Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Julai 2009

Sokong ke Bantah?


Assalamualaikum

Sekarang ni aku dok terpikir apa yang ade dalam benak kepala aku. Sekarang ni macam2 isu boleh di bangkitkan. Antara paling hot aku nak bincang ialah berkenaan dengan ISA. ISA itu sebenarnya satu akta yang aku rasekan sangat zalim dan tak relevan sungguh.

Dalam post2- kat Facebook aku pun. Aku sekarang nak bertanyakan pendapat kawan-kawan yang menyokong kenapa lah ISA ni penting sangat. Bagus sangat. Perlu kekalkan sangat. Hmmm tapi jawapan yang aku dapat sengal2 belaka. Bukan aku tak hormati pendapat mereka tetapi itulah hakikat jawapan yang tidak kukuh bagi mereka yang hendak mempertahankan akta zalim nak mampus tu.

Ok aku tak sokong sangat akta bangang tu{ memang marah pun} sebab akta tu tak relevan pada zaman ini . Tak relevan kerana menyalahi hak asasi seorang manusia. Nak tanya kat puak-puak yang sokong ni. Ada tak islam ajarkan umat nya hukum menahan orang tanpa bicara. Apa perasan korang semua jika orang yang baik2...macam ustaz di katakan militan. Dikatakan membawa pahaman yang mengarut. Sedangkan kalo nak tengokkan betul2...lebih ramai je orang mengarut tapi tak pulak kena tahan bawah ISA.

kedua : Akta itu bersifat perkauman dan diguna pakai oleh ahli politik yang nak jaga kepentingan survival politik mereka. Cuba je korang semua tgk kepada ahli politik yang hmmmm bukan dari pakatan Rakyat...la. Kenapa mereka suka kalo orang yg menjadi ancaman kepada mereka. di hambat ke ISA.Kononnya nak menjaga kepentingan bangsa melayu . Tapi haram jadah. Aku rase patutnya...orang yang bersifat racist dan berbaur perkauman ni kena campak dalam ISA. Konon bela bangsa...tapi merosak bangsa adalah.

Ok tu je...aku da geram sangat da ...sori la erk....nothing to say.Sambung wat keja.

Ahad, 15 Februari 2009

Ada Apa Ngan Cinta...???


Assalamualaikum...bercerita ttg cinta... 

Penulisan kali ni berkenaan perkongsian ku daripada pengisian Aku Dibius Cinta.. kalo menurut pandangan Ustaz Saifulislam aka Ustaz Hasrizal ini semcam dah penah aku dengar semasa dia membentangkan hal2 berkaitan ngan rumah tangga semasa Kuliah Ilmu anjuran Nisa' Kuala Lumpur di Masjid KLCC. Tapi ade penambahan semasa Aku Dibius Cinta.

Ok point pertama berkenaan Apa itu cinta...Kalo nak ikutkan catatan aku dalam nota kecik... cinta tu terpulang pada pandangan masing2... Ada org kata cinta tu satu kenikmatan...cinta itu satu penyiksaan... Ok dalam context ni terdapat 3 pandangan... 1st pandangan mata kasaq..Biasa dalam situasi sedemikian. Org yang bercinta tahap ini menganggap cinta tu cam mainan hidup je... buat tak kisah je... ade tak da sama je... 2nd memandang cinta tu dari sudut akal.. Ye kita mempunyai akal utk berfikir tapi penguasaan akal dalam cinta juga boleh memusnahkan kerana seolah2 hidup ini cam persoalan matematik yang panjang bak  Calculus..Alzebra,.. prgramming dan macam2 lagi...Biasanya org cam ni bercinta menurut hawa nafsu...

Dan pandangan 3 ialah pandangan hati..Pandangan hati menurut perspektif islam ialah meletakkan Allah sebagai cinta hakiki. Cinta yang membawa ke syurga.. Yang menyatukan hati2 manusia kepada Allah. Itu la ISLAM...Allah datangkan Rasulullah sebagai rahmatan lil alamin ..rahmat sekelian alam. Meskipun Rasulullah merupakan seorang penjuang yang gagah di medan perang Uhud...Tabuk...dan macam2 perang yang di join oleh Rasulullah tp baginda merupakan suami yang paling mesra terhadap...isteri2 baginda { baginda ade more than 1 isteri k}..heheh...

So buat org nak bercinta lak...ingat2 la. Cinta itu bukan sekadar melafazkan kata2 i luv u...dan u luv i.. sebaliknya jika anda ingin bercinta tu berfikirla akan tanggungjawab yang lebih selepas nikah. kenapa ?? supaya cinta selepas kawin tu penuh dengan dugaan. Bagi si laki.. cuba bayangkan tetiba isteri korang di sahkan oleh Dr pakar bahawa dihadapi oleh isteri ade hidap penyakit barah payu dara hingga menyebabkan perubahan yang mendadak terhadap keupayaan , tubuh badan sehinggakan tak leh nak melayan nafkah zahir dan batin terhadap suami dan rumah tangga. Adakah as suami...anda dapat menerima yg itulahh cinta awak selama ni yang awak belai2,,, bila ujian Allah datang...haa...time tula korang nk pk cari org len...tapi berkat kesabaran Insyallah sayang dan cinta tu akan berkembang dan lebih manis dari cinta yang pertama.. begitu gak ngan isteri..bagaimana lak keadaannya...

Yang paling penting Islam mengajarcinta...cinta yang macam mana.. cinta korang rase ley letak suka suki gitu ke... Islam mengajar..bahawa kita perlu menguruskan cinta ,,,cinta mana yang perlu di dahulukan... semestinya cinta Allah dan Rasulullah... tanpa cinta yang ni...kita akan jadi tempang...tempang dalam kehidupan dunia serta akhirat..kalo bagi pelajar .. utamakan cinta pelajaran n amanah yang di amanahkan oleh parent korang...selepas cinta Allah dan Rasul? Why i said like dat?? Coz kalo korang yang betul2 paham betapa susahnya parent korang nk membesarkan korang...pastu korang lak buat hal...ish2...nauzubillah...apa nak jadi...

Berkenaan dengan valentine...bab ni takyah aku nak citer la...mmg dah sah2 HARAM...jangan tanya kenapa..sebab mendatu adalah ikutan kepercayaan org Kristian...yang korang nk ikut sangat tu pesal la...

Ok tu je ..sekian...gamba2 sepanjang program aku akan selitkan kendian... adios



Jumaat, 6 Februari 2009

Puisi Petang Bersama MB Perak... { Allah bersama kita ustaz }


Petang 5 Februari, 
Dibasahi dengan air hujan setelah sekian lama,
 
Suram,
 

Surau dan juga masjid,
 
Sentiasa menjadi saksi engkau melaksanakan tanggungjawab engkau,
 
Sentiasa menjadi titik pertemuan kami bersama engkau,
 

Sentiasa memberikan kami ilmu akhirat,
 
Sentiasa mendengar segala masalah rakyat,
 

Adakah hari Jumaat berikut,
 
Engkau berdiri sebagai pemimpin dan juga pendakwah lagi,
 

Selepas ini mungkin kita pasti sukar bersua muka,
 
Namun, harapan pasti ada,
Semoga engkau tabah menghadapi dugaan,
 
Inilah medan peperangan kita,
 
Ganjaran menanti mu di penghujung dunia.
 
Takbir!

Allah sentiasa di sisi orang yang tabah!
Ikhlas kepada Ir Nizar Jamaluddin

Widget bagus

Jadilah teman saya

Anda berminat , Sila Klik