Sabtu, 28 Februari 2009

sebuah kenangan utk masa depan


assalamualaikum 

SMS "Abg feruz...tadi dalam pukul 1 tgh hari....Nyaie { panggilan utk nenek dalam bahasa jawa} urut..Bahyah meninggal dunia..". Hatiku tersentak...seorang insan yang rapat ngan aku sejak umie aku meninggal dunia juga telah menyahut seruan Allah Rabbul Jalil..

Innalillahi wainna ilahi rojiun.... wa al fatihah...tu je yang mampu aku lafazkan ketika mana mendengar khabar tersebut. But aku yakin dan sangat bersyukur kerana Allah akan menempatkan arwah bersama org2 yang beriman...aminn..Kenapa aku ley katakan cam tu... arwah yang ku kenali merupakan insan yang sangat bersabar...baik hati... Arwah meskipun seorang tukang urut..tapi terlalu banyak jasanya terhadap diri ku... org kampung ku dan masyarakat setempat. Arwah tak pernah meminta sesen pun dari org yg dibantu. Pernah sahaja ade pesakit yang datang menghulurkan not RM 50 ++ kepada arwah..Namun dibalasnya dengan.." gunakan la duit itu utk anak2 "...

Tu yang aku nampakla...namun buat diri ku...arwah merupakan nenek sedara. arwah merupakan adik kepada arwah nenek aku... tapi aku akui...arwah merupakan org yang paling rapat ketika aku masa kecik2..segala kenakalan ku...mmg arwah sangat faham...sehingga aku dewasa ni pun dia masih melayan acah2 aku ketika aku balik kampung...

huhuhu... tiada apa hendak ku nukilkan....

Jumaat, 27 Februari 2009

Ku Mencari Cinta Hakiki


Assalamualaikum...

Ya Allah...
KAU tempat ku mengadu Ya Allah..
Tuhan pencipta alam semesta...

Ya Allah...
Kasih sayang Mu tiada tolok bandingan...
Kasih Mu tiada bertepi...
Sayang Mu kekal abadi...

Ya Allah... 
Berikan ku kekuatan ya Allah...
Kau lah pemberi kekuatan segala mahluk2Mu Ya Allah
Kau mampu menjadikan aku binasa jika itu Kau kehendaki
Kau mampu untuk memuliakan ku jika itu Kau Kehendaki

Ya Allah...
Siapakah aku ni ....
Aku adalah hamba Mu yang hina ...
Hamba Mu yang tiada apa2 ya Allah...
Aku sentiasa berlaku zalim terhadap diriku 
Sering mendahulukan hak yang bukan hakiki..
sedangkan aku tau... Hak Mu adalah hak hakiki 

Ya Allah...
Aku hambaMu yang kufur nikmat ya Allah..
Kau memberikan ku kenikmatan yang tidak mampu ku hitung
Jikalau air laut jadi dakwah...
akan keringlah utk ku tulis semua nikmat2 yang Kau berikan ya Allah..

Ya Allah ...
Ku pohon keampunan Mu ya Allah...
Ku pohon rahmat Mu...
Ibadah ku tidak cukup utk ke syurga Mu...

Khamis, 26 Februari 2009

how to solve my blogger template


assalamualaikumm...

argggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...tensen...kenapala jadi cam ni...wahhh kejamm nye photobucket. huhu..Jgn isau ...hal ni disebabkan oleh layout blogg aku ni ade masalah dimana images yg terdapat dalam layout tersebut di simpan dalam photobucket.com

photobucket merupakan salah satu tempat dimana org2 suka simpan imej. Kalo korang nak tau gak...menda ni takleh nak simpan lama2 kecuali korang menjadi ahli pro .biasanya untuk menjadi ahli pro anda hendaklah membayar sebanyak beberapa USD Dolar { kebanyakan transaction guna dolar ye?..bukan RM...Rupiah apatah lagi}. Hmm takde menda Free la dalam dunia ni...

Lagi pun...blogger aka blogspot ni pun alhamdulillah la...ade gak tempat aku nk post2 idea2 yang berkaitan dengan BLOG or...isu2 semasa.. dan adakalanya mengarut gak..hahaha..

Hidup biar la ceria... { cuma sekarang kurang ceria coz kena hack...HTML + CSS + blah2...}..

