Khamis, 30 Julai 2009

Perjalanan itu memenatkan....


Assalamualaikum....

Berbicara tentang kerjaya daku. "Hmmm susah sangat ke kau nk bagitau aku...apa kerja ko sebenarnya". Ditanya aku akan sahabat-sahabat yang telah lama tidak bersua .

" Hmm beginilah...Aku bukan tak nk bgtau korang semua...tapi aku tak lah sehebat antum semua.. Mac ko dah jadi seorang pgrammer yang hebat. Zul pulak dah jadi jurutera komunikasi yang hebat.. Tapi aku...hmmm...ntah la?"

" Eh kenapa kau cakap macam ni...tak baik nak melabelkan diri aku ngan Zul"...jawab Mac. " Sebagai hamba Allah kita kena berusaha..bukan nak mengeluh atau apa2 je yang ko rase tak baik..ehhh come on la..sekarang ni dunia IT la"..

" Fai.. aku setuju pendapat Mac tu.. Kekadang kita tidak dapat apa yang kita impikan ..takut nanti kita alpa untuk beribadah kepada Allah... yang penting kita hamba...kita usaha...kita doa...pastu jangan lupa tawakal kepada Allah.."

" Ok...aku bagitau korang...aku kerja apa...Hmmm tapi ko jangan gelak tau?" ..aku bersuara dengan nada yang agak sedih. " Kerja aku ialah... hmmm malas la nak cakap".

" Cuba bertenang...kita ni dah lama berkawan.. kau masih tidak percayakan aku dengan zul ke?".. kata Mac kepada ku.

Aku bukan tak ingin berkongsi kerjaya aku kepada sahabat baik ku. Cuma sifat ku yang terlalu merendah diri. menjadikan aku rase terlalu rendah. Aduhhh.... kenapa bisa jadi begini . Kenapa...??

" Aku kerja sebagai agen jualan langsung je..". Aku menjawab dengan nada yang agak sayu.

" Kita berdua tidak penah anggap perkejaan kau tu...pekerjaan yang hina. " Zul berkata.

" Oklah tu...cari rezeki yang halal jugak...bukannya kau merompak ke..menyamun...menipu ke..betul tak zu?".. kata mac

" betul Mac... Apa yang kita nak bukan semestinya kita dapat. Kekadang Allah nak menguji kamu fai. " Zul memberikan semangat kepada ku.

Kedengaran azan zohor berkumandang di ruang angkasa raya. Ya Allah,...sungguh mulia hati sahabat ku berdua ini. Ukhuwah terbina dari kecintaan pada Mu. Asal berbicara tidak lekang untuk mengingatkan ku pada Mu.

p/s : Moral cerita ini, jangan mengeluh akan jua kerjaya kita perolehi, Tetapi bersyukur lah. kerana syukur itu merapatkan diri hamba pada RabbNya. Tuhan amat mengasihi insan yang bersyukur.

0 ulasan: