
Selasa, 27 Oktober 2009
Nur Fatimah Ramadhan Fitri ..Allah lebih menyayangimu..

Khamis, 10 September 2009
Untuk diri ku...Rezeki ku cari ini benar-benar halal kah??
Assalamualaikum teman sekelian. Barangkali cerita di bawah mampu membuka minda kalian tentang mencari rezeki yang halal. Meskipun sukar tapi keberkatan itu mampu membuat rezeki tersebut sentiasa cukup. Semoga kalian berfikir adakah rezeki yang kita perolehi itu benar-benar halal...atau ada unsur-unsur syubahat.
Anak penjual kue
Anak kecil tersebut tidaklah berputus asa dengan tawaran pertama. Ia tawarkan lagi kue setelah pemuda itu selesai makan, pemuda tersebut menjawab “Tidak dik saya sudah kenyang”.
Setelah pemuda itu membayar ke kasir dan beranjak pergi dari warung kaki lima, anak kecil penjaja kue tidak menyerah dengan usahanya yang sudah hampir seharian menjajakan kue buatan bunda. Mungkin anak kecil ini berpikir “Saya coba lagi tawarkan kue ini kepada bapak itu, siapa tahu kue ini dijadikan oleh-oleh buat orang dirumah”.
Ini adalah sebuah usaha yang gigih membantu ibunda untuk menyambung kehidupan yang serba pas-pasan ini.
Saat pemuda tadi beranjak pergi dari warung tersebut anak kecil penjaja kue menawarkan ketiga kali kue dagangan. “Pak mau beli kue saya?”, pemuda yang ditawarkan jadi risih juga untuk menolak yang ketiga kalinya, kemudian ia keluarkan
uang Rp 1.500,- dari dompet dan ia berikan sebagai sedekah saja.

“Dik ini uang saya kasih, kuenya nggak usah saya ambil, anggap saja ini sedekahan dari saya buat adik”.
Lalu uang yang diberikan pemuda itu ia ambil dan diberikan kepada pengemis yang sedang meminta-minta. Pemuda tadi jadi bingung, lho ini anak dikasih uang kok malah
dikasihkan kepada orang lain.
“Kenapa kamu berikan uang tersebut, kenapa tidak kamu ambil?”.
Anak kecil penjaja kue tersenyum lugu menjawab, “Saya sudah berjanji sama ibu di rumah, ingin menjualkan kue buatan ibu, bukan jadi pengemis, dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kue buatan ibu terjual habis. Dan uang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya jadi pengemis”.
Pemuda tadi jadi terkagum dengan kata-kata yang diucapkan anak kecil penjaja kue yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etos kerja bahwa
“kerja itu adalah sebuah kehormatan”, kalau dia tidak sukses bekerja menjajakan kue, ia berpikir kehormatan kerja di hadapan ibunya mempunyai nilai yang kurang. Suatu pantangan bagi ibunya, bila anaknya menjadi pengemis, ia ingin setiap ia pulang ke rumah melihat ibu tersenyum menyambut kedatangannya dan senyuman bunda yang tulus
ia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan uang.
Kemudian pemuda tadi memborong semua kue yang dijajakan lelaki kecil, bukan karena ia kasihan, bukan karena ia lapar tapi karena prinsip yang dimiliki oleh anak kecil itu “kerja adalah sebuah kehormatan”, ia akan mendapatkan uang kalau ia sudah bekerja dengan baik.
CATATAN :
Semoga cerita di atas bisa menyadarkan kita tentang arti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk uang semata. Jangan sampai mata kita menjadi “hijau” karena uang sampai akhirnya melupakan apa arti pentingnya kebanggaan profesi yg kita miliki. Sekecil apapun profesi itu, kalau kita kerjakan dengan sungguh-sungguh, pasti akan berarti besar.
penulis : Ruddy Suryadarma
Rabu, 9 September 2009
Semalam bersama As Syeikh Dr Mahmood Siyam
Semalam ialah tarikh yang tidak dapat dilupakan kerana dapat bersama dengan salah seorang ulama yang didatangkan khas oleh Muslim Care dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam dan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM . Insan tersebut tidaklah As Syeikh Dr Mahmood Siyam. Beliau merupakan mantan Rektor Universiti Islam Gaza dan mantan Imam Masjidil Aqsa.
Aturcara majlis pada malam ini adalah terhad kerana ianya dimulakan selewat pukul 945 malam. Tetapi syukur. Segala yang baik itu sentiasa diberkati Allah Taala. Insyallah. Segala persiapan , kehadiran pelajar alhamdulillah. Cuma penyampaian info secara menyeluruh masih lagi lemah. Kemungkinan kaedah online melalui ruangan social networking portal tidak mencukupi. Pihak penganjur perlu menggunakan kaedah offline yang efektif dan sesuai dengan keadaan masa dan lokasi.
Isi Kandungan Dikusi.
Berbalik kepada dikusi pula. Banyak yang saya perolehi pada malam tersebut. Dengan bantuan penterjemah bahasa Arab. ustaz mahyudin. Semua hadirin yang hadir rase berpuas hati kerana tidak semua yang hadir itu datang daripada satu bangsa sahaja. Alhamdulillah kehadiran pelajar dari timur tengah seperti Yaman , Sudan jugak amat memberangsangkan.