Selasa, 24 Februari 2009

Menjadi pengaturcara yang baik


Keputusan peperiksaan semester 2 menyebabkan aku hampir-hampir ditendang dari UTM. Ianya membuatkan aku tersedar. Aku perlu lakukan sesuatu. Aku mula memupuk minat terhadap Komputer Sains.

Pada aku pengaturcaraan adalah salah satu cabang seni. Kamu akan dapati setiap orang mempunyai cara pengaturcaraan yang berbeza (melainkan kamu hanya menyalin kod aturcara orang lain).

Ada beberapa perkara yang perlu kamu lakukan sekiranya kamu mahu menjadi seorang pengaturcara yang baik.

1. Kenali masalah kamu.


Kamu harus mengenalpasti masalah kamu sebelum kamu bertanya kepada orang lain. Ini perlu kerana kamu perlu melakukan kajian sebelum kamu mahu bertanya kepada orang lain. Sekiranya kamu sendiri tidak mengetahui masalah kamu, bagaimana kamu mahu melakukan kajian? Lebih teruk lagi orang lain tidak akan dapat membantu kamu kerana kamu tidak menjelaskan masalah kamu dengan baik.

2. Buat kajian sebelum bertanya.


Google merupakan alat terbaik untuk membuat kajian. Yang kamu perlukan adalah katakunci. Jangan gunakan alasan terlalu banyak penyelesaian yang terdapat di Google dan kamu tidak tahu yang mana satu yang mahu kamu gunakan. Sekiranya kamu kenali masalah kamu, insyaAllah kamu mampu memilih penyelesaian yang mana yang paling hampir dengan apa yang kamu perlukan. Seandainya kamu masih tidak mampu memilih, cuba sahaja kesemua penyelesaian yang diberikan.

3. Sertai komuniti


Kamu perlu menyertai sesuatu komuniti agar kamu dapat bergaul dengan pengaturcara yang lain. Di Malaysia komuniti pengaturcara PHP sudah lama diwujud(
http://php.net.my). Jangan sesekali kamu bertanyakan soalan yang terlalu mudah. Oleh kerana itu sila lakukan beberapa carian sebelum kamu mahu bertanya. Bayangkan kalau ada 1000 orang yang bertanyakan soalan yang sama, ini bermakna 1000 kali juga orang yang menjawab perlu menaip jawapan yang sama. Adilkah kerana kemalasan kamu, kamu menyusahkan orang lain?

Pastikan soalan kamu disesebuah komuniti itu jelas. Tolong orang lain untuk mereka tolong kamu. Jika kod kamu ada ralat, nyatakan apa ralat itu. Ataupun jangan sesekali kamu meletakkan kod kamu di forum dan mengatakan “Ini kod saya, tolong semak.” Tanpa menceritakan dengan teliti apakah yang kamu cuba lakukan dan apakah masalah yang kamu hadapi. Mereka tiada deria ke 6!

4. Lakukan kesilapan


Rajinkan jari-jemari kamu mengubah kod aturcara yang terdapat di internet dan biarkan ianya ada ralat. Dengan cara ini kamu belajar untuk memahami apakah yang silap sehinggakan mesej ralat tertera di pelayar kamu. Tidaklah ketika kamu melakukan kod aturcara kamu sendiri dan terdapat ralat, kamu menjadi kelam-kabut kerana tidak mengetahui apakah masalahnya.

5. Mudah


Gunakan nama fail yang menggambarkan fungsi fail tersebut. Namakan pembolehubah dengan perkataan yang mudah kamu kenalpasti apakah nilai yang dipegang oleh pemboleh ubah tersebut. Cuba ringkaskan kod aturcara kamu semudah yang mungkin. Lebih ringkas kod kamu, lebih kurang ralat yang bakal kamu hadapi.

6. Latih minda

Latih minda kamu untuk menyelesaikan masalah. Pengaturcaraan adalah idea menyelesaikan masalah. Bila ada masalah kamu harus selesaikan. Fikirkan sesuatu yang baru. Jangan sesekali menjadi katak di bawah tempurung.

7. Membaca


Budak2 pun kena baca gak kan?

