Jumaat, 31 Julai 2009

Melajukan Firefox 3.5...


Assalamualaikum...

Bila anda melayari internet tentu pelbagai jenis pelayar web yang digunakan. Antara yang popular ketika ini ialah Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer, Opera, Safari.

Bagi yang ingin melayari laman web sahaja tanpa menggunakan aplikasi yang berat seperti bermain permainan atas talian saya mencadangkan anda menggunakan Google Chrome. Saya ringan . Boleh menggunakan kaedah "tab" dalam satu window. Kebanyakan pelayar web terkini menyokong teknik tab di dalamnya.

Tetapi sekarang saya menunjukkan kaedah yang terbaru untuk melajukan Firefox 3.5 .Melajukan ini bermaksud melajukan tempoh loading laman web menggunakan Mozilla terkini. Anda harus paham ia tiada kaitan sama sekali dengan kelajuan jalur lebar internet yang anda gunakan.

Anda kena ikut langkah-langkah yang saya ajarkan kepada anda semua.

Buka laman window Mozilla Fire fox 3.5 (latest version)
di bahagian address bar tu anda perlu menaip perkataan ini -> "about:config"

Selepas itu anda mendapati ada arahan I'll careful, I am promise -> klik je button tu

Selepas tu ade beberapa perkara yang perlu anda cari dan ubah suai nilainya.

1: Cari perkataan "network.http.pipelining" dan setkan kepada "true"

2: Cari perkataan "network.http.proxy.pipelining" dan setkan kepada "true"

3: Cari perkataan " network.http.pipelining.maxrequests" dan setkan nilai sedia ada kepada 30.

4. Selepas tu anda klik kanan mouse/tetikus anda dan pilih New > Integer, masukan nama Preference Name sebagai " nglayout.initialpaint.delay" dan kemudian masukan nilai tersebut kepada nilai "0". Ia merupakan nilai dimana masa Mozilla menunggu data diloadkan sebelum diterima.

Sekiranya anda ada sebarang permasalahan..sila komen...saya akan berikan kaedah penyelesaian.

0 ulasan: