Sabtu, 31 Januari 2009

alhamdulillah pelancaran GMP ok... syukur ya Allah


assalamualaikum...

seawal kul 1245 tgh hari aku dah roger ke Masjid Jamek KL.. Hujan renyai2 mula turun di Kg Kerinchi { rumah sewa aku lorr}.Before tu aku gi lunch kat bawah umah ...selera kerinchi restorent... makan la lauk ikan selar ngan pucuk paku masak lemak...isi perut je...pastu lepak2 kat masjid jamek... utk solat zohor jemaah.


Aku di Masjid Jamek KL..pas solat Zohor... Ya Allah Aku memohon keampunanMu..amin

Hujan makin lebat... nak wat apa yer..takkan nk dok lepak sampai kul 3 petang kut. Hmm baca la Quran sat...10 ayat je kut..tah aku tak ingat berapa panjang aku baca. Ya ALLAH lemahnya iman aku ni...baca Quran pun ikut mood { janji baca}. Pastu hujan renyai2 lagi..gi lak kat part info center masjid jamek. wahh ade topik best kenapa la bahasa melayu ni di pinggirkan, pakcik tua { dalam lingkungan 60an ++ kut} sebab dia duk KL dah dekat 40 tahun. Dia kata,,kerajaan BN tak penah ubah apa2 pun. Pastu masuk hal gejala sosial lak...aku tukang dengar je... ade la 3 org siswi dari USIM bertanya pendapat berkenaan masalah sosial. hmmm ok gak...aku tukang dengar... mana aku leh share idea..aku bagi la . Pastu hujan pun da reda sikit...so aku amik LRT star menuju ke stesen Bandaraya di mana ia menuju terus ke Kompleks Membeli belah sogo.

Aku blurr gak masuk sogo ni.. { nampak sangat aku ni jakun sal kompleks ni..tau la aku ni bukan kaki shopping kat sini...beli pakaian pun kat kamdar je}. Aku tercari2 pintu kuar menuju Jalan Raja Abdullah. alhamdulillah jupa gak... alamak polis da berkawal la.Keadaan makin tegang bila mana polis suruh kitorang ( aku dan aktivitis2 perjuang bahasa Melayu). Tp selagi mana Datuk Hassan yg merupakan Mantan Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka tidak berganjak selagi tula aku tak berganjak. Aku pun bertanya la pengunjung2 berkenaan isu ini. rata2 menjawab...saya tidak setuju.Kenapa ?? Saya sendiri tak paham bahasa inggeris. Ada yang menjawab saya tak mampu nak menampung kos utk perbelanjaan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris..

Alamak...media2 sume da kerumun Datuk Hassan aka mantan DBP...

Alhamdulillah saya sempat juga bertanya kepada pejuang2 bahasa Melayu . Antara penyandang Krusi Bahasa Melayu di pengajian antarabangsa di University of Beijing . Prof Emeritus Dr Awang Sariyan.,, beliau berkata,... bangsa Melayu akan hilang identiti kerana bahasa melambangkan bangsa...bahasa melambangkan sosio budaya satu2 bangsa. Hilang bahasa maka hilang la semua yang termaktub dalam perlembagaan bangsa tersebut.


Ni dia Prof Awang Sariyan.. dari China pun balik sini sebab tau sal GMP

taklupa gak aku untuk bertanyakan kepada pejuang bahasa iatu salah seorang dari kump kopratasa kalo tak silapla. Dia kata...dia telah lama memperjuangkan bahasa Melayu tapi apa yang dibuat oleh kerajaan hanya seperti melepaskan batuk ditangga.


salah kump kopratasa... aku tukang dengar pendapat dia..best2.

majlis bersurai ...disebabkan polis telah mengarahkan Datuk Hassan balik ke rumahnya.. sebelum...tu ade membuat pengumuman dimana diadakan...perhimpunan aman bagi GMP tersebut pada 17 Feb bertempat di Bangunan Parlimen dan acara kemuncak pada 7 Mac bertempat di Istana Negara... ok kawan2..jgn tak join kalo anda sayangkan bahasa Melayu kita...bahasa kebangsaan. Israel pun bangga ngan bahasa Hebrew...kita bangsa Melayu tak penah nak bangga ngan bahasa ibunda sendiri...bikin malu je.