1st : syeikh ingin mengatakan bahawa peperangan yang berlaku pada awal tahun 2009 , kemenangan adalah berpihak kepada Palestin. Walaupun media yang dimiliki oleh barat seperti CNN, BBC dan sebagainya mengatakan ramai yang mati. Tetapi beliau menyatakan dengan tegas bahawa kerosakan bangunan yang teruk, bilangan yang banyak hanya sekadar cebisan daripada perjuangan mempertahankan bumi Palestin yang mulia. Sebenarnya pihak Zionis tetap tidak memusnahkan secara total penduduk Islam Palestin.
2nd : Peringatan daripada syeikh , dalam kita menghadapi separuh masa kedua bulan Ramadan , kita digalakan untuk memperbanyakan Istigfar sebelum memasuki fasa ketiga iatu pelepasan daripada api neraka. Beliau juga berkongsikan kehidupan penduduk Palestin dimana pada bulan ramadan ini waktu terbaik yang digunakan sepenuhnya untuk mentarbiahkan seluruh rakyat Palestin mempertahankan bumi yang mulia umat islam. Pada waktu inilah. anak-anak muda dilatih untuk memperkuatkan spiritual dengan amal ibadah, remaja-remaja dengan penguasaan ilmu serta menghafaz Quran. Ini semua tidak lain ialah untuk memantapkan akidah untuk menjadi mujahidin yang mengejar syahid.

Peristiwa Perjalanan Pulang.
Selepas daripada dikusi tersebut saya pulang ke rumah. dalam perjalanan itu saya melihat 5 orang anak melayu muslim yang saya pasti mereka merupakan pelajar UM. Saya menarik nafas panjang dan beristigfar. Kenapa? Ya Allah perangai mereka bagaikan tiada pendoman. Diatas motor mereka menonggeng-nongeng.Saya sekadar follow up dari belakang. Senyum je ke wajah mereka. Mereka seolah-olah BLURR...dan bengang.Saya tersenyum dan berasa sedih kerana baru je pulang dari majlis ilmu. Remaja dan anak muda Palestin pada kini sibuk dengan persiapan untuk berjihad dan mati syahid. Anak remaja Malaysia sibuk dengan keduniaan. nauzubillahi min zalik Minta dijauhkan diri ini dan sahabat2 sekalian serta keturunan daripada cintakan dunia dan takutkan mati.
Isnin, 7 September 2009
Masak-masak untuk berbuka puasa....
Makanan itu adalah sumber kekuatan kita untuk buat kerja....beribadah.. untuk bergembira dan untuk lain-lain lagi. Hmm sumber makanan ni kena jagalah elok-elok. Bukan sembrono jer.... Rasuah kena tolak.. buat kerja jangan mengular... { jangan main facebook...main farmville...main chating yang takde kaitan dengan kerja..dan lain-lain}..jangan nak berniaga dalam opis {keja sampingan ini tak beretika sebenarnya} ... dan macam-macam lagi la.
Berbalik pada tajuk asal...hmmm tak tau la nak buat apa semalam selepas otak saya ni tepu sebab dah bergelumang dengan konsep themes Drupal { salah satu content management system yang baru nak femes kat Malaysia} untuk Eco Design UM. Tak cukup itu saya kena wat ERD ( entity relatioship diagram ) untuk projek yang nak propose kat Jabatan Mufti Selangor selepas raya ni. Buat sorang2...tu yang jadi ...HMMM tepu... tapi takpe..tunaikan amanah kerana mencari rezeki yang halal. ^_^
Selepas solat berjemaah di surau madrasah Aliyah..{ sikit benor jemaah yang datang}...g kedai mak cik shima...beli barang2 yang perlu... kentang...kari ikan..bawang merah..bawang putih..kacang panjang..santan kelapa...dan kacang panjang. Hmm bila nak beli ikan tu..hmmmjuz tinggal ikan merah je dalam ice box tu..tak jadi la sebab ikan merah ni manja sikit.. tak elok wat masak kari. Selepas tu pergi ke kedai Along gas... alhamdulillah ikan kembong jadi pilihan. Saiz pun besar... OK cantik beli 3 ekor..sebab yang makan 3 orang je...saya..amran..apan..
Sebenarnya saya masak seorang diri je.. Berbekalkan ilmu2 dan petua yang diajar oleh mak . Alhamdulillah semuanya dapat diatasi.. yang paling penting apa...NIAT...bukan kerjasameee..{ bukan wonderpet person...}. Niat untuk berbuka puasa ...untuk mendapatkan tenaga bagi membuat beribadah kepada Allah ...
Plan yang pertama ialah menanak nasi dulu...selepas tu sediakan sayur2 yang nak dicampur besama dalam kari ikan tu. Saya memilih kacang panjang dan kentang je sebab simple... dan berkhasiat. Selepas tu siang ikan kembong tu...sebenarnya ade teknik...hmmm susah nk terangkan dalam penulisan.hohohoho. Sebelum siang ikan tu baca Bismillah...selawat banyak2 {mak selalu ajar cam tu...katanya jaga hubungan dengan Allah}. Hehe...
pastu sediakan bahan-bahan untuk penyedap...{ tak tau la nak cakap apa istilah ni..mak selalu kata bumbu...ahhh belasah je la...}..Kali ni saya tak tumis bahan-bahan..sebab nak jaga kesihatan..kurangkan minyak dan lagi 1 santan pun dah mewakili minyak dan lemak dalam penyediaan makanan { ayat macam pakar permakanan pulak}. Masukkan kentang + bumbu + ikan + sikit garam+ kentang dan santan kelapa....pastu hidupkan api dapur gas pada kadar jgn kuat sangat..jgn slow sangat... orang kata 50-50 la.
