Memaparkan catatan dengan label mahasiswa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mahasiswa. Papar semua catatan

Selasa, 27 Oktober 2009

Nur Fatimah Ramadhan Fitri ..Allah lebih menyayangimu..


assalamualaikum wa bismillahirahmanirahim.

Sejak kebelakangan ini saya teramat sibuk. Dalam kesempatan ini saya memohon keizinan daripada sahabat baik yang saya kenali dan hormati sepanjang tempoh pembelajaran di universiti perdana. Sahabat yang berjuang dalam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan di Universiti Malaya. Sahabat yang saya maksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah Ustaz Ramadan Fitri Elias.

Tanggal 22 Oktober 2009. Apabila terbaca dalam satu rangkaian sosial . Satu berita yang amat mengejutkan. iatu puterinya Nur Fatimah telah kembali ke rahmatullah. Innalillahi wainnailaihi rojiun - Kalimah itulah yang terucap apabila sahabat saya memaklumkan melalui SMS. Si cilik barui mengenali dunia itu menghadap Pencipta. Alhamdulillah disebabkan saya mempunyai urusan di Putrajaya pada pagi itu. kesempatan solat zohor dan solat jenazah di Masjid UPM. Saya berkesempatan mengucapkan takziah kepada sahabat saya. Dalam keadaan tenang. Dalam keadaan tabah saya melihat sahabat saya itu relaks je walaupun dari sudut hatinya. Allah sahaja maha mengetahuinya, saya hanya menumpang dengar sahaja apabila salah seorang tetamu ingin mengetahuinya. Saya tidak mahu menambah soalan berulang. Cukuplah sekadar mendengar dan memberi sokongan moral.

Mengenali sahabat sebagai seorang yang hebat, alim tawaduk, taat kepada kedua ibu bapanya, seorang pemimpin pelajar yang tegas dalam kepimpinan, mesra dengan siswa dan terlalu banyak kebaikan yang layak diterima oleh beliau sepanjang mengenali beliau. saya mengharapkan Allah memberikan kekuatan kepada beliau dan isteri dalam menghadapi ujianNya. Saya tidak pasti boleh tabah seperti beliau. Saya tidak tahu apakah ujianNya yang akan mendatang.




Bak kata beliau kepada isterinya semasa disaat-saat kecemasan di pagi 22 /10/2009.

" “ Ya Allah,berikanlah yang terbaik untuk Nur Fatimah dunia dan akhiratnya, sekiranya hidup itu lebih baik baginya, Engkau sembuhkanlah Ya Allah, sekiranya kematian itu lebih baik baginya, maka Engkau bantulah kami untuk sabar dan redha”

Saya sebak membaca blog isteri sahabat saya ini. Untuk sahabat yang ingin membaca keseluruhan blog siti khadijah klik SINI

Sekian Wassalam

Khamis, 10 September 2009

Untuk diri ku...Rezeki ku cari ini benar-benar halal kah??


Assalamualaikum teman sekelian. Barangkali cerita di bawah mampu membuka minda kalian tentang mencari rezeki yang halal. Meskipun sukar tapi keberkatan itu mampu membuat rezeki tersebut sentiasa cukup. Semoga kalian berfikir adakah rezeki yang kita perolehi itu benar-benar halal...atau ada unsur-unsur syubahat.


Anak penjual kue

Seorang pemuda yang sedang lapar pergi menuju restoran jalanan dan iapun menyantap makanan yang telah dipesan. Saat pemuda itu makan datanglah seorang anak kecil laki-laki menjajakan kue kepada pemuda tersebut, “Pak mau beli kue, Pak?” Dengan ramah pemuda yang sedang makan menjawab “Tidak, saya sedang makan”.

Anak kecil tersebut tidaklah berputus asa dengan tawaran pertama. Ia tawarkan lagi kue setelah pemuda itu selesai makan, pemuda tersebut menjawab “Tidak dik saya sudah kenyang”.

Setelah pemuda itu membayar ke kasir dan beranjak pergi dari warung kaki lima, anak kecil penjaja kue tidak menyerah dengan usahanya yang sudah hampir seharian menjajakan kue buatan bunda. Mungkin anak kecil ini berpikir “Saya coba lagi tawarkan kue ini kepada bapak itu, siapa tahu kue ini dijadikan oleh-oleh buat orang dirumah”.

Ini adalah sebuah usaha yang gigih membantu ibunda untuk menyambung kehidupan yang serba pas-pasan ini.