Apa pendapat pakcik sal mansuh GMP? Pakcik baju merah jawab..bagus sangat2

Dalam kesempatan tu aku tgk ade seorang insan yang genius bagi mempratikan penggunaan bahasa melayu dalam mathematics. taklain tak bukan ialah Saintis Dunia... Dr Halim Bustamin kalo tak silap... bagus gak idea2 dia. org sibuk huhahuha...sal bahasa melayu dia pun "pasar"kan idea " otak kanan " dalam penggunaan matematik. Mmg best idea dia...mmg best sebab menjadikan matematik sebagai mainan. bukan seksaan dalam pembelajaran ...



pastu aku terus menuju ke masjid India utk solat asar..sebelum jalan2 cari kopiah raihan { sedey... dah takde org jual lagi da kopiah tu.} ada mamat kedai tu jual sampai RM 68...kedai sebelah jual gak..tp kaler putih la..tak berkenan la...huhuhu...

pastu amik gamba sekitar masjid jamek..pastu amik putra lrt balik ke umah sewa...

adios ...salam

menambah twitter widget kat blogger.


asalamualaikum...

korang sume tau sal twitter? Aku mmg mula2 tak tau pasal mendalah ni. Tapi bila mana ade ... kwan2 seblogger dari Barcamp update diorang nye aktiviti secara langsung dan dalam ayat yang pendek. Mula2 pk tak best...lama2 jadi best pulak.

Pastu mendalah ni ley tau la gak...update apa kawan2 nye maklumat apa diorang wat... tp limitation nye ..korang tak leh tgk kat blogger @ blogspot korang... yang korang ley tgk ialah... aktiviti apa yg korang wat. Napa? sebab nanti pembaca takkan nak baca aktiviti kawan2 korang lak...pembaca bukan kenal pun kawan korang ni sapa.

ok aku bagi petua camana nak tambah widget twitter ni kat blog.

1st : Daftar akaun twitter anda di twitter.com
2nd : Kemaskinikan maklumat peribadi anda. Kalo bolehla...digalakkan menggunakan nama pena yang unik bagi membolehkan anda dikenali oleh enjin carian yang popular seperti google search. Yahoo Search.. dan lain2. Sebagai contoh saya menggunakan nama pena ibnusulaiman.
3rd : Ok sekarang anda memasuki fasa dua di mana anda perlu menggunakan 'layout' dalam blogger.

petunjuk: di mana layout anda.

Ok pastikan anda dapat seperti di atas. Bila da di buka di akan seperti cam di bawah { sebenarnya layout saya tu saya cari kat tenet. Pastikan anda mencari layout yang mudah dipahami. suh pakcik Google carikan ... gunakan keyword Blogger + themes }. ok pastu pastikan dapat klik kat add widget. Bila korang klik pastikan anda memastikan memilih HTML / javascript.

4th : add koding javascript ni dan pastu Save...pastu last sekali...save layout dan anda leh lihat hasilnye... macm kat bawah ni



my twitter style

Jumaat, 30 Januari 2009

Demonstrasi GMP...sapa nak join...turun esok k?


assalamualaikum...

aku takde idea nak posting apa malam ni...yang aku blurr cam mna aku nak edit layout blog ni supaya lebih friendly atau pendek cite ' mesra pengguna'.Kalo org cam sya ni takpe la gak. Ade gak member2 kata...cam mana nak comment ni... adeh...aku lupa lak...menda ni tak leh nak post comment...

ok2 berbalik kepada tajuk post kat atas... Ok kawan2...sapa2 nk join NGO bagi menentang PPSMI { apa yerk mana nye...pendekkan cite...pembelajaran n pengajaran sains n maths dalam english}. Pelik.kenapa la nk bangga sangat ngan Bahasa Inggeris tu.. Russia bangga Russian Language nye..France ngan bahasanya...Germany ngan bahasa nye...org Melayu...?? UMNO..?? Korang kat mana? kat Uganda ke? Ke kat planet Zargus... apa da...kata nak bela bangsa Melayu konon... hak bangsa melayu iatu bahasa kebangsaan korang gadaikan? Bukan aku nak mendesak bencinya bahasa Inggeris ni...aku kecian kat cikgu2 sains dan mathematics yang kat kg..kawasan pendalaman tu... da lama diorang berkhidmat...tak pasai2 kena belajar in English.. pastu nak kena translate lagi.. Ala cikgu2 yg baru nak posting pun da blur... { kawan baik aku cikgu...dia pun tensen gak...hahahaha}.

