Isnin, 4 Mei 2009

Sekitar walimah Kak Siti Mahizan..{ akak jawa KK9}


assalamualaikum..

aku nk posting aper erk.. aku tak da apa2 nk share la...juz nak post gamba sepanjang walimah kak izan . Sapa kak izan ni.. akak ni aku kenal masa di UM ..kolej kediaman ke sembilan. Kalo korang nak tau .. akak ni la yang selalu aku borak2 dalam bahasa Jawa sampai budak2 kolej kata..." ko cakap bahasa apa? Jerman ka?" Hahaha nak tergelak bila aku tau...

Kekadang yang aku sedey sal org jawa yg menjadi pribumi Malaysia.. { orang Malaysia kan banyak etnik.. Banjarla.. Siam la.. Pattani la.. Penang mai la.. Melayu Mamak pun ade..hehehehe.. cina india la.. } Ala macam etnik kreatif dalam muzik2.. ahaks.

Aku letak jela gambo2 yang boleh di letak.. nk tgk lebih sila klik ke my flickr..

Aku malas nak tunggu2 utk mendalah ni letak kat sini.. sori erk kawan2...

http://www.flickr.com/photos/ibnusulaiman

Rabu, 29 April 2009

Kepenatan tu Bessttt??


assalamualaikum...

Penat keja tu best...?? tak betul ke ko ni wak? Eh betul apa2... bila bercakap ttg perkejaan... pastu best ke tak best...jawapan ada pada diri anda sendiri..Kenapa? sebab kita yang memilih utk keja itu.

macam sekarang .. aku beralih ke bidang pemasaran daripada bidang IT.. ramai org tertanya2.. ko tak minat ke keja IT? Best tak keja wat sales.. { pemasaran} .Mmg honestly adalah tak best la sebab apa ,... ia bukan kepakaran aku..bukan bidang aku .. tapi tak pe niat aku ikhlas nk belaja sesuatu.. belaja apa.. belajar berniaga..

Kepenatan... minggu ni sungguh penat.. kenapa penat.??? sebab macam2 kena uruskan la . Kena siapkan MECD nye annual report.. { ni keja gila.. kena siapkan dalam tempoh kurang 2 weeks..projek apa? Rahsia.. biar aku dan org2 tertentu je tau}.. pastu banyak la ... 

Aku bajet nak wat  freelance .. tp nak wat ape.. kalo penat cam nk pengsan ni... huhu..Ya Allah.. jangan Kau berikan amanah yang tidak tertanggung pada diri ku.. 

Ok tu je la.. takde apa nk writing... da

Rabu, 22 April 2009

Catatan sepanjang pesta buku antarabangsa KL


da lama ana tak memposting kat blog ana nih... alhamdulillah baru balik daripada pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di kubu kuat UMNO iatu Putra World Trade Center.. atau dimelayukan nya Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)..

Alhamdulillah semenjak hari pertama ana sampai hingga ke hari ini.. pengunjung bagaikan tali arus.. perghhh mmg ramai.. alhamdulillah sejuk mata memandang kerana kebanyakan yang datang sume "menghormati " buku2 yang menjadi wancana ilmiah.. mereka rata2 berpakaian sopan tak kira la laki ke ppuan ke.. tak macam kat Jom Heboh ke apa...ish2 nauzubillahi min zalik

Alhamdulillah gak.. syukur dapat berkenalan ngan sahabat sekolej masa di UM iatu bro Azlin..yang sekarang merupakan Peguam Syarie yang bertempat di Ampang Selangor.. so kalo sapa2 ada masalah berkaitan ngan cerai ke ...poligami ke... tuntutan ke apa2.. ley jupe saudara Azlin kita...


Cenderhati utk PBAKL 2009

Syukur gak saya dapat membeli sedikit buah tangan dari gerai Ustaz Riduan Mohd Nor.. beliau merupakan penulis bagi buku Gaza Menangis { buku yang mantap di mana beliau sendiri melihat bumi Gaza diganyang oleh regim Yahudi Laknatullah .. pada awal tahun } Buku tu saya lum memiliki.. sapa2 yang nk beli..boleh hadiri Booth Ustaz.. Tinta Jundi ... kat aras bawah.. near booth Ana Muslim { majalah femes dak remaja}.. saya sempat membeli satu buku tulisan beliau iatu Memoir Jihad - Anak Melayu Di Bumi Afghanistan..