Saat pemuda tadi beranjak pergi dari warung tersebut anak kecil penjaja kue menawarkan ketiga kali kue dagangan. “Pak mau beli kue saya?”, pemuda yang ditawarkan jadi risih juga untuk menolak yang ketiga kalinya, kemudian ia keluarkan
uang Rp 1.500,- dari dompet dan ia berikan sebagai sedekah saja.



“Dik ini uang saya kasih, kuenya nggak usah saya ambil, anggap saja ini sedekahan dari saya buat adik”.

Lalu uang yang diberikan pemuda itu ia ambil dan diberikan kepada pengemis yang sedang meminta-minta. Pemuda tadi jadi bingung, lho ini anak dikasih uang kok malah
dikasihkan kepada orang lain.

“Kenapa kamu berikan uang tersebut, kenapa tidak kamu ambil?”.

Anak kecil penjaja kue tersenyum lugu menjawab, “Saya sudah berjanji sama ibu di rumah, ingin menjualkan kue buatan ibu, bukan jadi pengemis, dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kue buatan ibu terjual habis. Dan uang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya jadi pengemis”.



Pemuda tadi jadi terkagum dengan kata-kata yang diucapkan anak kecil penjaja kue yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etos kerja bahwa
“kerja itu adalah sebuah kehormatan”, kalau dia tidak sukses bekerja menjajakan kue, ia berpikir kehormatan kerja di hadapan ibunya mempunyai nilai yang kurang. Suatu pantangan bagi ibunya, bila anaknya menjadi pengemis, ia ingin setiap ia pulang ke rumah melihat ibu tersenyum menyambut kedatangannya dan senyuman bunda yang tulus
ia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan uang.

Kemudian pemuda tadi memborong semua kue yang dijajakan lelaki kecil, bukan karena ia kasihan, bukan karena ia lapar tapi karena prinsip yang dimiliki oleh anak kecil itu “kerja adalah sebuah kehormatan”, ia akan mendapatkan uang kalau ia sudah bekerja dengan baik.

CATATAN :

Semoga cerita di atas bisa menyadarkan kita tentang arti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk uang semata. Jangan sampai mata kita menjadi “hijau” karena uang sampai akhirnya melupakan apa arti pentingnya kebanggaan profesi yg kita miliki. Sekecil apapun profesi itu, kalau kita kerjakan dengan sungguh-sungguh, pasti akan berarti besar.

penulis : Ruddy Suryadarma


Rabu, 9 September 2009

Semalam bersama As Syeikh Dr Mahmood Siyam


Assalamualaikum...Bismillahirahmannirrahim

Semalam ialah tarikh yang tidak dapat dilupakan kerana dapat bersama dengan salah seorang ulama yang didatangkan khas oleh Muslim Care dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam dan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM . Insan tersebut tidaklah As Syeikh Dr Mahmood Siyam. Beliau merupakan mantan Rektor Universiti Islam Gaza dan mantan Imam Masjidil Aqsa.


Bersama sahabat x-PMIUM

Aturcara majlis pada malam ini adalah terhad kerana ianya dimulakan selewat pukul 945 malam. Tetapi syukur. Segala yang baik itu sentiasa diberkati Allah Taala. Insyallah. Segala persiapan , kehadiran pelajar alhamdulillah. Cuma penyampaian info secara menyeluruh masih lagi lemah. Kemungkinan kaedah online melalui ruangan social networking portal tidak mencukupi. Pihak penganjur perlu menggunakan kaedah offline yang efektif dan sesuai dengan keadaan masa dan lokasi.

Isi Kandungan Dikusi.

Berbalik kepada dikusi pula. Banyak yang saya perolehi pada malam tersebut. Dengan bantuan penterjemah bahasa Arab. ustaz mahyudin. Semua hadirin yang hadir rase berpuas hati kerana tidak semua yang hadir itu datang daripada satu bangsa sahaja. Alhamdulillah kehadiran pelajar dari timur tengah seperti Yaman , Sudan jugak amat memberangsangkan.

1st : syeikh ingin mengatakan bahawa peperangan yang berlaku pada awal tahun 2009 , kemenangan adalah berpihak kepada Palestin. Walaupun media yang dimiliki oleh barat seperti CNN, BBC dan sebagainya mengatakan ramai yang mati. Tetapi beliau menyatakan dengan tegas bahawa kerosakan bangunan yang teruk, bilangan yang banyak hanya sekadar cebisan daripada perjuangan mempertahankan bumi Palestin yang mulia. Sebenarnya pihak Zionis tetap tidak memusnahkan secara total penduduk Islam Palestin.