Statement kementerian pendidikan yg menjelikkan bila mana katanya..peratusan murid meningkat...statement yg poyo lagi mengong . Aku rase peratusan lulus dalam subjek bg pemberian markah maybe di kurangkan . Contohnya.,,,, kalo subjek math A ialah dari rate 80-100 markah. Tp kemungkinan besar di ubah dari 70-100 utk agregat A. Aku tak cakap bohong koz ex-cikgu sekolah menengah sendiri cakap cam tu.

Apa2 pun,,,kalo korang setuju pemansuhan PPSMI ni...join kitorang sok .cikgu2 seluruh Malaysia..jom join...jangan takut...takut hanya pada Allah..bukan mahluk Allah.. { ayat skema siut}. Lokasi kat Kompleks Sogo. Jalan Raja Abdullah . shopping femes kaum ibu ngan budak2 pompuan yang kaki shopping lorr. masa 3.00 petang... aku syorkan mai kita solat jemaah kat Masjid Jamek or Masjid India { masjid ni lambat sikit nak wat solat jemaah..coz ikut waktu kat india nun sana }. Doa sama2...supaya Allah berkati usaha2 kita. aminnn

Khamis, 29 Januari 2009

Mengapa Yahudi Bijak ? Amik yang positif k


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

jalan2 kat MFI Bangi & Alamanda Putrajaya


assalamualaikum...

alhamdulillah semalam osman datang ker KL ..eh selangor la..sebab dia tak sampai ke area KL. So takleh nk dikatakan KL nanti org kata...bangi tu KL...pandai la sangat aku ni yer sebab menyatakan bahawa Bangi is KL area .. aku ingat Osman datang lambat lagi...so kat umah ..aku sempat basuh baju dan kemas2 bilik. pastu dalam pukul 10 SMS osman sampai...mengelabah aku dibuatnya kerana dia da sampai R&R Bangi. " Oi Ruz...ko da sampai Stesen UKM ke?" Aku balas " ada kat umah lagi"

Apalagi..cincai jela...pakai mana yg patut.. pastu amik teksi kat stesen LRT Putra Universiti ke Stesen Komuter Mid Valley {RM 3.30 melayang..takpe nak cepat punya pasai}. pastu amik Komuter menuju ke UKM stesen { aiseymen...mmg pengangkutan awam Malaysia la...kat banner bukan main ayat.. KTM...Pantas Merentasi Masa...pantasnyaa?? }.osman da bising dia da sampai Bangi...aku sms..ko setelkan masalah dia dulu. Pastu dalam 1/2 jam aku pun sampai ka stesen UKM...suasana cam santai lagi..kebanyakan budak2 UKM baru nak balik kampus.al maklum cuti raya cina...melayu pun nak sambut gak...hahahah...ye je ..kalo ade kawan cina . semangat asobiyah dikalangan masyarakat Malaysia masih ade...tipu la kalo takde..kalo takde mesti da pergi 'beraya' kat umah kawan2 yg berbangsa cina.

Sebenarnya urusan kat bangi tu bukan apa..Osman nak amik transkrip penuh pengajian di Malaysia France Institute. Dia kata malas nk konvo. Juz nak amik . Betul gak kata dia... konvo membazir je...kalo ade dapat keja pas abis belaja tak pe la gak. Kebanyakan kawan2 dia...dia cakap la...masih nak menyambung belajar dengan alasan tak dapat keja.. alahai,,, kalo belaja tinggi mana pun...kalo tak dapat keja pun tak guna gak. alhamdulillah aku dapat gak keja...

ni kes hilang resit kononnya..la..buat surat alasan

Disebabkan aku lewat...maka Osman ajak aku makan kat area SS1 bangi...dia nak tunjuk tempat makan di mana Nasi Ayam RM 2.70..mmg betul la.. RM 2.80 ( naik sposen je) kat parit Raja harga RM 3.50 mahai gilerr...jauh berbeza. pas makan round2 kat sekitar Bangi before solat Zohor. Aku suh Osman Jamak kan waktu asar dalam waktu Zohor ( jama takdim).


ok agak2 kat mana ni ye?

