Khamis, 3 September 2009

Antara Anak - Anak Yatim Dan VVIP


Assalamualaikum warah matullah.

Bismillahirahmanirrahim... Hari ini saya ingin menukilkan rasa kegembiraan dan kesedihan serta kekecewaan . Mungkin para sahabat berfikir tentang kesedihan saya dulu. Hmmm ... Ya saya ingin ceritakan akan kesedihan.

Berbalik kepada tajuk post di atas. Antara anak yatim dan VIP ( very important person not very important programmer).Kenapa saya ambil kerana semalam saya mendapat jemputan di atas talian iatu salah sebuah ruang rangkaian sosial berkenaan dengan Acara Berbuka Puasa bersama Anak - Anak Yatim. Pada permulaannya saya hanya memilih untuk AKAN DATANG , Alhamdulillah niat saya Allah telah kabulkan untuk meluangkan masa bersama anak-anak yatim. Saya dimaklumkan oleh penganjur iatu Majlis Perwakilan MahasiswaUniversiti Malaya bahawa anak - anak yatim tersebut adalah daripada Madrasah Anak Yatim Rohingya Selayang.
Sewaktu saya sampai di sana. Saya terkejut.

Kenapa saya terkejut?? Pertama ialah LOKASI. Lokasi yang dimaklumkan adalah bertempat di Auditorium Perdana Siswa.Penganjur memaklumkan ... bahawa terdapat kesukaran untuk mendapat tempat yang selesa. Saya KECEWA kerana kenapa tidak memanfaatkan DEWAN TUNKU CANSELOR. Salah kah? Saya berfikir sejenak. Teringat semasa saya menjadi mahasiswa Universiti Perdana tersebut. Program ilmiah serta mendapat pahala ini terlalu sukar untuk mendapat persetujuan , dana dan yang lebih menyedihkan dana yang diberikan wajib melalui pejabat bendahari tetapi dibekukan/ dilambatkan aliran keluar tunai. Ini akan menyebabkan proses acara tersebut mengalami masalah yang besar.

Tetapi bagi program berunsur lagha... maksiat.. menjerit-jerit bagaikan kera terkena belacan ...bagaikan mahasiswa yang tiada maruah ( merujuk kepada budaya Hendonisme). Sangat mudah dapat keizinan menggunakan Dewan Tunku Canselor. Lebih mengejutkan mahasiswa UM terutamanya bangsa Melayu yang menjadi majoriti yang datang program seperti itu. Maka tidak hairan , pasangan yang bercinta pula membawa buah hati menonton konsert yang kononnya untuk beramal. Saya ingin tegaskan NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

Faktor kedua : ialah tidak ada seorang VIP dari pentadbiran tertinggi UM yang datang. Saya bersangka baik sahajalah. Mungkin VC UM ada jemputan. TNC semua ada jemputan kut. Tetapi secara logiknyalah. Bukankah program ini telah dipersetujui dan dijemput . Sekurang-kurangnya TNC HEP jadilah sebagai tuan rumah yang menyambut tetamu istimewa ini,tetapi berlaku sebaliknya. Benak hati saya...malunya saya... Ingatlah wahai manusia (untuk diri saya juga) Andai kamu ini dikurniakan pangkat yang tinggi dunia , maka pandanglah dan lihatlah yang bawah. Kerana kamu akan dimuliakan di akhirat kelak.

Mungkin TV3, RTM ..media massa perlu dijemput baru VIP ini nak makan bersama anak-anak yatim . Barangkali begitu. Apa yang saya lihat. tetamu ini( anak anakyatim ini bukan makan di atas meja seperti yang ditonton di TV 3 - Sua Rasa ) tetapi mereka duduk beralaskan tikar getah. Ya Allah.. teruknya layanan . Mahal sangatkah meja ? Hmm saya dimaklumkan oleh penganjur. Hmmm takpayah nak maklumkan. Kesimpulannya. Kerjasama HEP amat ...Wallahu alam . Hanya Allah maha mengetahui.

Setakat ini saja lah. KEGEMBIRAAN saya di majlis ini ialah saya dapat meluangkan masa walaupun seketika dengan anak - anak yatim rohingya. Saya masih teringat kata - kata guru agama saya daripada Hadis Rasulullah SAW

"Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya." (HR. Ibnu Khuzaimah dari Salman Al-Farisi pada Khutbah Rasulullah SAW menyambut Ramadhan)

Semoga usaha kalian wahai adik ku. Barisan MPMUM terus berkhidmat untuk masyarakat. Doa saya sebagai seorang abang akan bersama.

3 ulasan:

Mohd Naim on 9/04/2009 06:04:00 PG berkata...

saya rasa, kenapa NC,TNC tak turun sebab majlis itu anjuran MPM bukanya anjuran pejabat NC atau censeleri..

jadi 'VIP' dekat sini ialah presiden MPM itu sendiri...

lagipun, kita kena fikir...NC,TNC suma tu ada family masing2..bukanya selalu pun dapat berkumpul bersama keluarga sendiri untuk berbuka puasa..kita yang bujang ini mungkin kurang memahami situasi mereka...masa bulan2 lain, agak sukar nak bersama keluarga disebabkan bebanan tugas..ada yg sampai balik lewat malam...

bersama anak yatim ialah sunat, tetapi mendahulukan keluarga pula ialah tanggungjawab....jangan sampai anak-anak kita jadi mcm anak yatim dekat rumah disebabkan kita sibuk dgn tugasan diluar...

pasal perdana siswa tu, saya xpasti la kenapa..mungkin peganjur tempah dalam waktu yang singkat, mmg lah sukar untuk dapat kelulusan...


pasal makan atas lantai tu, rasanya bebudak tu kat asrama diaorang pun makan atas meja..

tapi sepatutnya, VIP dlm program itu, ialah anak2 yatim tersebut...

Unknown on 9/04/2009 03:34:00 PTG berkata...

salam..
ye setuju dgn saudara mohd.naim.
tak baik sangka buruk wak..
kita tak paham betapa mereka2 itu sibuk..ada keluarga.
mgkin wak akan lebih paham kalu dah berkeluarga kelak..

LUVLYDIYANA on 9/05/2009 12:31:00 PG berkata...

duniawi memang macam ni..huhu

Widget bagus

Jadilah teman saya

Anda berminat , Sila Klik