Bila kentang dah empuk.. time tu sebenarnya ikan dah masak.. baru masukkan kacang panjang. Selepas itu sedia untuk dihidangkan,,, dan hasilnya...tadaaaa... lihat pic di bawah ok.

Selamat mencuba....
P/S : Petua nak sedap masak bermula dengan niat kita. Oleh itu bersihkan hati dengan niat yang baik . Selain itu jangan lupa membaca bismillah serta selawat ke atas nabi Muhammad SAW. Buat la dengan hati yang ikhlas serta penuh kasih sayang. Insyallah masakan tu akan sedap.
Ahad, 6 September 2009
Tarbiah Bulan Ramadhan : Untuk diriku yang alpa

“Orang mukmin makan dengan satu perut sedangkan orang kafir makan dengan tujuh perut.” Dalam hadis no. 5393 riwayat Imam al-Bukhari ini, perbezaan jumlah perut hanyalah secara kiasan, bertujuan memberi pengajaran bahawa orang Islam sentiasa mengaudit jumlah makanan yang mereka ambil. Berdasarkan audit ini, kita tidak makan berlebih-lebihan, tidak makan secara gelojoh, tidak mengambil gizi yang membahayakan kesihatan dan tidak membazir wang dengan kos pemakanan yang tinggi.
Dengan audit ini juga, pemakanan kita menjadi terkawal berdasarkan ilmu dan akal, bukan menjadi bebas berdasarkan selera dan nafsu semisal binatang ternak. Permisalan ini pernah dikemukakan oleh al-Qur’an: “Dan orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum……” [Surah Muhammad, ayat 12]
Maka berdasarkan hadis dan ayat al-Qur’an di atas, marilah kita sentiasa mengaudit pemakanan kita. Lebih-lebih lagi ketika berbuka puasa, janganlah etika kita dalam makan dan minum seumpama orang yang memiliki tujuh usus mahupun seumpama binatang ternak. Agar kita dapat menjauhi etika yang buruk itu, berikut dikongsikan beberapa tips berbuka puasa.
Separuhkan Makanan dan Minuman Yang Diidamkan.
Dalam suasana perut kosong dan tekak kering, kita akan idamkan makanan dan minuman yang pelbagai. Amat pelbagai sehingga ia lazimnya melebihi keperluan yang sebenar. Berbeza dengan suasana perut yang penuh dan tekak yang basah, kita tidak akan mengidamkan makanan dan minuman yang pelbagai. Bahkan mungkin tiada selera langsung untuk memikirkan apa-apa berkaitan makan dan minum.
Maka apabila menyediakan juadah berbuka puasa, separuhkan apa yang anda idam-idamkan. Jika pada awalnya diidamkan kuih-muih, nasi campur bersama dua ketul ayam percik dan semangkuk besar ais batu campur (ABC), maka separuhkannya kepada beberapa biji kurma, nasi “setengah” bersama seketul ayam dan air suam sahaja. Berbukalah dengan juadah yang diseparuhkan itu, nescaya anda akan dapati ia mencukupi.
Rasulullah s.a.w. mengingatkan: “Anak adam tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk berbanding perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (yakni memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka (paling maksimum hendaklah) sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk pernafasan.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2380]
Sediakan Sendiri Juadah Berbuka.
Satu tips lain untuk mengaudit pemakanan ketika berbuka puasa ialah menyediakan sendiri juadah berbuka. Suasana letih ketika berpuasa akan menyebabkan anda hanya menyediakan makanan dan minuman yang diperlukan. Berbeza jika anda keluar untuk membeli juadah berbuka di Pasar Ramadhan, pilihan yang pelbagai akan menyebabkan anda cenderung membeli-belah melebihi keperluan sebenar, sekalipun anda cuba untuk menseparuhkannya.
Seboleh-bolehnya elakkan berbuka puasa di restoran, hotel atau majlis yang menyediakan juadah berbuka secara “buffet”. Kerap kali kos berbuka secara “buffet” mencukupi kos berbuka untuk sepuluh orang miskin. Hidangan yang “sejauh mata memandang” menyebabkan anda sukar untuk menahan diri dari makan dan minum umpama binatang ternak sementara solat maghrib masih belum dilaksanakan. Allah s.w.t. berfirman: “Wahai anak-anak Adam! …… makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-A’raaf, ayat 31]
Berkongsi Juadah Berbuka.
