Ahad, 26 Julai 2009

Santai Minda ... Di Pusat Membeli Belah Mines, Seri Kembangan


Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat saya.

Alhamdulillahi ala kulli hal. Syukur la hari ni perancangan ku berjalan dengan lancar. Ada sesetengah pekara perlu di hadiri. Hmmm Sebenarnya banyak acara nak dibuat pada hari ini. Cuma perancangan tuhan itu mungkin lebih baik daripada perancangan ku sendiri.

Seawal pagi...sebenarnya dah niat nak datang kuliah subuh. Hmm hujan turun dengan lebatnya. Ya Allah terbatas pulak da. Ada ujianMu untuk pagi yang nyaman ini. Hmm Kuliah Subuh ku batal ... { lokasi Masjid Ar Rahman UM.} Hmmmm BATAL untuk yang pertama.

Hari ini adalah hari bersejarah...kerana aku pergi ke UPM...{ bukan ke UPM punnn...area situ je}. sebab ada urusan yang penting di situ. Sebenarnya rahsia sebab -sebab tertentu. Mungkin... buat masa ini terpaksa di sembunyikan memandang kan ia melibatkan maruah aku sebagai seorang manusia yang berkerja di bawah naungan BOS.Sebenarnya sekiranya hujan masih tak berhenti...hampir2 batal...HAMPIR-HAMPIR BATAL..{*_*}

Cikgu Rahim yang kacak...

Selepas tu perancangan seterusnya ialah berjumpa dengan seorang pemikir yang aku kagumi. Tak lain ialah cikgu Rahim al kelantani wal ensemi...{ Apa punya gelaran...la- sebab cikgu rahim oghe kelate..n sokmo emsem...demo jangan pasan ar Arimull}. Alhamdulillah minta tunjuk jalan dengan seorang mamat India yang baik hati { Penyokong kuat Manchester United FC - aku menci2 kelab bola liga yang ni...mamat ni pakai baju Setan merah...} .. tup2...15 minit sampai la...hehehe. Sampai di sana..Fairuz { bukan aku...} arimulll ngan Hani dah sampai lebih awal. Borak2...punya borak..si Suziana dan rakan serumah beliau pun datang... pot..pet2...

Suziana, Hani, Mic Ja, Arimull, Aku

Makan tengah hari sekali, Aku memesan nasi putih bersama ikan kembung masak Protugis. pastu Cikgu rahim terpaksa balik kerana ingin mengambil anak daranya untuk berdating di Alam Anda..heheheh.. abah yang romantiss gak ...

Pastu aku dan budak2 ni jalan sekitar Mines...tak beli apa2 pun kecuali..Mek Ja ..beli pakaian pejabat...hmmm. Selepas tu pergi solat...

Pas g solat masing-masing bingung sebab tak da apa nak dibuat.. so mereka main boling je... hmm aku tak pandai la mainan moden n barat2ni...hehehe.. Sebenarnya acara ni banyak masuk longkang dari sasaran pin. Yang aku tak tahan bila tumpang sekaki jadi pengutuk...si BOLA MAHAL...sebab... ada mamat sebelah nk tunjuk pandai main boling dan disertai ngan bola mahal { bola cantik...bawa sendiri...pastu tayang kat awek}... tapi dengan permainannya...keputusan sangat membosankan...HAHAHAHAHAHA...

Hmmm aku menunjukkan skill teragung ...

Selepas tu kami solat Asar sebelum makan malam di warung mamak disamping borak tentang kerjaya masing-masing. Kecuali Fairuz yang masih belajar di Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Hehehee. Selepas tu...vrooooomm pulang ke Kampung Kerinchi.

Menyanyi dengan GAY....hmm bahaya betul...iklan ini

Tu je catatan hari ni...

0 ulasan: