Khamis, 18 Jun 2009

Hari ini Last Promotion...Jom serbu


assalamualaikum..

Apa kes la pagi2 dah post blog cam ni? Sebenarnya bukan apa semalam aku lepak lunch dengan tekong a.k.a ceo flavert. Seakan tidak percaya. Dia post kat dalam twitter dia. Jom pi lunch Chicken Chop Boston RM 1. Aku macam blurr je. Bukan apa. Aku cam tak caya sangat sebab mana la ade chicken chop berharga RM 1 kat KL. Bandaraya yang serba serbi nya mahal giler. Huhu. takperla.

Dalam sibuk2 nak siapkan borang sebut harga kepada pencetak. Dan nk binding kandungan laporan tahunan MeCD ( kementerian usahawan dan koperasi yang baru di bubar oleh pak najib yang tak patut ) sebelum di hantar oleh Puan Anis .kat Putrajaya. Siap je binding kat kedai stationery. Aiseyymennn aku lupa minta bil. Abis la tak ley wat claim. Adehhh

Sampai di Jusco AU2 Keramat. Aku terus cari tekong di Food Court. Bila dah borak lebih kurang . Aku terus ke Boston Cafe. Aiyarkkk ...panjannnggg nye orang beratur nak makan Chicken Chop RM 1. Dalam fikiran aku ngan tekong bajet cam ni la. "Kalo tunggu sampai kul 2.30 pm ni tak gerak2. Kita blah je "... tu tekong cakap la. Aku follow je.. Nak wat cam mana. tunggu punya tunggu. borak la menda2 yang patut di borak. Sambil2 tu tekong amik gambo pelanggan2.sekitar restoran ni,

Dalam setengah jam lebih tunggu akhirnya...yeppi. dapat masuk pun. hehehe. Alhamdulillah. Serve taklama. Aku order beef Steak je. Tekong lak kata dalam seminggu ni da test sume kecuali Chicken Chop. Hehehehe. Aku tak kisah asal aku nak makan RM 1.
yummi ..jemput makan kawan2

Hehehe. Alhamdulillah abis gak makanan tu. TIme bayar.. tekong nak belanja aku da. Mekasih. Pastu kami solat Zohor berjemaah di Surau Jusco je. Best. Surau yang sangat bersih. Berbau haruman spa. Al maklumlah. Jusco baru. kalo yang lama cam Wangsa Maju tu aku tak tau nak cakap cam mana la. Tapi setakat ni aku tengok jusco amik peranan terhadap pelanggan dan pekerja yang nak solat. Alhamdulillah. bagus la macam tu.

Pastu aku lepak ngan tekong kat foof Court sebab aku tak tau macam mana nk ke Maju Expressway yang akan ku lalui ke Putrajaya. tekong cakap lagi senang dan cepat kalo lalui situ. Alhamdulillah. Thanks again tekong. Dalam tempoh 30 minit aku da sampai ke Putrajaya. Jupe puan anis. Aiseymen... dia lak mesej " Hantar je kat sapa2 di depan tu saya nk solat". Solat apa erk.. ooooohhh solat zohor.. cik kak ni lambatnya solat. =P.

Pastu aku lepak2 kat kantin MeCD. Sambil baca blog . Harakahdaily. Malaysiakini...bukan apa.. nak tunggu waktu Asar je. Malas nk tangguh2 menda baik ni. Kalo tak .. setan pun cucuk2 untuk kita lambat2kan solat. Pastu solat asar kat Surau MeCD yang besar giler..tp macam takde jemaah je. Uiks. Dimanalah silapnya. Buat surau besar. Org lak tak datang berjemaah. Kerajaan kena memupukan program "Mari Kita Solat Jemaah Bersama Di Masjid". Bukan apa.. dari solat tu la kita leh mantap hubungan silaturahim . yang Tan Sri ke Dato ke.... Pegawai atasan leh mengenali each others. Sebab time sujud pada Allah...kita hanya hamba Nya. Sume sama je...

Pas solat call abg rusdie sebab nak meet ngan Suffyan tentang Mamakspot. Pening gak nak cari jalan P11/K.Dahla jalan pulak nk repair. Nasib bek leh kontrol moto..kalo tak jatuh la jawabnya. Pastu testing2.. mamak spot tu. aku pun balik .

Ni la sebahagian daripada component utama Mamak Spot. My future biz plan

Bajet ley solat Maghrib kat Precint 9 ...tpi tak jupe terus ke KL...hmmm hati aku isau lambat solat magrib...singgah Masjid UPM.. solat berjemaah berimamkan org Afrika Muslim.. Syukur...pastu setat moto balik kg kerinchi. sampai2 da masuk waktu isyak... alhamdulillah..

tu je kut...hehehe...
Reblog this post [with Zemanta]

0 ulasan:

Widget bagus

Jadilah teman saya

Anda berminat , Sila Klik