Rasulullah s.a.w. pernah menganjurkan: “Sesiapa yang memberikan juadah berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala orang yang berpuasa itu. Sementara orang yang berpuasa itu tidak pula dikurangkan pahalanya walau sedikit.” [Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1078] Sama ada kita tinggal di rumah, kondominium, asrama atau pelantar minyak, antara yang utama untuk dikongsikan juadah berbuka ialah sesama jiran, iaitu orang-orang yang tinggal di sekeliling kita:
“Janganlah salah seorang di antara kamu menghina sesuatu kebaikan dan jika tidak mampu melakukan kebaikan itu, maka (sekurang-kurangnya) hendaklah menemui saudara (seislam) dengan wajah yang berseri-seri. Jika kamu membeli daging atau memasak dalam periuk, perbanyakkanlah kuahnya untuk diciduk sebahagian darinya untuk jiran kamu.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1833]
Apabila berkongsi juadah berbuka puasa, tidaklah bererti kita perlu menyediakan juadah yang tidak diaudit. Islam menekankan kesederhanaan, termasuklah kepada makanan dan minuman yang hendak kita kongsikan bersama orang lain. Rasulullah s.a.w. mengingatkan: “Wahai para wanita muslimat! Janganlah merasa hina untuk memberi kepada jiran tetangga sekalipun tulang kambing yang sedikit dagingnya.” [Shahih Muslim, no: 1030]
Berkongsi juadah berbuka juga tidak bererti kita perlu menyediakannya dalam jumlah yang banyak. Rasulullah s.a.w. memberi jaminan: “Makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang dan makanan untuk empat orang cukup untuk lapan orang.” [Shahih Muslim, no: 2059]
Menyentuh tentang berkongsi juadah berbuka, terdapat satu amalan orang bukan Islam yang telah menyelinap masuk di kalangan umat Islam, iaitu amalan “Pot Luck”. Melalui amalan ini, masing-masing membawa jenis dan jumlah makanan secara “nasib” untuk dikongsikan bersama dalam satu kumpulan. Amalan ini perlu diaudit semula kerana sekalipun berkongsi makanan dianjurkan oleh Islam, berkongsi secara rambang jenis dan jumlahnya tidak dianjurkan oleh Islam kerana sering berlaku pembaziran atau pengisian yang melebihi sepertiga perut.
Artikel daripada http://hafizfirdaus.com/content/view/319/1/
Sabtu, 5 September 2009
Itfar bagi Fauzul Naim Sdn Bhd
Semalam syarikat saya iatu Fauzul Naim Sdn Bhd mengadakan majlis berbuka puasa atau dibahasa Arabkan untuk istilah yang lebih glamour iatu Iftar. Alhamdulillah rezeki itu milik Allah . Diberikan kepada semua tak kira apa jenis makhluk, masing-masing ada bahagian rezeki. Allah itu bersifat Ya Razzak iatu pemberi rezeki.
Tentatif program mudah sahaja. Kemas kini meja kerusi pekerja, bentang tikar getah ( alas untuk makan dan tempat solat)...berbuka dengan kuih muih..solat Fardu magrib...buka puasa versi berat( makan nasi berlauk ...tapi untuk staf muslimah mereka ni mengatakan masih kenyang lagi ..yeker..cam tak caya je)... Solat fardu Isya...Solat terawih ( 4 rakaat pertama)..Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Hariri Daud..solat terawih (4 reakaat terakhir)...solat sunat witir 3 rakaat (2+1 rakaat)...moreh...borak-borak...minta diri untuk balik rumah.
Hidangan yang disediakan oleh ibu kepada Tuan Fauzul iatu bos saya ialah kuih tako ( talam muka kut...tak kenal nama kuih ini) .. nasi putih ..ayam masak kurma...ikan goreng...sayur campur ( udang + kacang panjang)...sambal belacan.. Alhamdulillah resepi ni digelar sebagai nasi campur ... KASIH SAYANG. Kenapa ??? Menurut bos saya...setiap masakan itu menjadi sedap sekiranya elemen kasih sayang disertakan. Memang saya sendiri akui bahawa keluarga Tuan Fauzul menitik beratkan kasih sayang...amalan membaca buku ...menjaga ibadah kepada Allah.. Syukran jazillan ya Allah kerana memilih saya dalam keluarga ini juga.

Saya amat tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh sahabat baik saya dari PTS Islamika berkenaan puasa , amal ibadah...kaitan antara puasa dengan kehidupan seharian . Tazkirah yang sangat ringkas tetapi padat. Alhamdulillah. memang setiap apa yang ditetapkan oleh Allah itu mempunyai kebaikan yang tersirat dan tersurat. Kita mempunyai akal fikiran yang waras maka optimum kan untuk mencari bekalan di dunia ini dan paling penting ialah di akhirat.
Syukran jazillan. Semoga Syarikat Fauzul Naim berjaya untuk masa akan datang.Insyallah amin
Khamis, 3 September 2009
Antara Anak - Anak Yatim Dan VVIP
Bismillahirahmanirrahim... Hari ini saya ingin menukilkan rasa kegembiraan dan kesedihan serta kekecewaan . Mungkin para sahabat berfikir tentang kesedihan saya dulu. Hmmm ... Ya saya ingin ceritakan akan kesedihan.
Berbalik kepada tajuk post di atas. Antara anak yatim dan VIP ( very important person not very important programmer).Kenapa saya ambil kerana semalam saya mendapat jemputan di atas talian iatu salah sebuah ruang rangkaian sosial berkenaan dengan Acara Berbuka Puasa bersama Anak - Anak Yatim. Pada permulaannya saya hanya memilih untuk AKAN DATANG , Alhamdulillah niat saya Allah telah kabulkan untuk meluangkan masa bersama anak-anak yatim. Saya dimaklumkan oleh penganjur iatu Majlis Perwakilan MahasiswaUniversiti Malaya bahawa anak - anak yatim tersebut adalah daripada Madrasah Anak Yatim Rohingya Selayang.
Sewaktu saya sampai di sana. Saya terkejut.
