Sabtu, 31 Januari 2009

alhamdulillah pelancaran GMP ok... syukur ya Allah


assalamualaikum...

seawal kul 1245 tgh hari aku dah roger ke Masjid Jamek KL.. Hujan renyai2 mula turun di Kg Kerinchi { rumah sewa aku lorr}.Before tu aku gi lunch kat bawah umah ...selera kerinchi restorent... makan la lauk ikan selar ngan pucuk paku masak lemak...isi perut je...pastu lepak2 kat masjid jamek... utk solat zohor jemaah.


Aku di Masjid Jamek KL..pas solat Zohor... Ya Allah Aku memohon keampunanMu..amin

Hujan makin lebat... nak wat apa yer..takkan nk dok lepak sampai kul 3 petang kut. Hmm baca la Quran sat...10 ayat je kut..tah aku tak ingat berapa panjang aku baca. Ya ALLAH lemahnya iman aku ni...baca Quran pun ikut mood { janji baca}. Pastu hujan renyai2 lagi..gi lak kat part info center masjid jamek. wahh ade topik best kenapa la bahasa melayu ni di pinggirkan, pakcik tua { dalam lingkungan 60an ++ kut} sebab dia duk KL dah dekat 40 tahun. Dia kata,,kerajaan BN tak penah ubah apa2 pun. Pastu masuk hal gejala sosial lak...aku tukang dengar je... ade la 3 org siswi dari USIM bertanya pendapat berkenaan masalah sosial. hmmm ok gak...aku tukang dengar... mana aku leh share idea..aku bagi la . Pastu hujan pun da reda sikit...so aku amik LRT star menuju ke stesen Bandaraya di mana ia menuju terus ke Kompleks Membeli belah sogo.

Aku blurr gak masuk sogo ni.. { nampak sangat aku ni jakun sal kompleks ni..tau la aku ni bukan kaki shopping kat sini...beli pakaian pun kat kamdar je}. Aku tercari2 pintu kuar menuju Jalan Raja Abdullah. alhamdulillah jupa gak... alamak polis da berkawal la.Keadaan makin tegang bila mana polis suruh kitorang ( aku dan aktivitis2 perjuang bahasa Melayu). Tp selagi mana Datuk Hassan yg merupakan Mantan Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka tidak berganjak selagi tula aku tak berganjak. Aku pun bertanya la pengunjung2 berkenaan isu ini. rata2 menjawab...saya tidak setuju.Kenapa ?? Saya sendiri tak paham bahasa inggeris. Ada yang menjawab saya tak mampu nak menampung kos utk perbelanjaan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris..

Alamak...media2 sume da kerumun Datuk Hassan aka mantan DBP...

Alhamdulillah saya sempat juga bertanya kepada pejuang2 bahasa Melayu . Antara penyandang Krusi Bahasa Melayu di pengajian antarabangsa di University of Beijing . Prof Emeritus Dr Awang Sariyan.,, beliau berkata,... bangsa Melayu akan hilang identiti kerana bahasa melambangkan bangsa...bahasa melambangkan sosio budaya satu2 bangsa. Hilang bahasa maka hilang la semua yang termaktub dalam perlembagaan bangsa tersebut.


Ni dia Prof Awang Sariyan.. dari China pun balik sini sebab tau sal GMP

taklupa gak aku untuk bertanyakan kepada pejuang bahasa iatu salah seorang dari kump kopratasa kalo tak silapla. Dia kata...dia telah lama memperjuangkan bahasa Melayu tapi apa yang dibuat oleh kerajaan hanya seperti melepaskan batuk ditangga.


salah kump kopratasa... aku tukang dengar pendapat dia..best2.

majlis bersurai ...disebabkan polis telah mengarahkan Datuk Hassan balik ke rumahnya.. sebelum...tu ade membuat pengumuman dimana diadakan...perhimpunan aman bagi GMP tersebut pada 17 Feb bertempat di Bangunan Parlimen dan acara kemuncak pada 7 Mac bertempat di Istana Negara... ok kawan2..jgn tak join kalo anda sayangkan bahasa Melayu kita...bahasa kebangsaan. Israel pun bangga ngan bahasa Hebrew...kita bangsa Melayu tak penah nak bangga ngan bahasa ibunda sendiri...bikin malu je.


Apa pendapat pakcik sal mansuh GMP? Pakcik baju merah jawab..bagus sangat2

Dalam kesempatan tu aku tgk ade seorang insan yang genius bagi mempratikan penggunaan bahasa melayu dalam mathematics. taklain tak bukan ialah Saintis Dunia... Dr Halim Bustamin kalo tak silap... bagus gak idea2 dia. org sibuk huhahuha...sal bahasa melayu dia pun "pasar"kan idea " otak kanan " dalam penggunaan matematik. Mmg best idea dia...mmg best sebab menjadikan matematik sebagai mainan. bukan seksaan dalam pembelajaran ...



pastu aku terus menuju ke masjid India utk solat asar..sebelum jalan2 cari kopiah raihan { sedey... dah takde org jual lagi da kopiah tu.} ada mamat kedai tu jual sampai RM 68...kedai sebelah jual gak..tp kaler putih la..tak berkenan la...huhuhu...

pastu amik gamba sekitar masjid jamek..pastu amik putra lrt balik ke umah sewa...

adios ...salam

0 ulasan: