Memaparkan catatan dengan label teknik blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teknik blog. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Julai 2009

Download Buku CakePHP Bahasa Melayu .. Pembangunan Blog sendiri


Assalamualaikum...

Berita gembira buat peminat CakePHP, kini anda boleh memuat turun buku bahasa Melayu bekenaan tutorial ringkas dalam pembangunan blog. Sekiranya anda mempunyai asas di dalam beberapa perkara di bawah maka anda layak untuk membuat programming dalam cakePHP

Ini adalah logo cakePHP

1: Memahami asas PHP MySQL
2: Memahami asas penggunaan PHPMyAdmin
3: Memahami asas array dalam pengaturcaraan PHP
4: Anda jenis tidak mudah bosan dan sentiasa mencari jalan menggunakan Google.

Oleh itu anda layak untuk memuat turun. buku ini. KLIK SINI

P/S: Terima kasih kepada saudara Azril Nazri a.k.a Sifoo cakePHP.

sekiranya ade permasalahan . Sila komen kepada saya

Melajukan Firefox 3.5...


Assalamualaikum...

Bila anda melayari internet tentu pelbagai jenis pelayar web yang digunakan. Antara yang popular ketika ini ialah Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer, Opera, Safari.

Bagi yang ingin melayari laman web sahaja tanpa menggunakan aplikasi yang berat seperti bermain permainan atas talian saya mencadangkan anda menggunakan Google Chrome. Saya ringan . Boleh menggunakan kaedah "tab" dalam satu window. Kebanyakan pelayar web terkini menyokong teknik tab di dalamnya.

Tetapi sekarang saya menunjukkan kaedah yang terbaru untuk melajukan Firefox 3.5 .Melajukan ini bermaksud melajukan tempoh loading laman web menggunakan Mozilla terkini. Anda harus paham ia tiada kaitan sama sekali dengan kelajuan jalur lebar internet yang anda gunakan.

Anda kena ikut langkah-langkah yang saya ajarkan kepada anda semua.

Buka laman window Mozilla Fire fox 3.5 (latest version)
di bahagian address bar tu anda perlu menaip perkataan ini -> "about:config"

Selepas itu anda mendapati ada arahan I'll careful, I am promise -> klik je button tu

Selepas tu ade beberapa perkara yang perlu anda cari dan ubah suai nilainya.

1: Cari perkataan "network.http.pipelining" dan setkan kepada "true"

2: Cari perkataan "network.http.proxy.pipelining" dan setkan kepada "true"

3: Cari perkataan " network.http.pipelining.maxrequests" dan setkan nilai sedia ada kepada 30.

4. Selepas tu anda klik kanan mouse/tetikus anda dan pilih New > Integer, masukan nama Preference Name sebagai " nglayout.initialpaint.delay" dan kemudian masukan nilai tersebut kepada nilai "0". Ia merupakan nilai dimana masa Mozilla menunggu data diloadkan sebelum diterima.

Sekiranya anda ada sebarang permasalahan..sila komen...saya akan berikan kaedah penyelesaian.

Ahad, 5 Julai 2009

lagu teristimewa dari Allahyarham Mikaeel Jackson


Asslamualaikum.... nk share about lagu untuk mikael jackson

ley donload dari sini...


kalo takdapat..sila tinggalkan komen.,..nanti aku balas....jangan takut k

Jumaat, 19 Jun 2009

Jana pendapatan anda dengan nuffnang ads


Assalamualaikum...

Baru-baru...gempaq dengan buat secara online. hmmm memang pun. orang kata..Internet ni boleh jana pendapatan kalo anda tau cara. Bermacam2 style..e-books { dikenali e-buku} , buku yang real .. tentang kaedah-kaedah untuk membuat duit secara online.

Okla...aku pun share apa yg ada kat kepala aku ni. Memang sebenarnya aku punya blog ni pun...ade iklan online. Iklan online merupakan salah satu daripada kaedah pemasaran yang hebat di masakini. Selain murah. dan padat. Banyak org kelabu mata ngan iklan ni

Ok bismillahirahmanirahim....{ nak nuntut ilmu kena baca..baru la berkat..:-P}

1st : korang kena la mendaftarkan diri ke dalam Nuffnang --> click sini k? http://www.nuffnang.com pastikan anda memilih negara Malaysia. [ikut korang la nk letak negara mana...jgn negara takde ko nak marah2 lak]

2nd : Isikan butir2 maklumat korang ... pastikan anda jujur. kalo tak macam mana nuffnang nak bayar kat korang.