Kenapa saya terkejut?? Pertama ialah LOKASI. Lokasi yang dimaklumkan adalah bertempat di Auditorium Perdana Siswa.Penganjur memaklumkan ... bahawa terdapat kesukaran untuk mendapat tempat yang selesa. Saya KECEWA kerana kenapa tidak memanfaatkan DEWAN TUNKU CANSELOR. Salah kah? Saya berfikir sejenak. Teringat semasa saya menjadi mahasiswa Universiti Perdana tersebut. Program ilmiah serta mendapat pahala ini terlalu sukar untuk mendapat persetujuan , dana dan yang lebih menyedihkan dana yang diberikan wajib melalui pejabat bendahari tetapi dibekukan/ dilambatkan aliran keluar tunai. Ini akan menyebabkan proses acara tersebut mengalami masalah yang besar.
Tetapi bagi program berunsur lagha... maksiat.. menjerit-jerit bagaikan kera terkena belacan ...bagaikan mahasiswa yang tiada maruah ( merujuk kepada budaya Hendonisme). Sangat mudah dapat keizinan menggunakan Dewan Tunku Canselor. Lebih mengejutkan mahasiswa UM terutamanya bangsa Melayu yang menjadi majoriti yang datang program seperti itu. Maka tidak hairan , pasangan yang bercinta pula membawa buah hati menonton konsert yang kononnya untuk beramal. Saya ingin tegaskan NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.
Faktor kedua : ialah tidak ada seorang VIP dari pentadbiran tertinggi UM yang datang. Saya bersangka baik sahajalah. Mungkin VC UM ada jemputan. TNC semua ada jemputan kut. Tetapi secara logiknyalah. Bukankah program ini telah dipersetujui dan dijemput . Sekurang-kurangnya TNC HEP jadilah sebagai tuan rumah yang menyambut tetamu istimewa ini,tetapi berlaku sebaliknya. Benak hati saya...malunya saya... Ingatlah wahai manusia (untuk diri saya juga) Andai kamu ini dikurniakan pangkat yang tinggi dunia , maka pandanglah dan lihatlah yang bawah. Kerana kamu akan dimuliakan di akhirat kelak.
Mungkin TV3, RTM ..media massa perlu dijemput baru VIP ini nak makan bersama anak-anak yatim . Barangkali begitu. Apa yang saya lihat. tetamu ini( anak anakyatim ini bukan makan di atas meja seperti yang ditonton di TV 3 - Sua Rasa ) tetapi mereka duduk beralaskan tikar getah. Ya Allah.. teruknya layanan . Mahal sangatkah meja ? Hmm saya dimaklumkan oleh penganjur. Hmmm takpayah nak maklumkan. Kesimpulannya. Kerjasama HEP amat ...Wallahu alam . Hanya Allah maha mengetahui.
Setakat ini saja lah. KEGEMBIRAAN saya di majlis ini ialah saya dapat meluangkan masa walaupun seketika dengan anak - anak yatim rohingya. Saya masih teringat kata - kata guru agama saya daripada Hadis Rasulullah SAW
"Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya." (HR. Ibnu Khuzaimah dari Salman Al-Farisi pada Khutbah Rasulullah SAW menyambut Ramadhan)
Semoga usaha kalian wahai adik ku. Barisan MPMUM terus berkhidmat untuk masyarakat. Doa saya sebagai seorang abang akan bersama.
Ahad, 21 Jun 2009
Sabtu yang sibuk..
Alhamdulillah...penat sungguh aku hari ni. bajet2 nak basuh baju ke ...Kemas bilik ke...Hmm alamat tak menjadi. Terlalu penat...too tired. I dunno y... Mungkin kerana terlalu penat dan berkejar2 dalam 2 aktiviti yang berbeza. Yang pertama berkaitan dengan Seminar Jana Wang anjuran kampeni aku. Seminar ini merupakan salah satu seminar yang dikatakan special buat semua org yang berminat dalam bidang penulisan. seminar yang lengkap dan penyataaan bagi menyangkal mitos2 yang bukan2 tentang bidang penulisan.
Mitos yang pertama : Jualan buku la tak laku di kalangan org Melayu.Hmm sapa kata la cam tu.. sebenarnya ramai je org melayu suka membaca. Cuma keadaan harga buku yang mahal . Tak macam di Barat dan Jepun yang murah membataskan rakyat Malaysia cam malas nk membaca.
Mitos Kedua : Adakah pihak kedai buku wat kajian tentang penghasilan buku. Jawapan nya tidak. Mereka tidak penah wat kajian. Diorang mana ade bajet nak wat kajian pasal buku2 tu sume yang penting ...dia orang boleh jual. Biasanya kedai akan ambil dalam kuantiti yang sikit.Kalo permintaan banyak sure la... dia akan pesan lagi dari pihak penerbit.
Aku tambah sikit info menarik tentang buku. Kalo korang nak tau..sebenarnya MPH ini adalah kedai buku yang menjual kebanyakan buku2 dalam bahasa Inggeris. Kalo kedai buku Popular pulak adalah kedai yang memfokuskan kepada buku2 bahasa Cina. Kalau korang tak caya...cek sendiri la. Lagi satu... mmg buku yang bahasa Melayu yang di jual di MPH adalah sebanyak 28% dari keseluruhan buku yang ada...Tetapi jumlah Jualan Buku Bahasa Melayu adalah sebanyak 60%. Maksudnya...yang sikit tu lah banyak permintaan.
