menjadi katak di bawah tempurung.

7. Membaca


Budak2 pun kena baca gak kan?

Mahu atau tidak kamu harus membaca. Teknologi laman web bergerak dengan pantas. Jadi kamu pasti tidak mahu ketinggalan. Tiada cara untuk kamu terus mengikuti perkembangan ini melainkan membaca. Tidak kisahlah sama ada dari buku mahupun artikel-artikel yang terdapat di internet.


8. Fokus


Kamu perlu fokus terhadap apa yang kamu lakukan. Jangan amalkan keputusan seminit. Sekejap kamu mahu lakukan sebegitu sekejap kamu mahu lakukan sebegini. Sudahnya kod aturcara kamu asyik berubah dan kamu masih ditakuk itu sahaja. Pilih satu bahasa pengaturcaraan untuk kamu kuasai sepenuhnya. Kebanyakan syarikat mencari pakar untuk sesuatu bahasa pengaturcaraan itu dari seorang pekerja yang tahu banyak bahasa pengaturcaraan tapi hanya asasnya.

9. Rendah diri


Dekatkan diri kamu dengan Allah(sekiranya kamu seorang Islam). Doa dapat membantu kamu. Percayalah, sekiranya niat kamu membuat kod aturcara itu kerana Allah Taala, insyaAllah kamu akan jumpa dengan jawapannya. Jangan sesekali kamu merasakan kamu sudah cukup pandai dan tidak memerlukan orang lain. Kamu tidak akan kemana dengan sikap sebegitu. Malang sekali seandainya kamu bongkak dan takbur untuk memohon pertolongan dariNYA.


10. Ilmu perlu dikongsikan


Ilmu perlu dikongsikan sekiranya kamu mahu ilmu kamu tidak hilang dan akan bertambah. Kamu ada satu ilmu dan aku ada satu ilmu. Bila kita berkongsi kamu akan ada 2 ilmu dan begitu juga aku. Bayangkanlah sekiranya semua orang menjadi kedekut ilmu. Adakah kamu rasa kamu akan mampu mempelajari semua yang kamu ketahui?

Khamis, 19 Februari 2009

adehhh...stay kat opis da 2 hari lorr


assalamualaikum...

hai kawan2...aku sekarang under stress la...nk siapkan sume test error2...adehhhh
aku letak je la gamba2 yang aku snap ni. Bukan sal apa...ialah system yang aku maintenance ni bukan aku yang develop so ada kekangan la....


Ini dia system e-kontraktor utk SUK kerajaan Selangor. So sapa2 yang ingin buat tender kena daftar kat sini k?


Ini adalah salah satu risiko berkerja sebagai seorang programmer . Sekiranya anda ditugaskan utk menjadi org yang menjaga maintenance sistem yang dibuat oleh prorgrammer lain..Ini la masalahnya. 1st ialah masalah untuk memahami apa yang dikatakan sebagai memahami coding orang lain. memahami koding org len ini memakan masa yang agak lama gak. But alhamdulillah aku memahami apa yang telah dibuat oleh si mamat sorang ni...{ nama dia terpaksa di rahsiakan }. Sebenarnya aku pun amik masa more than 1 weeks utk mengubah suai sistem ini bagi memudahkan user2 yang menggunakan sistem tersebut}.
Filezilla...client FTP .. sapa2 keja web programmer dia tau mendalah ni

Alhamdulillah pada hari Khamis tepat jam 8.30 pagi sume system tu berjaya dibuat n di uji sebaiknya oleh aku.tahniah buat Fairuz Sulaiman.. pagi tu pas je abis keja...lepak2..je kat opis...
2nd test dibuat oleh Bro Bob.. { nama sebenar dia Faizal Wahi}. Alhamdulillah bos pun ok...

Selasa, 17 Februari 2009

Menulis Blog Biar Ikut Minda Korang Sendiri


assalamualaikum...