Mahu atau tidak kamu harus membaca. Teknologi laman web bergerak dengan pantas. Jadi kamu pasti tidak mahu ketinggalan. Tiada cara untuk kamu terus mengikuti perkembangan ini melainkan membaca. Tidak kisahlah sama ada dari buku mahupun artikel-artikel yang terdapat di internet.


8. Fokus


Kamu perlu fokus terhadap apa yang kamu lakukan. Jangan amalkan keputusan seminit. Sekejap kamu mahu lakukan sebegitu sekejap kamu mahu lakukan sebegini. Sudahnya kod aturcara kamu asyik berubah dan kamu masih ditakuk itu sahaja. Pilih satu bahasa pengaturcaraan untuk kamu kuasai sepenuhnya. Kebanyakan syarikat mencari pakar untuk sesuatu bahasa pengaturcaraan itu dari seorang pekerja yang tahu banyak bahasa pengaturcaraan tapi hanya asasnya.

9. Rendah diri


Dekatkan diri kamu dengan Allah(sekiranya kamu seorang Islam). Doa dapat membantu kamu. Percayalah, sekiranya niat kamu membuat kod aturcara itu kerana Allah Taala, insyaAllah kamu akan jumpa dengan jawapannya. Jangan sesekali kamu merasakan kamu sudah cukup pandai dan tidak memerlukan orang lain. Kamu tidak akan kemana dengan sikap sebegitu. Malang sekali seandainya kamu bongkak dan takbur untuk memohon pertolongan dariNYA.


10. Ilmu perlu dikongsikan


Ilmu perlu dikongsikan sekiranya kamu mahu ilmu kamu tidak hilang dan akan bertambah. Kamu ada satu ilmu dan aku ada satu ilmu. Bila kita berkongsi kamu akan ada 2 ilmu dan begitu juga aku. Bayangkanlah sekiranya semua orang menjadi kedekut ilmu. Adakah kamu rasa kamu akan mampu mempelajari semua yang kamu ketahui?

Sabtu, 21 Februari 2009

bila hari2 dengar citer buruk dalam surat kabar ,....internet..blah2...


assalamualaikum... aku kekadang bengang gak ngan keadaan negaraku Malaysia harini. Kenapa... sebab Malaysia diambang kekacauan politik yang tak stabil . Sejak aku join dengan grup nawi { my best frens nye kuliah ilmu} ...hati ku macam tersentak dan terbuka... kenapa kita tidak terpikir utk mengubah dengan cara yang terbaik.

Saban hari ade je perkara yang tak elok diperbincangkan dalam santapan akhbar2 tempatan. pendek citer sume ahli poilitik gilakan kuasa, Banyak yang aku baca diblog2 temporari atau berbayar. sume citer sal keburukan...kebobrokan insan lain tanpa mahu mengubah mengikut acuan yang diajarkan dalam Islam.

Ade yang mengaku mendukung gerakan Islam tapi mereka tak sedar bahawa mereka telah terpesaong daripada ajaran agama Islam tu sendiri. Kenapa?? sebab membelakangkan tuhan dalam berkerja , dalam beramal sekalipun... mungkin ayat2 aku ni macam tidak menyenangkan hati2 pembaca sekalian tapi ingat bahawa anda kena berpikir sepanjang zaman bukan skadar khinzir buta.

Bukan itu sahaja malahan...apa yang menyedihkan kekalutan politik yang membabi buta menyebabkan rakyat di Malaysia terkandas begitu sahaja. Lihat sahaja politik dunia masa ini bercelaru menyebabkan yahudi dan nasara serta musuh2 islam untuk menghancurkan islam. macam2 gerakan cuba menjadi hero di siang hari...buta di malam..kononnya ingin menjadi pejuang la ...tapi itu sume satu tekaan yg salah utk berjaya..

[ continue part 2]

Khamis, 19 Februari 2009

adehhh...stay kat opis da 2 hari lorr


assalamualaikum...

hai kawan2...aku sekarang under stress la...nk siapkan sume test error2...adehhhh
aku letak je la gamba2 yang aku snap ni. Bukan sal apa...ialah system yang aku maintenance ni bukan aku yang develop so ada kekangan la....


Ini dia system e-kontraktor utk SUK kerajaan Selangor. So sapa2 yang ingin buat tender kena daftar kat sini k?