Selepas lunch dan solat zohor... aku terus pulang sebab dah janji dengan roomate untuk melihat suasana program Kem Ibadah di sekolah Keb Punchong Utama (2). Terpaksa memohon kebenaran daripada Tuan Fauzul untuk meminta diri dan pulang awal. Hehe..thanks gak kat Kak Nurul ( wife tuan fauzul).. sebab bawak aisyah humairah yang comel...ngan 2 orang hero yang lasak tu...
sampai rumah rupanya che amran tak balik lagi... aku apa lagi...buka tv. Bukan tak nak buka tenet..badan ni letih semacam je.. almaklum la pagi2 dah kena hensem2 utk ke seminar. Alhamdulillah sume OK.. yang best petang tu citer hindustan..arkhh belasah je la.. asal ley tengok sudah.. sedey gak tengok ending citer hindustan...nasib baik ley cover...hehehe.. yela...kes balas dendam kesumat kecik2... pastu si hero ni balas dendam sebab pakcik dia sendiri yang wat kemusnahan pada kuarganya hingga bapak dan adiknya mati.. maknya pulak hilang akal.. ciannya...last2 si SRK mati dipelukan maknya...
Taklama kendian azan... solat asar jemaah ngan amran.. pastu siap2 ke SK Puchong utama...ingat dekat ..tapi jauh ...dah nak sempadan ke Sepang tu.... sampai ke sana. Tengok budak2 ngan faci tgh main war games. Hehehe.. pastu jupe la si Lat. member se faci masa muda2 dulu..kekekekeh...poyo je aku ni....hahahaha..
Pastu malam tu juz pantau je la..sembang2 ngan cikgu. Sedey...budak2 ni ada masalah yang sangat berat aku rase.. TAK PENAH SOLAT, SOLAT RONGAK2(SOLAT YANG SEMPURNA).. TAK TAU BACA AL FATIHAH...HMM.... Aku juz beristigfar je la..nak wat camana...Nak salahkan cikgu mengajar tak leh gak.. sebab sekarang ni bukan zaman mendidik ..tp mengajar je.. kalo cikgu mendidik alamatnya...ayat ni la yg kuar .."See u @ court"
Memang nak marah..sebab mak bapak budak2 camni la...hancur bangsa melayu islam aku ni.. Islam tinggal nama je.. Pengamalan sudah tarak... aku juz pantau ngan bagi idea..
Pastu malam tu ade sesi ' memfire budak2 la... alaaaa modul biasa.. aku da apal da... so takde feel langsung nak nangis2...sebab menda2 ni tak penting pun. Bila abis modul...ley gelak2...cam insaf seminit...nanti wat kesilapan lagi. Sebab mereka sendiri tak penah nak kenal sapa tuhan mereka da...
Pastu suh budak2 tido.. abg n akak2 faci lak wat post mortem.. dalam kepala..."apa barang post mortem tengah malam buta ni..pas abis program elok ar...". Heheheh.. aku g sudut yang jauh tido . Dalam tido masih mamai..tg jam..dekat pukul 2 tak abis2 lagi ke baii... aku sambung tido...
Alhamdulillah kul 549am..mana lah si abg akak faci.Rupa2nya diorang lentok lagi.. aduii kata nak wat qiam..tak wat punnn sume da terbaraiii.. Aku tgk jam...mmm lebih baik solat jemaah kat Masjid je...terus je g masjid.. alahai sikitnya manusia berbandingkat shopping compleks... kan elok masjid ni penuh selalu...hehehehe...
pas balik masjid..terus balik ke sekolah...abg rusdie wat tazkirah..ringkas....pastu sarapan..aku ngan amran balik...yeay
Khamis, 18 Jun 2009
warkah dari Netherlands..
warkah dari belanda. Hmmm betul ke? Ko dapat surat dari awek mana tu? Biar betul ko? Hehehe..
Ye...saya mendapat surat daripada netherlands atau dikenali sebagai Belanda a.k.a Dutch. Tempat di mana asalnya susu Dutch Lady di hasilkan...
surat daripada awek ke? Ooo00ooOO tidak2.. sama sekali bukan surat daripada awek tapi daripada Ubuntu, Ubuntu tu ape? Kacang goreng ke? Ikan masak asam merah ke? oo Ubuntu tu merupakan salah satu daripada perisian sistem operasi atau englishnya sebagai operating system. Sistem operasi merupakan salah satu perisian yang membenarkan manusia berinteraksi dengan komputer atau mobile. {Anda boleh merujuk kepada pak cik Google kalo anda blurr ye?}
Ia merupakan salah sebuah alternatif yang menggantikan Sistem Operasi sumber tertutup or closed source seperti Microsoft. Jika anda merupakan syarikat. Anda tidak dibenarkan sama sekali menggunakan perisian pirate atau anda akan dihukum denda sebanyak RM10,000 bagi setiap perisian cetak rompak yang anda gunakan. Jangan takut pada Ubuntu kerana janji Ubuntu adalah sentiasa FREE.
Lepas balik dari pejabat ... macam biasa la aku cek peti surat tidak berkunci. Ada 3 surat hari... 2 surat adalah...surat cinta daripada TNB untuk notis pemotongan . Oitt... budak2 8R... sapa yang tak bayar duit elektrik ni hah... ngan surat cinta daripada TM... sama gak la punya... lagi surat dari Belanda...{aku punya lar tuuu... apa da...}.
Ohhhh sungguh ku tak sangka..rupa2nya..ingatkan main2 je ..rupa2nya ... dapat betul perisian tersebut. Aku juz masuk laman web Ubuntu.com pastu jari jemari ku gatai nak mengisi ruangan form untuk dapat CD free.. Isi jerla... pastu pihak ubuntu kata aku akan dapat CD tersebut dalam lebih kuran 1 bulan. Betul ke sebulan. Aku tak pasti la..tapi yekut...