3rd : tampal kat blog korang... korang nak tampal kat mana tu suka hati...korang la...tapi tau ke cam mana nk pasang ni? Ok kembali dalam laman web nuffnang. Korang boleh lihat design ads yang korang rasekan sesuai..before tu... korang kena masuk ke bahagian Blog Manager...ikut step2 gamba kat bawah...sila follow ikut nombor..{ aku malas nk terangkan lebih2}


cara2 untuk manage Ads [klik gamba utk lebih clear] -STEP1


cara2 untuk manage Ads [klik gamba utk lebih clear]-STEP2

Pastu korang kena la pergi kat Blogger Pulak....ok kena ade akaun Google Mail >Pastu masuk ke laman web www.blogger.com utk daftarkan blog anda{ bagi mereka yang takde blog la} . Kalo da ade login macam biasa dan


Klik Layout > Add a Gadget > Pilih bahagian HTML /Javascript > Copy And Paste code javascript yang anda perolehi daripada laman web Nuffnang tadi.{klik sini kalo korang BLURR } > Pastu jgn lupa isikan maklumat title dan Save > Last sekali Save semua dalam layout Blogger anda

Siap... alhamdulillah. Kalo ade apa2 masalah..contact saya..tinggalkan comment anda..nanti saya balas...

Jgn takut...insyallah dapat punya duit tu ..nak bukti ke tgk gambar kat bawah...sikit pun takpe la...janji aku post Ads yang halal. Pastikan anda tidak menyokong adsberkaitann alkohol atau rokok2 atau yg bekaitan maksiat.. kalo korang nak gak..lantakla... aku da reminder awal2... nanti kat depan Allah di padang Mahsyar korang jawab sendiri k...ttg duit yang ko dapat..

wassalam...adios...
Reblog this post [with Zemanta]

Rabu, 22 April 2009

Catatan sepanjang pesta buku antarabangsa KL


da lama ana tak memposting kat blog ana nih... alhamdulillah baru balik daripada pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di kubu kuat UMNO iatu Putra World Trade Center.. atau dimelayukan nya Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)..

Alhamdulillah semenjak hari pertama ana sampai hingga ke hari ini.. pengunjung bagaikan tali arus.. perghhh mmg ramai.. alhamdulillah sejuk mata memandang kerana kebanyakan yang datang sume "menghormati " buku2 yang menjadi wancana ilmiah.. mereka rata2 berpakaian sopan tak kira la laki ke ppuan ke.. tak macam kat Jom Heboh ke apa...ish2 nauzubillahi min zalik

Alhamdulillah gak.. syukur dapat berkenalan ngan sahabat sekolej masa di UM iatu bro Azlin..yang sekarang merupakan Peguam Syarie yang bertempat di Ampang Selangor.. so kalo sapa2 ada masalah berkaitan ngan cerai ke ...poligami ke... tuntutan ke apa2.. ley jupe saudara Azlin kita...


Cenderhati utk PBAKL 2009

Syukur gak saya dapat membeli sedikit buah tangan dari gerai Ustaz Riduan Mohd Nor.. beliau merupakan penulis bagi buku Gaza Menangis { buku yang mantap di mana beliau sendiri melihat bumi Gaza diganyang oleh regim Yahudi Laknatullah .. pada awal tahun } Buku tu saya lum memiliki.. sapa2 yang nk beli..boleh hadiri Booth Ustaz.. Tinta Jundi ... kat aras bawah.. near booth Ana Muslim { majalah femes dak remaja}.. saya sempat membeli satu buku tulisan beliau iatu Memoir Jihad - Anak Melayu Di Bumi Afghanistan..

Kat booth Jemaah Islah Malaysia

Pastu saya g booth Jemaah Islah Malaysia untuk membeli sedikit cedermata utk sematkan kat bag laptop saya... Apa yang nak simpulkan di sini.. Mari sama2 meramaikan utk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ... yang akan berakhir pada 26hb April ni.. Tak rugi membelanjakan duit anda utk ilmu..



Adios Wassalam

Sabtu, 4 April 2009

Kepentingan Labels...



assalamualaikum....

Bertemu kembali ,,, sekarang ni saya ingin berkongsi ilmu berkenaan dengan labels,, Adakalanya label atau dikenali sebagai tags . Tags ni berfungsi untuk memudahkan pembaca2 mencari bahagian yang terdapat pada blog tersebut,,

OK... kita mulakan k? 1st... bila mana kita membuat posting terbaru atau mau mengubahsuai post yang telah kita buat,,, jangan lupa utk menambah kata kunci yang sessuai untuk posting anda,,, sila rujuk kepada gamba dibawah {klik utk besarkan k?}


Ok langkah kedua... jgn lupa pulak hal ni... selepas ni anda nak "Save Now" boley...nak publish pun boleh... { posting da siap da}. Tp anda kena menambah element pada "Layout" blog anda... apa nak wat...haaa cam ni .. Klik kat Layout Tabs.. > Page Elements > Pastu Klik pada bahagian yg anda rase sesuai utk " Add A Gadget ".. pastu follow step gambar kat bawah...


Teknik juga boleh untuk menambah gagdets yang lain ...sume FREE k.. dalam blogger.. ni... utk wordpress insyallah tunggu la erk... selamat mencuba ... assalamualaikum warah matullah

adios ,...wassalam

Widget bagus

Jadilah teman saya

Anda berminat , Sila Klik