2nd : Peringatan daripada syeikh , dalam kita menghadapi separuh masa kedua bulan Ramadan , kita digalakan untuk memperbanyakan Istigfar sebelum memasuki fasa ketiga iatu pelepasan daripada api neraka. Beliau juga berkongsikan kehidupan penduduk Palestin dimana pada bulan ramadan ini waktu terbaik yang digunakan sepenuhnya untuk mentarbiahkan seluruh rakyat Palestin mempertahankan bumi yang mulia umat islam. Pada waktu inilah. anak-anak muda dilatih untuk memperkuatkan spiritual dengan amal ibadah, remaja-remaja dengan penguasaan ilmu serta menghafaz Quran. Ini semua tidak lain ialah untuk memantapkan akidah untuk menjadi mujahidin yang mengejar syahid.


sesi soal jawab bersama syiekh, tanya jela apa yang runsing kat kepala ku ni

3rd : Syeikh ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia. Beliau juga mengingatkan supaya kita kembali kepada islam yang sebenar, Bukan islam Sekular...Hadhari dan lain-lain lagi.Ini kerana pemahaman islam yang tidak menyeluruh menyebabkan umat Islam jadi lemah. Selain daripada itu, syeikh mengatakan teruskan membuat amal ibadah serta sentiasa mendoakan perjuangan saudara-saudara mereka di bumi Palestin., Ini kerana doa adalah kekuatan dan senjata yang paling ampuh untuk mereka tidak putus-putus untuk berjihad.

Yang kedua dari kiri adalah bekas pelajar aku masa. Dari yaman

Peristiwa Perjalanan Pulang.

Selepas daripada dikusi tersebut saya pulang ke rumah. dalam perjalanan itu saya melihat 5 orang anak melayu muslim yang saya pasti mereka merupakan pelajar UM. Saya menarik nafas panjang dan beristigfar. Kenapa? Ya Allah perangai mereka bagaikan tiada pendoman. Diatas motor mereka menonggeng-nongeng.Saya sekadar follow up dari belakang. Senyum je ke wajah mereka. Mereka seolah-olah BLURR...dan bengang.Saya tersenyum dan berasa sedih kerana baru je pulang dari majlis ilmu. Remaja dan anak muda Palestin pada kini sibuk dengan persiapan untuk berjihad dan mati syahid. Anak remaja Malaysia sibuk dengan keduniaan. nauzubillahi min zalik Minta dijauhkan diri ini dan sahabat2 sekalian serta keturunan daripada cintakan dunia dan takutkan mati.

Khamis, 3 September 2009

Antara Anak - Anak Yatim Dan VVIP


Assalamualaikum warah matullah.

Bismillahirahmanirrahim... Hari ini saya ingin menukilkan rasa kegembiraan dan kesedihan serta kekecewaan . Mungkin para sahabat berfikir tentang kesedihan saya dulu. Hmmm ... Ya saya ingin ceritakan akan kesedihan.

Berbalik kepada tajuk post di atas. Antara anak yatim dan VIP ( very important person not very important programmer).Kenapa saya ambil kerana semalam saya mendapat jemputan di atas talian iatu salah sebuah ruang rangkaian sosial berkenaan dengan Acara Berbuka Puasa bersama Anak - Anak Yatim. Pada permulaannya saya hanya memilih untuk AKAN DATANG , Alhamdulillah niat saya Allah telah kabulkan untuk meluangkan masa bersama anak-anak yatim. Saya dimaklumkan oleh penganjur iatu Majlis Perwakilan MahasiswaUniversiti Malaya bahawa anak - anak yatim tersebut adalah daripada Madrasah Anak Yatim Rohingya Selayang.
Sewaktu saya sampai di sana. Saya terkejut.

Kenapa saya terkejut?? Pertama ialah LOKASI. Lokasi yang dimaklumkan adalah bertempat di Auditorium Perdana Siswa.Penganjur memaklumkan ... bahawa terdapat kesukaran untuk mendapat tempat yang selesa. Saya KECEWA kerana kenapa tidak memanfaatkan DEWAN TUNKU CANSELOR. Salah kah? Saya berfikir sejenak. Teringat semasa saya menjadi mahasiswa Universiti Perdana tersebut. Program ilmiah serta mendapat pahala ini terlalu sukar untuk mendapat persetujuan , dana dan yang lebih menyedihkan dana yang diberikan wajib melalui pejabat bendahari tetapi dibekukan/ dilambatkan aliran keluar tunai. Ini akan menyebabkan proses acara tersebut mengalami masalah yang besar.