Alhamdulillah da dapat pun... Apa 2 pun terima kasih kepada Ubuntu kerana berikan cd free ni kat aku.. syukran jazillan.. Mari kita sama2 menyokong perisian sumber terbuka.
Aku selitkan bukti berbentuk gambar..ok...korang nk caya atau tidak terpulang,...
Adios salammm...
P/s: sapa nak minta aku copy burn cd ni no hal...tinggalkan comment anda...
Selasa, 2 Jun 2009
Sekitar Penikahan Helmi ft Aini
Selepas solat waktu zohor... saya menaiki kereta milik abg Helmi .. alhamdulillah rumah bakal isteri Helmi tak jauh dari rumah tumpangan. Dalam 10 minit sampai { lambat sebab kena follow org belakang da}.

Sampai di sekitar Kg. Sg Lias. Kereta abg long ..helmi tetiba mengurangkan bunyi kurang sedap...wahhhh penyejuk keta da rosak.. Sabar je la ...datang jauh dari Penang..tapi alhamdulillah Allah tu maha penyayang. berkat ukhuwah.. rupa2nya sepupu ada yang duduk sabak bernam.

Taklama kemudian saya bersama rombongan kuarga abg helmi masuk ke rumah. Time ni helmi da makin pucat. Dia pk macam2 . Pk soal air la.. mandi wajib. Tak lama kemudian... Tok kadi pun datang... La muda nyee... hehehehe

tak banyak cite...bagi tazkirah lebih kurang sal perkahwinan dalam islam...psatu terus nikah.dengan sekali lafaz..alhamdulillah pasangan selamat di nikahkan

pastu acara amik gamba...yang penting acara makan..perut da lapar.. Pastu kemas2 kembali ke rumah tumpangan sebelum saya pulang ke Shah Alam..lepak kat rumah kawan sekelas masa form 1-3. Jalan2 utk makan malam kat Jusco..Kota Raja...before solat isya n maghrib { wat jamak n qasar je..aku masih layak wat jamak}... pastu tidoo
syukur sume berjalan lancar..
Ahad, 31 Mei 2009
Dari KL ke Sg Besar... peristiwa di sebalik itu...
Rabu, 22 April 2009
Catatan sepanjang pesta buku antarabangsa KL
Selasa, 14 April 2009
bermulanya keja as eksekutif pemasaran
Khamis, 2 April 2009
Membaca Blog Dengan Menggunakan RSS Feed
Assalamualaikum...
Anda tau mengenai RSS Feed. Mesti blurrr??Kenapa Blurr ...?? Sebab tak penah gunakan kot.... Bagi mereka yang mempunyai minat membaca blog...saya ade petua...ada cara... cara yg mudah ade...cara yg susah pun ade...
kita mulakan cara yg susah dulu la erk... Cara yg susah...ialah menggunakan web browser pastu korang taip la... apa2 blog yang korang nak taip... sebagai contoh saya menggunakan firefox pastu saya nk buka blog ustaz zahiruddin .... blog ustaz saifulislam.com ... blog tutorial grafik I Luv Islam .. maka apa yg saya wat ialah menaip URL pada webbrowser... maka saya pun dapat la lihat...
hehehe
Cara yang senang ialah gunakan Google Reader... korang mesti taktau mendalah ini kan... hmm Google reader adalah sebahagian perkhidmatan FREE selain korang gunakan blogger tu utk wat blog free. Tapi ramai yang tak sedar...cara mudah nk baca isi blog terkini dengan menggunakan google reader...
Ok 1st step... korang mesti ade akaun Gmail or Google Mail... kenapa sebab korang nk gunakan GOOGLE Reader la...hehehe... kalo takde ley daftar ...tgk gambo kat bawah...

2nd .. pastu korang kena la taip... www.google.com/reader
3rd... dalam laman web yang anda ingin baca....pastikan anda mendapatkan RSS feednya... contohnya saifulislam nye RSS FEED ialah
4th... tambah RSS Feed Tersebut pada Add Subcription... maka anda telah menambah koleksi bacaan utk ... blog utk dibaca... bawah adelah sampel google reader...saya.

Selasa, 3 Mac 2009
Kursus Solat mengikut cara2 Rasulullah
Tarikh : 7 Mac 2009
Lokasi : Dewan 1 , Kampus Industri , UTEM , Ayer Keroh Melaka..
Contact Person :
Saudara Redza (013-6925 920) + Saudari Norazimah (013-6107220)
SMS Nama penuh + No. IC
So bersama ni saya sertakan bersama Flyers...
click disini utk Flyers
Selasa, 24 Februari 2009
Menjadi pengaturcara yang baik
Keputusan peperiksaan semester 2 menyebabkan aku hampir-hampir ditendang dari UTM. Ianya membuatkan aku tersedar. Aku perlu lakukan sesuatu. Aku mula memupuk minat terhadap Komputer Sains.
Pada aku pengaturcaraan adalah salah satu cabang seni. Kamu akan dapati setiap orang mempunyai cara pengaturcaraan yang berbeza (melainkan kamu hanya menyalin kod aturcara orang lain).
Ada beberapa perkara yang perlu kamu lakukan sekiranya kamu mahu menjadi seorang pengaturcara yang baik.