Ok pastu pergi balik ke MFI. peghhh macam2 urusan kena setel....kena minta 5 tandatangan yang tah apa2 je...susah betul urusan clearence. osman lak lupa bawak resit rasmi pembayaran penuh... adeh,,,, nasib baik la da wat surat rasmi menggunakan laptop aku kat masjid pas solat tdi. pastu g printing kat kiosk internet...sempat lak Osman usha mak pemilik CC tu .takpe osman pandai ayat siut b4 takcel anak dia...heheh sori man..aku wat citer je..


"amik je la wat kenang2 kat MFI ..heheh pas ni takyah datang sini ag"

Ok cuba teka sekarang kat mana pulak?

pastu da setel ... kitorang gi Alamanda ...jalan2 je.. takde apa2 yang best pun...suasana putrajaya panas, Bajet nak g dataran Masjid Putra..Osman kata" ko nak g sana panas2 wat ape...?" Adehh,,, follow je la dia... Sampai alamanda...gi A&W...Aku tak nak g KFC ngan McDonald coz american products...bila da bayar sume baru tau... A&W pun produk US...adehhh... takpe la dah beli...makan je la. Pastu g masjid...aku solat Asar...


jom balik...da solat kena la balik

Pas makan terus balik ke KL.. Aku cakap kat Osman...hantar kat Stesen UKM je...memandang keadaan sudah out of opis hour...so KL mesti jam...so aku tak nak susah2kan dia pastu dia hantar kat stesen Komuter...nek komuter....pastu sampai mid valley...amik teksi {kes malas nk tunggu bas dan sesak2 ngan penumpang yang ramai}.

alhamdulillah...

# osman kata... smoga persahabatan ini kukuh sehingga akhir hayat,, sebab kawan yg susah senang,,,mmg sangat payah di temui.

Selasa, 27 Januari 2009

alhamdulillah ... da sampai... KL


assalamualaikum... selamat malam kawan2 { post waktu isya '}...

penat...itulah yg leh aku nyatakan bila mana sampai ke KL. perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam amat2 meletihkan. Tambahan pulak...balik sorang2...tak cam selalu ..ngan apan {kan da balik kg pun sorang2...balik KL pun sama la...apa la aku nih }.

Before tu,, malam semalam ...aku ngan osman... lepak2 kat Peserai. saje je...nak makan malam kut. Bajet dapat makan kerang bakar ke...ikan bakar ke ..tp hmm takde apa2. Apa la majlis tindakan perlancongan batu pahat ni.. takde port makan2 yg best cam kat kelate ..ganu...umbai ke...baru syok... adehhh... Takpe... aku ngan osman cuma pesan Roti Bool {aiyak...pesal tak bawak kamera..kalo tak leh snap2 makanan tu } ...pelikan bunyinya? tu ar ,,, mmg aku ni da jadi mamat KL betul la... osman cakap cam tu gak. Sebelum g batu pahat tu..lepak kat mamak restoren Al Azhar 25jam { apasal la tak letak 24jam.??}. Jupe ngan Hisham... borak2 ar...rupa2nya member aku sorang ni baru buang title single ..tahniah... dah engaged pun ko...

pastu masa lepak umah osman...layan blues je...citer kenangan lama masa kat sekolah untill life sekarang. Alamak.. bestnya terkenang zaman sekolah dulu..nk undur masa ttap takleh.. dah berlalu..kawan2 sekelas pun ramai da kawin n ada anak. sabar je la.

huhuhu...pagi tadi aku balik umah...pastu mandi2...solat sunat sat { nk musafir katakan..} pastu sarapan "jemput2" yang adik ppuan aku wat...pastu cium tangan mak...pipi mak...pastu minta mak doa ,..supaya jadi anak yg baik...dimurahkan rezeki... dan yang penting selamat dunia akhirat...{ wajib ooo...kalo tak cam mana hidup nak bahagia }. Abah hari ni keja...so masa balik dari umah osman...abah da takde ...