Tetapi bagi program berunsur lagha... maksiat.. menjerit-jerit bagaikan kera terkena belacan ...bagaikan mahasiswa yang tiada maruah ( merujuk kepada budaya Hendonisme). Sangat mudah dapat keizinan menggunakan Dewan Tunku Canselor. Lebih mengejutkan mahasiswa UM terutamanya bangsa Melayu yang menjadi majoriti yang datang program seperti itu. Maka tidak hairan , pasangan yang bercinta pula membawa buah hati menonton konsert yang kononnya untuk beramal. Saya ingin tegaskan NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

Faktor kedua : ialah tidak ada seorang VIP dari pentadbiran tertinggi UM yang datang. Saya bersangka baik sahajalah. Mungkin VC UM ada jemputan. TNC semua ada jemputan kut. Tetapi secara logiknyalah. Bukankah program ini telah dipersetujui dan dijemput . Sekurang-kurangnya TNC HEP jadilah sebagai tuan rumah yang menyambut tetamu istimewa ini,tetapi berlaku sebaliknya. Benak hati saya...malunya saya... Ingatlah wahai manusia (untuk diri saya juga) Andai kamu ini dikurniakan pangkat yang tinggi dunia , maka pandanglah dan lihatlah yang bawah. Kerana kamu akan dimuliakan di akhirat kelak.

Mungkin TV3, RTM ..media massa perlu dijemput baru VIP ini nak makan bersama anak-anak yatim . Barangkali begitu. Apa yang saya lihat. tetamu ini( anak anakyatim ini bukan makan di atas meja seperti yang ditonton di TV 3 - Sua Rasa ) tetapi mereka duduk beralaskan tikar getah. Ya Allah.. teruknya layanan . Mahal sangatkah meja ? Hmm saya dimaklumkan oleh penganjur. Hmmm takpayah nak maklumkan. Kesimpulannya. Kerjasama HEP amat ...Wallahu alam . Hanya Allah maha mengetahui.

Setakat ini saja lah. KEGEMBIRAAN saya di majlis ini ialah saya dapat meluangkan masa walaupun seketika dengan anak - anak yatim rohingya. Saya masih teringat kata - kata guru agama saya daripada Hadis Rasulullah SAW

"Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya." (HR. Ibnu Khuzaimah dari Salman Al-Farisi pada Khutbah Rasulullah SAW menyambut Ramadhan)

Semoga usaha kalian wahai adik ku. Barisan MPMUM terus berkhidmat untuk masyarakat. Doa saya sebagai seorang abang akan bersama.

Ahad, 31 Mei 2009

Dari KL ke Sg Besar... peristiwa di sebalik itu...


assalamualaikum...

Alhamdulillahi ala kulli hal... syukran jazilan...kerana diberikan nyawa..seperti yang sedia maklum..saya lebih hargai ...dan berusaha utk tambah amal sebab...sejak accident tu... saya bersyukur kerana diberikan nyawa.. da kini... alhamdulillah da sihat dari kecederaan accident tu..

Semalam saya ke Sg besar.. perjalanan mengambil masa 1 jam.. sebenarnya ianya tidak dirancang seperti yang sepatutnya... sebab.. pada awal perbincangan saya akan bersama kumpulan dari UM { team biomedical..tp hampa.. tak pelah...husnuzhon je la.. perangcangan Allah lebih baik da...

Aku call abg helmi...di rumah.. untuk menjemputku di Masjid Ar Rahman UM... alhamdulillah aku sempat untuk bersarapan di Amjal sambil bertemu sahabat pengajian Islam yang akan berangkat ke Turki selasa ni.. Allah... lupa nak minta dia belikan samting kat tukri...hehehehe..

Selepas tu.. kami terus bergerak ke sg Besar. banyak perkara yang dibincangkan dari perkara lagho2 { kes melayan Sinar FM.. Carta Fulamak SMS.. melayan lagu retro...} sambil selangi soalan yang membuat si pengantin cuak { soalan refresh balik... bab simple soalan agama..}.Cuak abis si helmi.. macam2 je dia minta jawapan.. bab air la...bab mandi wajib la...