1. Kenali masalah kamu.
Kamu harus mengenalpasti masalah kamu sebelum kamu bertanya kepada orang lain. Ini perlu kerana kamu perlu melakukan kajian sebelum kamu mahu bertanya kepada orang lain. Sekiranya kamu sendiri tidak mengetahui masalah kamu, bagaimana kamu mahu melakukan kajian? Lebih teruk lagi orang lain tidak akan dapat membantu kamu kerana kamu tidak menjelaskan masalah kamu dengan baik.
2. Buat kajian sebelum bertanya.
Google merupakan alat terbaik untuk membuat kajian. Yang kamu perlukan adalah katakunci. Jangan gunakan alasan terlalu banyak penyelesaian yang terdapat di Google dan kamu tidak tahu yang mana satu yang mahu kamu gunakan. Sekiranya kamu kenali masalah kamu, insyaAllah kamu mampu memilih penyelesaian yang mana yang paling hampir dengan apa yang kamu perlukan. Seandainya kamu masih tidak mampu memilih, cuba sahaja kesemua penyelesaian yang diberikan.
3. Sertai komuniti
Kamu perlu menyertai sesuatu komuniti agar kamu dapat bergaul dengan pengaturcara yang lain. Di Malaysia komuniti pengaturcara PHP sudah lama diwujud(http://php.net.my). Jangan sesekali kamu bertanyakan soalan yang terlalu mudah. Oleh kerana itu sila lakukan beberapa carian sebelum kamu mahu bertanya. Bayangkan kalau ada 1000 orang yang bertanyakan soalan yang sama, ini bermakna 1000 kali juga orang yang menjawab perlu menaip jawapan yang sama. Adilkah kerana kemalasan kamu, kamu menyusahkan orang lain?
Pastikan soalan kamu disesebuah komuniti itu jelas. Tolong orang lain untuk mereka tolong kamu. Jika kod kamu ada ralat, nyatakan apa ralat itu. Ataupun jangan sesekali kamu meletakkan kod kamu di forum dan mengatakan “Ini kod saya, tolong semak.” Tanpa menceritakan dengan teliti apakah yang kamu cuba lakukan dan apakah masalah yang kamu hadapi. Mereka tiada deria ke 6!
4. Lakukan kesilapan
Rajinkan jari-jemari kamu mengubah kod aturcara yang terdapat di internet dan biarkan ianya ada ralat. Dengan cara ini kamu belajar untuk memahami apakah yang silap sehinggakan mesej ralat tertera di pelayar kamu. Tidaklah ketika kamu melakukan kod aturcara kamu sendiri dan terdapat ralat, kamu menjadi kelam-kabut kerana tidak mengetahui apakah masalahnya.
5. Mudah
Gunakan nama fail yang menggambarkan fungsi fail tersebut. Namakan pembolehubah dengan perkataan yang mudah kamu kenalpasti apakah nilai yang dipegang oleh pemboleh ubah tersebut. Cuba ringkaskan kod aturcara kamu semudah yang mungkin. Lebih ringkas kod kamu, lebih kurang ralat yang bakal kamu hadapi.
6. Latih minda
Latih minda kamu untuk menyelesaikan masalah. Pengaturcaraan adalah idea menyelesaikan masalah. Bila ada masalah kamu harus selesaikan. Fikirkan sesuatu yang baru. Jangan sesekali menjadi katak di bawah tempurung.
7. Membaca
Mahu atau tidak kamu harus membaca. Teknologi laman web bergerak dengan pantas. Jadi kamu pasti tidak mahu ketinggalan. Tiada cara untuk kamu terus mengikuti perkembangan ini melainkan membaca. Tidak kisahlah sama ada dari buku mahupun artikel-artikel yang terdapat di internet.
8. Fokus
Kamu perlu fokus terhadap apa yang kamu lakukan. Jangan amalkan keputusan seminit. Sekejap kamu mahu lakukan sebegitu sekejap kamu mahu lakukan sebegini. Sudahnya kod aturcara kamu asyik berubah dan kamu masih ditakuk itu sahaja. Pilih satu bahasa pengaturcaraan untuk kamu kuasai sepenuhnya. Kebanyakan syarikat mencari pakar untuk sesuatu bahasa pengaturcaraan itu dari seorang pekerja yang tahu banyak bahasa pengaturcaraan tapi hanya asasnya.
9. Rendah diri
Dekatkan diri kamu dengan Allah(sekiranya kamu seorang Islam). Doa dapat membantu kamu. Percayalah, sekiranya niat kamu membuat kod aturcara itu kerana Allah Taala, insyaAllah kamu akan jumpa dengan jawapannya. Jangan sesekali kamu merasakan kamu sudah cukup pandai dan tidak memerlukan orang lain. Kamu tidak akan kemana dengan sikap sebegitu. Malang sekali seandainya kamu bongkak dan takbur untuk memohon pertolongan dariNYA.
10. Ilmu perlu dikongsikan
Ilmu perlu dikongsikan sekiranya kamu mahu ilmu kamu tidak hilang dan akan bertambah. Kamu ada satu ilmu dan aku ada satu ilmu. Bila kita berkongsi kamu akan ada 2 ilmu dan begitu juga aku. Bayangkanlah sekiranya semua orang menjadi kedekut ilmu. Adakah kamu rasa kamu akan mampu mempelajari semua yang kamu ketahui?



![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=a1fca1d1-ac03-4394-929e-9e5842bf413f)