Kat booth Jemaah Islah Malaysia

Pastu saya g booth Jemaah Islah Malaysia untuk membeli sedikit cedermata utk sematkan kat bag laptop saya... Apa yang nak simpulkan di sini.. Mari sama2 meramaikan utk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ... yang akan berakhir pada 26hb April ni.. Tak rugi membelanjakan duit anda utk ilmu..



Adios Wassalam

Isnin, 20 April 2009

antara nasi kerabu dan solat zohor berjemaah ...


assalamualaikum..

lama wak tak menukilkan idea kat blog ni... sibuk sangat ke wak ni?? yekut.. asyik jupe org je kejanya...{ dah keja esekutif pemasaran penerbitan ... nak wat cam mana...takley sokmo kat opis da}.

Kalo korang semua baca tajuk mmm, mesti pikir apa la aku merepek ni.. sebenarnya mmg citer betul pun.. Kesnya bermula jam 120 pm,.. aku ngan qahhar {dak seopis aku da} nak lunch. Bajet kitorang makan dulu kat kedai bawah pokok { ni bukan nak wat persidangan cam kat Perak tu ye?} tapi takde rezeki kerana kedai tu tutup da. Pastu bajet kitorang g warung nasi kerabu ciput { da mmg ciput nak wat camana... makan tak kenyang}. " Oit qahhar.. ana rase nak makan dulu la.. pastu kita solat jemaah kat masjid al Mutaqin depan sana tu". Sampai2 ke gerai tu.. takde rezeki...nasi hanya utk sorang je.. so tak jadi makan la... huhu.. alamatnya bukan rezeki saat itu da.. terus kita orang ke masjid.. alhamdulillah sempat berjemaah { tapi turun pangkat la.. dapat makmum masbuk je..ala ok la tu.. dari tak solat terus.. lagi nak jadi apa da..nauzubillah}

pastu pas solat ... alhamdulillah dapat makan ngan selera.. yummi.. aku makan nasi putih je ngan Qahhar.. bajet.. tak cukup wahhh....


nasi kerabu.. yummi .. bismillah...

Kesimpulannya,,, aulakan Allah dulu dari nafsu kita.. k... Hidup kita ni hanya sementara.. X box kat... life is short ... Play More... { salah ni} but aku kata.. Life is Short.. Ibadah ngan Ikhlas kepada Allah More...

Selasa, 14 April 2009

bermulanya keja as eksekutif pemasaran


assalamualaikum....

selamat petang... petang ni aku rest jap... aku kena merancang... merancang utk pelan hidup ku. selama ni aku mmg FAIL dalam perancangan.. sekarang aku berkerja sebagai eksekutif pemasaran bagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan penerbitan serta suntingan.

Alhamdulillah berkat pengalaman menyertai persatuan di sekolah dan Bendahari kelab kompang KK9 serta beberapa aktiviti semasa di kolej kediaman tersebut.. aku dapat manage serba sikit pekerjaan baru ni..

Aku tinggalkan PHP dan MySQL... ooo tidak2...sama sekali tidak.. PHP n MySQL ni salah satu ilmu dan cabang ilmu yang aku wajib kuasai... tak kisah la keja apa...cuma tula...aku kena bahagikan masa utk keja hakiki ngan tanggungjawab sebagai seorang freelance..

Berkenaan nk menyambung pengajian tu semacam...berhenti ditengah jalan disebabkan ade permasalahan yg tak dapat ku bendung.Hmm apa masalah tu,,,, biarlah Allah dan aku je tau.. nk habaq kat sini pun tak elok la.. aku redha la n hadapi nya ngan tenang...

ok tu je post aku kali ni...

Widget bagus

Jadilah teman saya

Anda berminat , Sila Klik