Ini adalah salah satu risiko berkerja sebagai seorang programmer . Sekiranya anda ditugaskan utk menjadi org yang menjaga maintenance sistem yang dibuat oleh prorgrammer lain..Ini la masalahnya. 1st ialah masalah untuk memahami apa yang dikatakan sebagai memahami coding orang lain. memahami koding org len ini memakan masa yang agak lama gak. But alhamdulillah aku memahami apa yang telah dibuat oleh si mamat sorang ni...{ nama dia terpaksa di rahsiakan }. Sebenarnya aku pun amik masa more than 1 weeks utk mengubah suai sistem ini bagi memudahkan user2 yang menggunakan sistem tersebut}.
Filezilla...client FTP .. sapa2 keja web programmer dia tau mendalah ni

Alhamdulillah pada hari Khamis tepat jam 8.30 pagi sume system tu berjaya dibuat n di uji sebaiknya oleh aku.tahniah buat Fairuz Sulaiman.. pagi tu pas je abis keja...lepak2..je kat opis...
2nd test dibuat oleh Bro Bob.. { nama sebenar dia Faizal Wahi}. Alhamdulillah bos pun ok...

Rabu, 18 Februari 2009

selamat pagi sayang...


wahhhh ngantuknyaaa...aku tak tido ngan cukup nye {tido kat opis coz nak ngetest sume system}

Selasa, 17 Februari 2009

Menulis Blog Biar Ikut Minda Korang Sendiri


assalamualaikum...

Bila bicara sal blog ni...ramai gak org tanya kat aku...apa itu BLOG?? Blog tu nak wat apa? Nak pakai berbayar or FREE je? Blah2..sume sal blog... Sebenarnya apa yang aku nak cakapkan kat sini ialah aku ni bukan la baru sangat dalam dunia blog atau terlalu lama dan aktif blogging . Aku hanya manusia biasa ... { Kita orang Malaysia }. Menulis blog ni pun biar dari dalam diri anda...{cewah ayat skema }

Bila bicara sal blog ni...senang je aku nak cakapkan...biasanya org menulis blog kerana ingin berkongsi idea...sengaja nak wat fitnah { ni biasanya blog berkaitan gossip murahan yang tah apa2 la}. menulis diari harian...tak kurangnya bagi mereka yang ingin menonjolkan kreativiti dan perkongsian ilmu { biasanya kes cam ni utk share wat prgramming ke...IT gajet ke.. web design ke... grafik design ke}. dan mcam2 lagi la...


Ok...ramai tanya ...FREE ke berbayar lebih bagus, Jujurnya bagi aku la mmg berbayar lebih bagus... tapi ade mahluk kat dunia ni pertikaikan aku pakai free version { blogger/blogspot ni lerr}... katanya... " wei..ko ni tak menunjukkan kepintaran / kreditbeliti la sebagai seorang prgrammer or pakar IT ..beli la domain dan daftarkan DNS ko".. jawapan aku senang je...kalo aku pakai berbayar pun kalo malas update tak guna gak...yang penting ade org baca... dan aku tak susahkan korang ...hahahaha.. biasa nya kalo berbayar ni ... wordpress la paling femes... senang dan korang leh update themes { themes ni ialah layout /web templates}...ley tambah gajet berdasarkan kehendak korang...tp yang free cam blogger ni pun tak kurang hebatnya,...al maklumla dunia ni ingin sume mudah la katakan... tekan /klik tu ini...siap... dan maklumat yang korang nak sume da ada...




Akhir sekali...ni point penting aku lar....kalo korang nk blogging...biar dari minda korang sendiri,..btul salah tu hak korang nk taip apa..tpi ingat la...jgn sampai fitnah...kerana blog ni pun merupakan medium fitnah yang dasyat...Nauzubillah..minta dijauhkan...

ok tu je..adios...wassalam 


Ahad, 15 Februari 2009

Ada Apa Ngan Cinta...???


Assalamualaikum...bercerita ttg cinta... 

Penulisan kali ni berkenaan perkongsian ku daripada pengisian Aku Dibius Cinta.. kalo menurut pandangan Ustaz Saifulislam aka Ustaz Hasrizal ini semcam dah penah aku dengar semasa dia membentangkan hal2 berkaitan ngan rumah tangga semasa Kuliah Ilmu anjuran Nisa' Kuala Lumpur di Masjid KLCC. Tapi ade penambahan semasa Aku Dibius Cinta.