minyak kena full ma...kalo tak naya....kat highway karang

pastu aku amik perjalanan dari Jalan Parit Botak --> Parit Hamid {isi minyak full tank sat } --> Ayer Hitam { kuar plaza tol} .. broommm... sampai ke pagoh isi minyak lagi.. brooomm lagi...

snap ciptaan Allah kat R&R Pagoh.. subhanallah...

sampai ayer keroh ...{ lepak sat sambil update twitter} ..snap2...pastu aku tgk adala satu kuarga makan kat pondok kecik...{tulis wakaf..hmm takpe la..boleh pakai istilah tu }. best gak aku tgk kuarga tu ...makan sama2...kat wakaf ngan si ibu memasak sendiri makanan tersebut. Kebanyakan org suka makan kat warung2 di R&R tu...tapi takpe.. semua org ada pilihan masing2...pilihan tuk memilih..tp sebaiknya..makanla yg di masak oleh sendiri ..terjamin dan sure bersih dan sure halal...
i luv my lappy.. masa kat R&R ayer keroh melaka..update my twitter sat

pastu...isi minyak..broom... to seremban...pstu lunch sekali...huhu...mahai gak makan tgh hari kat
R&R. Kebanyakan kenderaaan mula bersesakan di plaza tol senawang...kenderaan bergerak lancar gak. almaklum sume mula keja kut esok..


angin sepoi2 bahasa...alhamdulillah cantik ciptaanMu ya Allah...jadikan aku hamba yg bersyukur

pastu...aku terus,,,,broomm sampai la KL dalam kul 1230++. Syukur...tgk jam...dah dekat kul 1ptg.. hmm ingat nak balik umah PKNS dulu..alang2...da sampai KL..g masjid... ar rahman UM...iktikaf...solat zohor...jama' asar takdemm... pastu terus balik...sampai umah...minum la air dulu..pastu..tido...

syukur...ya Allah...syukran jazillan

Ahad, 25 Januari 2009

hebat gak org parit raja ni yerk>>


assalamualaikum...

selamat pagi kawan2...huhu...penat sungguh. Dari semalam mmg aku tak terus balik umah parent aku kat Parit Surau Laut. Pas g umah akak aku kat Muar. Aku terus ke Masjid Batu Pahat a.k.a Masjid Sultan Ismail { kesian sultan iskandar.. asyik nama abah dia je org letak utk nama2 bangunan kat Johor ni...kecuali PM Paklah baik sangat bagi jela nama wilayah Iskandar..maybe nak amik hati sultan johor utk wat pelaburan kat Johor kut } utk solat magrib ngan isya sekali gus. Bajet nak wat solat jamak takdem...tapi tak pela...better duk lepak2 sambil iktikaf kat Masjid lagi best.. pahala dapat...ketenangan dapat...dan yg penting sekali..ley solat isya terus tanpa tangguh2{syaitan kekadang suka benor cucuk aku supaya solat isya lambat2}

Pas isya bajet nak jupe osman { member sekolah menengah }. sampai je parit raja ... dia hantar SMS. "Fairuz .. aku takde transport nk kuar la malam ni ". Aiseymen... takpe la...kedengaran ade suara2 org bg ceramah kat dataran Parit Raja...oooohh ade isu palestin. Bagus2... ada gak perubahan dan sensitviti org parit raja ni kat isu Palestin ni yerk...hehehe.. betul la kat Ustaz Faisal .{ Dr jabatan syariah ..pengajian Islam UM} setiap apa2 yg Allah kurniakan samada dari kecelakaan dan kenikmatan ada asbab atau sebab2nya. Jika dulu isu palestin di cakap...hanya org2 PAS n NGO2 Islamic tertentu je ...yang ber'iya2' sngt perjuangkan. But bila mana ..Israel betul2 nganyang umat Islam Palestin ..baru ade kesedaran yer..alhamdulillah.