Dalam pukul 1130 pagi saya sampai ke Sg Besar..tgk rambut...aiyarkk selekehnya aku nih.. alhamdulillah jupe kedai gunting rambut.. minta wat rambut yg smart n bergaya...hehehe. Mmg pantas mamat yg gunting rambut aku.. smart da... tpi abg helmi tak tunggu aku ..dia kata nk jemput adik dan ibu kat petronas berdekatan.Huhu.. tinggal aku seorang diri { lirik lagu Hidup Bersama .. XPDC da}.Pastu terus lepak kat umah tumpangan...Kuarga abg pulak sebuk menyediakan barang....untuk hantaran...

hantaran laki dengan hantaran pihak perempuan

Pas makan tengah hari di umah sewa...solat Zohor...siap2 terus ke rumah pengantin... ppuan

to be continued....



Ahad, 15 Februari 2009

Ada Apa Ngan Cinta...???


Assalamualaikum...bercerita ttg cinta... 

Penulisan kali ni berkenaan perkongsian ku daripada pengisian Aku Dibius Cinta.. kalo menurut pandangan Ustaz Saifulislam aka Ustaz Hasrizal ini semcam dah penah aku dengar semasa dia membentangkan hal2 berkaitan ngan rumah tangga semasa Kuliah Ilmu anjuran Nisa' Kuala Lumpur di Masjid KLCC. Tapi ade penambahan semasa Aku Dibius Cinta.

Ok point pertama berkenaan Apa itu cinta...Kalo nak ikutkan catatan aku dalam nota kecik... cinta tu terpulang pada pandangan masing2... Ada org kata cinta tu satu kenikmatan...cinta itu satu penyiksaan... Ok dalam context ni terdapat 3 pandangan... 1st pandangan mata kasaq..Biasa dalam situasi sedemikian. Org yang bercinta tahap ini menganggap cinta tu cam mainan hidup je... buat tak kisah je... ade tak da sama je... 2nd memandang cinta tu dari sudut akal.. Ye kita mempunyai akal utk berfikir tapi penguasaan akal dalam cinta juga boleh memusnahkan kerana seolah2 hidup ini cam persoalan matematik yang panjang bak  Calculus..Alzebra,.. prgramming dan macam2 lagi...Biasanya org cam ni bercinta menurut hawa nafsu...

Dan pandangan 3 ialah pandangan hati..Pandangan hati menurut perspektif islam ialah meletakkan Allah sebagai cinta hakiki. Cinta yang membawa ke syurga.. Yang menyatukan hati2 manusia kepada Allah. Itu la ISLAM...Allah datangkan Rasulullah sebagai rahmatan lil alamin ..rahmat sekelian alam. Meskipun Rasulullah merupakan seorang penjuang yang gagah di medan perang Uhud...Tabuk...dan macam2 perang yang di join oleh Rasulullah tp baginda merupakan suami yang paling mesra terhadap...isteri2 baginda { baginda ade more than 1 isteri k}..heheh...

So buat org nak bercinta lak...ingat2 la. Cinta itu bukan sekadar melafazkan kata2 i luv u...dan u luv i.. sebaliknya jika anda ingin bercinta tu berfikirla akan tanggungjawab yang lebih selepas nikah. kenapa ?? supaya cinta selepas kawin tu penuh dengan dugaan. Bagi si laki.. cuba bayangkan tetiba isteri korang di sahkan oleh Dr pakar bahawa dihadapi oleh isteri ade hidap penyakit barah payu dara hingga menyebabkan perubahan yang mendadak terhadap keupayaan , tubuh badan sehinggakan tak leh nak melayan nafkah zahir dan batin terhadap suami dan rumah tangga. Adakah as suami...anda dapat menerima yg itulahh cinta awak selama ni yang awak belai2,,, bila ujian Allah datang...haa...time tula korang nk pk cari org len...tapi berkat kesabaran Insyallah sayang dan cinta tu akan berkembang dan lebih manis dari cinta yang pertama.. begitu gak ngan isteri..bagaimana lak keadaannya...

Yang paling penting Islam mengajarcinta...cinta yang macam mana.. cinta korang rase ley letak suka suki gitu ke... Islam mengajar..bahawa kita perlu menguruskan cinta ,,,cinta mana yang perlu di dahulukan... semestinya cinta Allah dan Rasulullah... tanpa cinta yang ni...kita akan jadi tempang...tempang dalam kehidupan dunia serta akhirat..kalo bagi pelajar .. utamakan cinta pelajaran n amanah yang di amanahkan oleh parent korang...selepas cinta Allah dan Rasul? Why i said like dat?? Coz kalo korang yang betul2 paham betapa susahnya parent korang nk membesarkan korang...pastu korang lak buat hal...ish2...nauzubillah...apa nak jadi...

