Jumaat, 7 Ogos 2009

Makan-makan sekitar batu pahat...yummi


assalamualaikum....selamat pagi...

makan -makan sekitar batu pahat...kenapa la aku pilih tajuk ini sebagai pilihan untuk berkongsi kepada teman-teman sekelian. Sebab hmm aku ingin berkongsi maklumat dan pengalaman sepanjang 3 hari 2 malam bersama Bos Aku... Tuan Fauzul Naim Ishak serta ayahnya. Tak lupa juga buat teman sepejabat ku,. Abdul Qahhar.

Minta maaf untuk bos ku kerana tidak dapat membawa sekelian ke tempat-tempat makanan yang best sebab aku sendiri ditarbiah untuk duduk sahaja di rumah sejak kecil , So tak de la istilah jalan2 ke...makan2 ke...selepas aku menjejakkan kaki ke dunia luar bermula aku memasuki Matrikulasi di Dungun , Terengganu. Dari situ lah aku nampak dan membuka minda bagi mewarnai memoriku tentang hidup manusia yang berbeza negeri.

Pada hari pertama, saya mengajak bos makan asam pedas di salah sebuah tempat yang baru membuka empayar perniagaannya. Tempat tersebut tak lain dan tak bukan ialah Restoran Asam Pedas wak Bakar.Wak bakar ialah jiran sebelah rumah ku di Kg Parit Surau Laut, saya sangat memuji usaha beliau membuka restoran kerana dia tidak mengharap pencen askar yang diterimanya dan duit dari anak-anak beliau meskipun anak beliau menjawat jawatan yang bagus di Kuala Lumpur.

Disini kami memesan Ikan Kembung Masak Asam Pedas, telur dadar serta sayur taugeh + sawi goreng. Buat masa ini , menu direstoran adalah terhad. Al Maklumla baru bukak gerai. Tapi alhamdulillah masak asam pedas wak bakar sedap.

Pada hari kedua, makan-makan anjuran Fauzul Naim Sdn Bhd diteruskan ke Sitam Sup . wahhh makan sup pulak hari ini. Heheheh...sebenarnya aku sendiri tak penah amik tau sal kewujudan restoran ini. Memang best sebab suasana santai berhadapan Pejabat Pos Batu Pahat, sambil menunggu kehadiran sup yang bakal di jamah, kami berborak mengenai hal politik tanah air. Hmm malas nk citer kat sini sal politik sebab korang semua dah tau politik Malaysia cam mana kan.

Pada hari ketiga, takde istilah makan malam kerana kitorang sume akan makan tengah hari di Nasi beriyani gam Power. Kalau korang nak tau di mana lokasi nasi beriyani yang best ni.Ia terletak berhadapan dengan Hospital Batu Pahat, memang sangat sedap sehinggakan bos aku sendiri makan sampai 2 pinggan , Aku cukup la satu pinggan. Memang makan sambil berbicara tentang bisnes yang mantap , kaedah pemasaran dan blah2....


membaca menu yang terpampang pada board... nak makan apa erk?
Sedapnyaa...Belasah je la...


Bos memulakan operasinya...yummi

Ok setakat itu sahaja... aku kepilkan gambar2 as bukti k... kalo korang da sampai Batu pahat , Insyallah aku tunjukan tempat makan yang best, maybe aku sendiri boleh buka restoran kat sini. hgohohohoho... Insyallah amin.

Aku pun nak posingg gak...silakan makan kawan2?

5 ulasan:

Unknown on 8/15/2009 08:56:00 PTG berkata...

wak ni jawa ke?

Unknown on 8/15/2009 08:56:00 PTG berkata...

wak ni jawa ke?

Rmz on 8/16/2009 12:05:00 PTG berkata...

asam pedas belah mane ni..

Tanpa Nama berkata...

tipu..sy pergi batu pahat..betul2 depan hspital batu pahat..x ada pun pun restoran jual nasi beriani..yg ada hnyalah kwsn perumahan..hmmm

Unknown on 7/05/2013 10:02:00 PG berkata...

maaf en / puan.

Boleh rujuk laman web ini

http://bpbarianipower.com/

Widget bagus

Jadilah teman saya

Anda berminat , Sila Klik