Dalam ucaptama yang disampaikan oleh salah seorang NGO berkenaan..." Kita hendaklah boikot barangan US ngan Israel..." But aku tgk keliling..ade isap rokok malboro...DunHill...wat ever la.
adehhh...yg ni aku tak respek..ade yg pakai jubah... isap dunhill 14 tuhhh..tak leh tahan. Apa2 pun aku still leh accept lagi bilamana ade gak perubahan dalam hal ni. Cume kena istiqamah je la... Jangan hari ni..berdemondtrasi...pastu time dah ok..tak boikot da... apada...
pemahaman ttg produk2 israel...pengharaman rokok secara total perlu dibuat....



ni yg paling aku tak puas hati...ADUN Parit Raja gi mana...jiwa rakyat konon.. time2 macam ni hang pi mana...sibuk2..rakyat parit raja pun sibuk gak...adehh...ko bz keja.. rakyat prit raja pun sama gak..sume keja beb...

Last even...ada acara bakar mendera israel ngan US.fuiyooo..1st time aku tgk org Parit Raja burn bendera tu...lagi bagus kalo ade org US...mmg kaw2 la.. hehe...tu je


# alamak mak suh g kedai beli sayur...roger dulu kawan2...

Sabtu, 24 Januari 2009

dari KL ke batu pahat...


assalamualaikum..

kali ni aku balik batu pahat alone...selalunye bersama apan aka rumate aku kat umah sewa KL . Disebabkan dia terlalu sibuk dan ada kereta.Dia balik lambat sambil menunggu adik beliau yang akan turun kat Puduraya. { dia cakap sama2 ngan adik dia balik skudai }.

Alhamdulillah perjalanan mengambil masa hmmm 3 jam dari batu pahat ke muar. Aku sampai kat muar dalam pukul 12tgh hari. Alhamdulilllah...best2. Layan anak2 buah aku,. sepanjang di highway utara selatan aku hanya berhenti seketika di Seremban {isi minyak moto}.... Linggi { santai2 sat ..gambaran cantik sangat. subahanallah...}.. pastu kat R& R jejantas Ayer keroh Melaka {topup minyak moto } dan terus ke Muar.

Gambar ni di amik semasa aku wat update kat twitter.thanks bro aliff.

Alhamdulillah mmg best perjalanan dari Kuala Lumpur,...before gerak tadi pun... mmg wat solat sunat sebelum musafir. Minta doa supaya Allah berkati perjalanan aku dan supaya dijauhi dari perkara2 yang tidak baik. Syukur kat Ustaz Azhar Hashim yang mengajar,..{ kalo tak silap aku dia yang ajar solat sunat tersebut}.

Tutup laptop sat ..layan mee bandung Muar...share ngan amin je...takut tak abis

Blog ni dipostingg masa aku pas solat maghrib kat Masjid Batu Pahat...
Masjid Batu Pahat Yang mendamaikan...ya Allah,,, Aku ingin bersama Mu { solat Maghrib sat }
syukran jazillan ya Allah...

Khamis, 22 Januari 2009

interview session pukul 7pm..cannot la


assalamualaikum

skali... webworkz..liferay

Rabu, 21 Januari 2009

moto aku pancit...wahh tidak2


assalamualaikum...selamat malam...

Bad mood tula mood aku nak tulis malam ni.. manakan tidaknya..moto aku pancit dari masjid ar rahman UM. tapi tak mengapala tak baik aku cakap cam tu atau mengeluh. UjianNya utk aku pada malam tu. Takpe...stay cool okay?

Sesungguhnya dalam menccari keredhaan Allah mesti akan melalui jalan2 yang penuh berliku dan macam2 onak duri perlu ditempuhi.

Ok utk kawan2 yg nak dapat maklumat berkaitan dengan isi ceramah aku dapat malam tadi leh klik URL kat bawah.

http://ibnusulaiman.blogspot.com

Selasa, 20 Januari 2009

Sekitar DTC : menunggu keputusan pilihanraya kampus...


assalamualaikum,,

pas solat isya kat masjid ar rahman UM dan makan malam di restoran Amjal . aku terus ke DTC .. dewan keramat utk student2 UM...dewan yg mengumpulkan 1001 kenangan perjuangan aku ngan kawan2 masa degree. syukur aku dapat masuk UM... walaupun pada mula mak aku tak berapa setuju nak melepaskan aku belaja kat sana . Ditakuti aku dipengaruhi anasir tak elonk,,, but I m OK...coz resepinya ialah tahu pilih kawan. korang duk la mana2 negara dalam dunia nih, Kalo dapat kawan baik2...conform n automatic la korang sedikit sebanyak jadi baik gak... { poyo siut ayat2 aku }