Ok point pertama berkenaan Apa itu cinta...Kalo nak ikutkan catatan aku dalam nota kecik... cinta tu terpulang pada pandangan masing2... Ada org kata cinta tu satu kenikmatan...cinta itu satu penyiksaan... Ok dalam context ni terdapat 3 pandangan... 1st pandangan mata kasaq..Biasa dalam situasi sedemikian. Org yang bercinta tahap ini menganggap cinta tu cam mainan hidup je... buat tak kisah je... ade tak da sama je... 2nd memandang cinta tu dari sudut akal.. Ye kita mempunyai akal utk berfikir tapi penguasaan akal dalam cinta juga boleh memusnahkan kerana seolah2 hidup ini cam persoalan matematik yang panjang bak  Calculus..Alzebra,.. prgramming dan macam2 lagi...Biasanya org cam ni bercinta menurut hawa nafsu...

Dan pandangan 3 ialah pandangan hati..Pandangan hati menurut perspektif islam ialah meletakkan Allah sebagai cinta hakiki. Cinta yang membawa ke syurga.. Yang menyatukan hati2 manusia kepada Allah. Itu la ISLAM...Allah datangkan Rasulullah sebagai rahmatan lil alamin ..rahmat sekelian alam. Meskipun Rasulullah merupakan seorang penjuang yang gagah di medan perang Uhud...Tabuk...dan macam2 perang yang di join oleh Rasulullah tp baginda merupakan suami yang paling mesra terhadap...isteri2 baginda { baginda ade more than 1 isteri k}..heheh...

So buat org nak bercinta lak...ingat2 la. Cinta itu bukan sekadar melafazkan kata2 i luv u...dan u luv i.. sebaliknya jika anda ingin bercinta tu berfikirla akan tanggungjawab yang lebih selepas nikah. kenapa ?? supaya cinta selepas kawin tu penuh dengan dugaan. Bagi si laki.. cuba bayangkan tetiba isteri korang di sahkan oleh Dr pakar bahawa dihadapi oleh isteri ade hidap penyakit barah payu dara hingga menyebabkan perubahan yang mendadak terhadap keupayaan , tubuh badan sehinggakan tak leh nak melayan nafkah zahir dan batin terhadap suami dan rumah tangga. Adakah as suami...anda dapat menerima yg itulahh cinta awak selama ni yang awak belai2,,, bila ujian Allah datang...haa...time tula korang nk pk cari org len...tapi berkat kesabaran Insyallah sayang dan cinta tu akan berkembang dan lebih manis dari cinta yang pertama.. begitu gak ngan isteri..bagaimana lak keadaannya...

Yang paling penting Islam mengajarcinta...cinta yang macam mana.. cinta korang rase ley letak suka suki gitu ke... Islam mengajar..bahawa kita perlu menguruskan cinta ,,,cinta mana yang perlu di dahulukan... semestinya cinta Allah dan Rasulullah... tanpa cinta yang ni...kita akan jadi tempang...tempang dalam kehidupan dunia serta akhirat..kalo bagi pelajar .. utamakan cinta pelajaran n amanah yang di amanahkan oleh parent korang...selepas cinta Allah dan Rasul? Why i said like dat?? Coz kalo korang yang betul2 paham betapa susahnya parent korang nk membesarkan korang...pastu korang lak buat hal...ish2...nauzubillah...apa nak jadi...

Berkenaan dengan valentine...bab ni takyah aku nak citer la...mmg dah sah2 HARAM...jangan tanya kenapa..sebab mendatu adalah ikutan kepercayaan org Kristian...yang korang nk ikut sangat tu pesal la...

Ok tu je ..sekian...gamba2 sepanjang program aku akan selitkan kendian... adios



Sabtu, 14 Februari 2009

Sepagi Di Kompleks PKNS Shah Alam


assalamualailaikum...pagi yang sejuk...ku merentas jalan raya yang sagat lancar kenderaan . Pergerakan daripada Puncak Alam ke Bangunan Kompleks Membeli Belah PKNS Shah Alam.Syukran jazillan ya Allah Ya Rabb.. kerana segala urusan perjalananku dilalui tanpa ada apa2 yang tidak elok...

915 am... alhamdulillah da sampai... lets join da Aku dibius cinta...