Berkenaan dengan valentine...bab ni takyah aku nak citer la...mmg dah sah2 HARAM...jangan tanya kenapa..sebab mendatu adalah ikutan kepercayaan org Kristian...yang korang nk ikut sangat tu pesal la...

Ok tu je ..sekian...gamba2 sepanjang program aku akan selitkan kendian... adios



Ahad, 8 Februari 2009

alhamdulillah...yeay da lawa...


bismillahirahmannirahim....
wahhhh cantikk nye{ yeke cantik } hahaha cantik la gak.. haa korang pikir apa... mesti korang pk...{ ooo dah ada makwe lawa ye...?? } or { da ada kereta.. ye?} Jawapan tu kalao korang pk cam tu..sah2...aku bagi zero terus.hahahahah... jawapanya...bilik aku da...

alhamdulillah niat aku utk duk bilik sorang2 tercapai gak. Dulu aku duk gak kat umah sewa KL..but
sardin...tapi nk wat cam mana...duk KL...tak sardin mmg bukan duk KL la namanya.. kekadang aku penah jupe umah di mana ahli umah tu dekat 12 org...pergghhh sardin la ...but takpe la KL punya pesal....suka tak suka tu la realitinye.... yang korang kena tau sal kalo duk KL nak cari umah sewa sekepala RM50 mmg tak jupe punya.

Alhamdulillah aku dapat keja kat SurfSYS... kat mana aku dapat keja ye..kat jobber.my kalo tak silap aku.. syukur2...ade gak keja... hehe.. Jawatan apa... ade lah..{ perlu ke nk rahsia ni..}. Yang best nya siap ade offer umah tu...alhamdulillah...minggu pertama aku duk umah ni cam janggal beb.. dah sepah...habuk ya Allah... tebal semacam... da 5 tahun tak da org duduk.. kena la mop lantai... utk pertama kalinya aku masuk...aku juz bawak tilam..kang aku nak tido kat mana nanti.. thanks to apa...

ok tu je kut...Insyallah aku nk post sal jalan2 ke IKEA...tgh cari idea dulu beb

Selasa, 20 Januari 2009

Sekitar DTC : menunggu keputusan pilihanraya kampus...


assalamualaikum,,

pas solat isya kat masjid ar rahman UM dan makan malam di restoran Amjal . aku terus ke DTC .. dewan keramat utk student2 UM...dewan yg mengumpulkan 1001 kenangan perjuangan aku ngan kawan2 masa degree. syukur aku dapat masuk UM... walaupun pada mula mak aku tak berapa setuju nak melepaskan aku belaja kat sana . Ditakuti aku dipengaruhi anasir tak elonk,,, but I m OK...coz resepinya ialah tahu pilih kawan. korang duk la mana2 negara dalam dunia nih, Kalo dapat kawan baik2...conform n automatic la korang sedikit sebanyak jadi baik gak... { poyo siut ayat2 aku }

Aku ingat aku sorang je senior yang datang untuk memberikan sokongan kat adik2 kt UM. kelihatan saudara Hisomudin Bakar ( mantan presiden MPMUM - masa aku 1st year) ..zainul faqar (faqaq PMIUM) ...mat sabu ( aiseymen..lupa pulak nama bekas presiden PMIUM masa aku 2nd year). ... afad... seolah2 PRK kalini cam kembali berkumpul nye kawan2 seangkatan.

Seperti biasala..ketak telusan HEP menyebabkan diorang mengulangi kiraan undi. ish2 tak pro langsung la. apa la nak jadi ngan diorang ni. tak wat keja ke sampai proses pengundian jatuh...69%.  Aku sebab apa leh jadi cam ni...sebab pengundian wat kat kolej . Derang bajet ley tarik pelajar utk turun mengundi ke... jawapan saya ia menyusahkan pengundi dan bersifat Un Fair... kolej adalah kubu kuat utk puak aspirasi. nampak sangat sifat bacul mereka terselah sedangkan mereka tidak mengakui nye. Tapi kuasa Allah melangkau segala2nya,.. yang batil tetap batil.

hehehe

Widget bagus

Jadilah teman saya

Anda berminat , Sila Klik