Aku ingat aku sorang je senior yang datang untuk memberikan sokongan kat adik2 kt UM. kelihatan saudara Hisomudin Bakar ( mantan presiden MPMUM - masa aku 1st year) ..zainul faqar (faqaq PMIUM) ...mat sabu ( aiseymen..lupa pulak nama bekas presiden PMIUM masa aku 2nd year). ... afad... seolah2 PRK kalini cam kembali berkumpul nye kawan2 seangkatan.

Seperti biasala..ketak telusan HEP menyebabkan diorang mengulangi kiraan undi. ish2 tak pro langsung la. apa la nak jadi ngan diorang ni. tak wat keja ke sampai proses pengundian jatuh...69%.  Aku sebab apa leh jadi cam ni...sebab pengundian wat kat kolej . Derang bajet ley tarik pelajar utk turun mengundi ke... jawapan saya ia menyusahkan pengundi dan bersifat Un Fair... kolej adalah kubu kuat utk puak aspirasi. nampak sangat sifat bacul mereka terselah sedangkan mereka tidak mengakui nye. Tapi kuasa Allah melangkau segala2nya,.. yang batil tetap batil.

hehehe

malam bersama adik2 Pro mahasiswa UM..


wahhhh penatnya...ngantuknya,,,, tu je kot...hahah

Isnin, 19 Januari 2009

sepetang di pengajian islam UM


assalamualaikum...

selamat petang ..aku sekarang ada kat blok A pengajian islam... tempat feveret aku lepak2 dulu. Niat datang 1st ialah nk access internet free...sapa tak nak benda free. Kalo leh sume menda kita nak free...tul x? 2nd. suasana nk tgk suasaana pilihanraya di kubu kuat pro mahasiswa UM. 

suasana berbeza yg amat ketara sekali berbanding masa aku jadi student degree dulu. dulu mmg suasana menambat hati student untuk mengundi amat la besar sekali. calon sibuk nak amik hati masing2. Boleh dikatakan macam pilihan raya umum negara la.

Tp suasana piliharaya sekarang cam ampeh je...tul la kata makcik2 kat dewan makan KK9 dan kolej 8 {1st n 2nd year duk kolej 9 dan 3rd duk kolej 8 coz dekat ngan fakulti}..yang mana students sekarang cam biadap...sombong ..wat everla. Tak sangka aku... ish2...apa nk jadi ngan budak2 sekarang.

malam karang aku nak join budak2 ni teriak { menyokong GAGASAN} hehehe... apa2 pun... as bro atau abg di UM...semoga kalian berjaya dalam perjuangan ini. Pilihanraya hanya satu tempat nk tuntut keadilan n perjuangan,

kena tulis balik dalam sini da...


assalamualaikum...new blog...new life...hahahaha

akoo seorang pgrammer freelance...wahhh tensen la...alamatnya kena cari keja yg lebih secure la pas nih.. bukan apa... biasa la nk wat future planning nye... Nak pinjam loan..huhuh

sekarang ni zaman kegawatan ekonomi dunia.. cuma aku tak tau la mood rakyat malaysia ni cam mana. Gawat ke tak gawat sama je... yang aku tau banyak kilang2 di Malaysia ni mood nak buang pekerja dari mengambil pekerja. Buang2 pekerja pastu amik "foriegner " punya pekerja... apa barang la majikan sekarang nih...sanggup meng'anaktiri'kan rakyat sendiri, kalo aku jadi PM or menteri yg related ngan industri da lama aku batalkan pemit perniagaan mereka ni

sekarang ni aku juz repair UM Info bos lama aku...biasa la kena mengajar Si Baya - RA baru en Mokhtar. Aku bajet dia leh berdikari sendiri tanpa pertolongan aku..sangkaan aku meleset belaka.. en Mokhtar suh aku ajar dia balik. Apa kes bai... wat la sendiri...pakcik Google ada..
belaja la berdikari... OK...

ok la nk makan tgh hari kat warung cik zah { mahal siuttt tp sedap...}