Jumaat, 13 Februari 2009

hidup seorang programmer


assalamualaikum.. n bismillahirahmanirahim

bila aku cakap pasal hidup seorang prgrammer ni ...mesti ia berkaitan dengan life seorang yang membuat sistem / aplikasi.Tak kisah la web based ke standalone ke open source... Tpi sememangnya cam tula.. Sebab memang seangkatan. 

Keja prgrammer ini boleh dikatakan mencabar gak kerana ia jugak keja sepanjang masa macam Doktor cume yang membezakan antara Dr ngan Pgrammer ialah Doktor keja kat hospital ... ada pesakit.... ada ubat... ada nurse.. Programmer pulak ade yang keja kat umah je { ni dipanggil freelance programmer} or keja kat opis { ni keja as kuli of prgrammer sebab kena ikut cakap bos la ...}. ... programmer pun ade client.. ade programming language .. dan macam2 lagi da { kalo aku listkan sume kat sini mau2 dekat 1000 perkataan pun tak cukup}.

Seperti keja2lain...keja programmer boleh dikategorikan sebagai keja yang hidup dalam stress @ tekanan. kenapa sebab kena kejar masa...kejar kos la... kena ikut keperluan customer. Bergantung pada korang sume gak...bagi aku tak semestinya pelajar atau graduan dari bidang IT yang leh menguasai bidang ni. Jika korang sume cakap..." ohhh budak IT...mesti terer wat programming...control network or wat ever related by IT..." actually u r wrong...Y? sebab kebanyakan budak2 IT cam da give up tak nak belajar or keja ngan IT selepas hempas pulas belajar berkaitan object oriented la....data structure la...system develoment life cycle ...blah2.... tu yang diorang tak tahan tak nak keja related ngan IT....wah2..mmg ramai kawan aku cam ni terutamanya perempuan.... Pointer hebat kat U...tpi tak nak keja IT.... alamatnya jadi mamat/minah penghafal coding je la...

Tamat Part 1

Khamis, 12 Februari 2009

Nk belajar ttg cinta menurut perspektif Islam...join majlis ilmu


OK kawan2...sapa2 yang tengah mabuk cinta tu dan sempena hari kekasih yang korang tahu HARAM bagi meraikannya...maka aku syorkan supaya korang join untuk mendapat maklumat yang terbaik.Mana la tau kut2 diberkati oleh ALLAH.Kat bawah ni info dia...so jgn tak datang la..rugi beb.






 14 Februari 2009 (Sabtu) 
 Jam 9:30pg-1:30tgh, Pentas Utama Kompleks PKNS Shah Alam.

Pendaftaran adalah PERCUMA dan cenderahati istimewa untuk 100 pesersta awal! Jom datang beramai-ramai untuk mendapatkan penerangan jelas tentang sambutan 'Hari Kekasih' yang disambut di seluruh dunia sambil berhibur dengan artis nasyid jemputan; Mestica.
Mohon disebarkan kepada rakan-rakan dan saudara-mara ye

Selasa, 10 Februari 2009

hari ni yang best....


assalamualaikum...

kenapa aku kata hari ni best...sebab...best la..syukur.. pagi2 da bangun..pas je solat subuh...doa2 { utk arwah umie...mak abah kat kg...adik2...abg2..akak2...dan muslimin muslimat} pastu sambung koding php utk sistem hadiah pelajar IPT anak2 selangor,...tak sangka dak serumah aku kata...sok kena testing kat SUK...lor...aku blurr ingatkan hari Rabu ke apa...rupanya hari ni,.,, nasib baik la da siapkan sebahagian tu..,.

Pastu aku pejal...bob terus ke umah bos aka abg nizam { baru dapat anak ke 4..hehe}. pastu direct terus ke SUK Kerajaan Negeri Selangor...yang aku tak tahan...Bob asyik marah2 sal terlalu percaya ngan Nokia Navigator pejal... apa da.. ?? Mana taknya....sume jalan yang refer by henpone tu menuju ke tol je...so...kena kuar duitla...tu bob tak puas hati tu...