Bila bicara sal blog ni...ramai gak org tanya kat aku...apa itu BLOG?? Blog tu nak wat apa? Nak pakai berbayar or FREE je? Blah2..sume sal blog... Sebenarnya apa yang aku nak cakapkan kat sini ialah aku ni bukan la baru sangat dalam dunia blog atau terlalu lama dan aktif blogging . Aku hanya manusia biasa ... { Kita orang Malaysia }. Menulis blog ni pun biar dari dalam diri anda...{cewah ayat skema }

Bila bicara sal blog ni...senang je aku nak cakapkan...biasanya org menulis blog kerana ingin berkongsi idea...sengaja nak wat fitnah { ni biasanya blog berkaitan gossip murahan yang tah apa2 la}. menulis diari harian...tak kurangnya bagi mereka yang ingin menonjolkan kreativiti dan perkongsian ilmu { biasanya kes cam ni utk share wat prgramming ke...IT gajet ke.. web design ke... grafik design ke}. dan mcam2 lagi la...


Ok...ramai tanya ...FREE ke berbayar lebih bagus, Jujurnya bagi aku la mmg berbayar lebih bagus... tapi ade mahluk kat dunia ni pertikaikan aku pakai free version { blogger/blogspot ni lerr}... katanya... " wei..ko ni tak menunjukkan kepintaran / kreditbeliti la sebagai seorang prgrammer or pakar IT ..beli la domain dan daftarkan DNS ko".. jawapan aku senang je...kalo aku pakai berbayar pun kalo malas update tak guna gak...yang penting ade org baca... dan aku tak susahkan korang ...hahahaha.. biasa nya kalo berbayar ni ... wordpress la paling femes... senang dan korang leh update themes { themes ni ialah layout /web templates}...ley tambah gajet berdasarkan kehendak korang...tp yang free cam blogger ni pun tak kurang hebatnya,...al maklumla dunia ni ingin sume mudah la katakan... tekan /klik tu ini...siap... dan maklumat yang korang nak sume da ada...




Akhir sekali...ni point penting aku lar....kalo korang nk blogging...biar dari minda korang sendiri,..btul salah tu hak korang nk taip apa..tpi ingat la...jgn sampai fitnah...kerana blog ni pun merupakan medium fitnah yang dasyat...Nauzubillah..minta dijauhkan...

ok tu je..adios...wassalam 


Sabtu, 31 Januari 2009

menambah twitter widget kat blogger.


asalamualaikum...

korang sume tau sal twitter? Aku mmg mula2 tak tau pasal mendalah ni. Tapi bila mana ade ... kwan2 seblogger dari Barcamp update diorang nye aktiviti secara langsung dan dalam ayat yang pendek. Mula2 pk tak best...lama2 jadi best pulak.

Pastu mendalah ni ley tau la gak...update apa kawan2 nye maklumat apa diorang wat... tp limitation nye ..korang tak leh tgk kat blogger @ blogspot korang... yang korang ley tgk ialah... aktiviti apa yg korang wat. Napa? sebab nanti pembaca takkan nak baca aktiviti kawan2 korang lak...pembaca bukan kenal pun kawan korang ni sapa.

ok aku bagi petua camana nak tambah widget twitter ni kat blog.

1st : Daftar akaun twitter anda di twitter.com
2nd : Kemaskinikan maklumat peribadi anda. Kalo bolehla...digalakkan menggunakan nama pena yang unik bagi membolehkan anda dikenali oleh enjin carian yang popular seperti google search. Yahoo Search.. dan lain2. Sebagai contoh saya menggunakan nama pena ibnusulaiman.
3rd : Ok sekarang anda memasuki fasa dua di mana anda perlu menggunakan 'layout' dalam blogger.

petunjuk: di mana layout anda.

Ok pastikan anda dapat seperti di atas. Bila da di buka di akan seperti cam di bawah { sebenarnya layout saya tu saya cari kat tenet. Pastikan anda mencari layout yang mudah dipahami. suh pakcik Google carikan ... gunakan keyword Blogger + themes }. ok pastu pastikan dapat klik kat add widget. Bila korang klik pastikan anda memastikan memilih HTML / javascript.

4th : add koding javascript ni dan pastu Save...pastu last sekali...save layout dan anda leh lihat hasilnye... macm kat bawah ni



my twitter style

Widget bagus

Jadilah teman saya

Anda berminat , Sila Klik