Sampai sana aku pun ....amik pas kat pejabat pengawaldepan pintu gate dan terus ke lobi. Mamat pejal ni satu kes la...suh edit ...gambar berkenaan dengan borang...nasib baik la aku ade Celcom Broadband utk upload ke server.. kalo tak..jgn harap la...nk masuk ke dalam server...


pas da ade dalam 3 jam kat SUK... terus ke PTPTN...ni pun satu kes gak...gunakan henpone tu...nasib baik la OK..tapi sampai bangsar lost..sebab bob macam tau jalan je tapi tak tau pun...wah2...nak pecah perut dengar celoteh bob..

pastu kitorang balik...yeay balik keja kul 3...petang

Ahad, 8 Februari 2009

alhamdulillah...yeay da lawa...


bismillahirahmannirahim....
wahhhh cantikk nye{ yeke cantik } hahaha cantik la gak.. haa korang pikir apa... mesti korang pk...{ ooo dah ada makwe lawa ye...?? } or { da ada kereta.. ye?} Jawapan tu kalao korang pk cam tu..sah2...aku bagi zero terus.hahahahah... jawapanya...bilik aku da...

alhamdulillah niat aku utk duk bilik sorang2 tercapai gak. Dulu aku duk gak kat umah sewa KL..but
sardin...tapi nk wat cam mana...duk KL...tak sardin mmg bukan duk KL la namanya.. kekadang aku penah jupe umah di mana ahli umah tu dekat 12 org...pergghhh sardin la ...but takpe la KL punya pesal....suka tak suka tu la realitinye.... yang korang kena tau sal kalo duk KL nak cari umah sewa sekepala RM50 mmg tak jupe punya.

Alhamdulillah aku dapat keja kat SurfSYS... kat mana aku dapat keja ye..kat jobber.my kalo tak silap aku.. syukur2...ade gak keja... hehe.. Jawatan apa... ade lah..{ perlu ke nk rahsia ni..}. Yang best nya siap ade offer umah tu...alhamdulillah...minggu pertama aku duk umah ni cam janggal beb.. dah sepah...habuk ya Allah... tebal semacam... da 5 tahun tak da org duduk.. kena la mop lantai... utk pertama kalinya aku masuk...aku juz bawak tilam..kang aku nak tido kat mana nanti.. thanks to apa...

ok tu je kut...Insyallah aku nk post sal jalan2 ke IKEA...tgh cari idea dulu beb

Jumaat, 6 Februari 2009

Puisi Petang Bersama MB Perak... { Allah bersama kita ustaz }


Petang 5 Februari, 
Dibasahi dengan air hujan setelah sekian lama,
 
Suram,
 

Surau dan juga masjid,
 
Sentiasa menjadi saksi engkau melaksanakan tanggungjawab engkau,
 
Sentiasa menjadi titik pertemuan kami bersama engkau,
 

Sentiasa memberikan kami ilmu akhirat,
 
Sentiasa mendengar segala masalah rakyat,
 

Adakah hari Jumaat berikut,
 
Engkau berdiri sebagai pemimpin dan juga pendakwah lagi,
 

Selepas ini mungkin kita pasti sukar bersua muka,
 
Namun, harapan pasti ada,
Semoga engkau tabah menghadapi dugaan,
 
Inilah medan peperangan kita,
 
Ganjaran menanti mu di penghujung dunia.
 
Takbir!

Allah sentiasa di sisi orang yang tabah!
Ikhlas kepada Ir Nizar Jamaluddin

Khamis, 5 Februari 2009

da sampai rumah...


alhamdulillah ..syukur da pukul 728 malam... begitu cepat masa berlalu tanpa ku sedari..huuhuhu... syukur alhamdulillah...tu la kata2 yg aku leh ucapkan selepas balik dari keja.

sekarang aku berkeja sebagai seorang programmer @ pengaturcara. Biasanya istilah programmer adalah istilah yg sangat femes berbanding ngan istilah pengaturcara. kenapa? Wallahu alam..bila mana org cakap prorgammer ... " wah ko ni mesti hebat la kan? boleh wat macam2..."  Takpun ayat yg biasa kuar ialah... " ko mesti hebat dalam bidang IT kan? ". Apa aku jwb kalo org kata cam ni... Aminn ..boleh la. Kenapa aku jawab cam tu sebab kita ni hamba je.. siapala kita ni ley wat macam2... tu kan keja tuhan bukan keja mahlukNya.

Hari bro nizam aka bos aku tak masuk opis. Alhamdulillah sebenarnya dia baru je dapat seorang lagi puteri yang selamat dilahirkan. Aiseymen.. tak taulak dia tadi kat ne..kalo tau ,... aku nak gak jadi 1st person tgk anak dia. Almaklum ar amik berkat.. hehehe..

Syukur..tu je aku ley ucapkan...semoga bro nizam dpat jadi bos yg baik.. ayah yg baik n sporting.. suami yang baik gak.. amin..

# ok nak sambung wat jscript...
adios..cau cincau

sepagi di opis.... surfsys


assslamualaikum... terasa sunyi lak opis ni... aku

Rabu, 4 Februari 2009

sibuk bekerja di tempat baru


assalamualaikum...

rindunya aku kat blog aku ni... alhamdulillah dapat gak memostingkan idea2 pada kali ini. hmm bagi aku la... aku minta maaf sangat2..sebab terlalu sibuk dengan kerja2 programming yang mmg memenatkan ttp tidak membosankan { yeker tak bosan ... ye kut...sebab mmg aku peminat PHP katakan..kalo language programming lain mmg minta maaf la...hehehe..}.

Minggu ni aku berkenalan ngan abg nizam aka my bos. But aku tengok dia macam abang aku sendiri n tak nampak macam bos pun, kenapa? Waktu keja yg sangat fleksible. Ada one of beloved ex- roomate aku cakap la... " wei wak... abis gaji ko dibayar cam mana? " Aku jawab...setiap amanah yang suruh disiapkan kena siapkan sebelum tarikh yang diminta atau omputih kata dateline.

Cuma cabaran dakwah tu sebenarnya hijrah yang paling besar dalam diriku. Ya Allah berikan aku kekuatan dan berikan hidayah kepada housemate ku ni. Kenapa aku cakap cam ni? sebab sahabat2 aku ni jauh benar dari Allah... nk explain tak perlu la kut.. Insyallah slow talk... n dont forget to doa and usaha sungguh2... amin. Doakan aku kawan2...

tu je nak posting... santai petang bersama FREE Hot Spot ..a lhamdulillah...

Ahad, 1 Februari 2009

ya Allah selamatkan bumi Palestin


asalamualaikum...

hari ni ade ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Jamal yang merupakan Timbalan pengerusi Yayasan Amal Malaysia. berkenaan ngan keadaan di Bumi Anbia Palestine yang mulia. Sebenarnya yang bestnya...apa yang disampaikan oleh ustaz kat jemaah masjid ialah... dapat dari mata beliau sendiri.

Jemaah yang hadir pada Masjid Ar Rahman U, makin ramai lak yang datang

huhu aku pun tak tau nak share..hanya sedey je sebab mengenangkan nasib sahabat2 dan saudara2 yang berjuang mempertahankan bumi yang mulia tu.

ya Allah selamat bumi Palestin.. bersama2 ni saya kepilkan bersama gamba2 tadi..


Ustaz sedang sampaikan maklumat secara direct dari bumi Palestin.



Kaum muslimah ada gak datang ke majlis ilmu ini.

Sumbangan ini Insyallah saya akan sampaikan terus kepada sahabat2 di Palestin

Selepas dah abis solat isya dan mengira jumlah dana yang disumbangkan sepanjang majlis ilmu tadi. Alhamdulillah dapat kumpulkan sebanyak RM 2,900++ .Syukran mekasih buat jemaah masjid yang hadir. Moga Allah berikan limpahkan rahmat atas apa yang disumbangkan. Kalo kita tak mampu nak berjuang mengangkat senjata ke bumi Palestin apa salah nya kita menyumbangkan harta kita sikit. Ingat la peristiwa di mana burung pipit yang membawa air yg sikit untuk memadam api yang membarak besar utk membakar Nabi Ibrahim A.S. Allah tak tanya kenapa awak buat dalam dakwah but Allah akan tanya apa yang awak buat utk agama kamu ??


hehe.. aku tgh ehem2 ngan ustaz..sori la nak wat camana?

Pas abis kira2 duit pastu makan malam kat Amjal ...aiseymen...ustaz ajak makan sama2. Alhamdulillah rezeki... rezeki tak sangka2...malu pun ade gak..tapi da ajak nk wt cam mana??

adios..wassalam